
Bertemakan rona putih dan kehijauan, keseluruhan ruang diinspirasikan dari alam semula jadi (nature) yang diberi nama The Secret Garden. Rona semula jadi ini tampak indah dengan penggunaan juntaian bunga di setiap sudut antaranya di ruang pelamin, meja makan utama dan pintu masuk. Ternyata dekorasi ini berjaya mencipta majlis yang eksklusif dan hebat.

Penggunaan daun segar adalah penting kerana dedaun hidup akan memberikan impak berbeza dan segar dalam sesuatu dekorasi.
Props tidak banyak diperlukan kerana sifat alam semula jadi itu sendiri sudah ada nilai yang tersendiri. Dekorasi greenery seperti ini akan memberikan pengalaman berbeza pada setiap tetamu yang hadir.





FOTO : WEDDINGS BY EMMA DEKORASI : WEDDINGS BY EMMA TERIMA KASIH PENGANTIN : MIR & ADRIANA
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gambar Kahwin Bukan Untuk Ditayang Walaupun Di Rumah Sendiri

“MALAIKAT (PEMBAWA RAHMAT) TIDAK MASUK KE DALAM RUMAH YANG DI DALAMNYA ADA ANJING ATAU GAMBAR.” YANG DIMAKSUDKAN ADALAH GAMBAR YANG MENYERUPAI MAKHLUK BERNYAWA.”
(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI, KITAB EKSPEDISI PEPERANGAN BERSAMA NABI (5/59), NO. 338)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari Filem Ke Realiti, Tema ‘Bollywood’ Sering Menjadi Pilihan Raja Sehari

Tema bollywood sering menjadi trend di kalangan masyrakat kita sekarang. Banyak faktor sebenarnya mengapa ada sesetengah orang memilih tema bollywood ini untuk dijadikan sebagai tema majlis perkahwinan mereka.
Tidak hairanlah jika salah satu sebabnya adalah kerana minat mereka sendiri terhadap cerita bollywood yang ditonton menyebabkan mereka merasa budaya itu boleh dijadikan sebagai satu tema yang menarik. Mari kita lihat antara tema perkahwinan bollywood yang sering menjadi bualan ramai.



Tidak ketinggalan, beberapa selebriti malaysia juga menggunakan tema ini untuk majlis mereka.
Dekorasinya yang unik juga telah menjadi kegilaan masyrakat sekarang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Singgahsana Cinta Berkonsep English Rustic Modern

Sentuhan magis dekorasi majlis hari bahagia pastinya tambah memukau dengan elemen ruang berkonsepkan English Rustic Modern. Paduan rona putih dan pastel menggamit jiwa yang tenang saat pasangan mempelai bersanding di singgahsana cinta. Pastinya membuatkan mata tetamu tak jemu memandang.
Gandingan rona putih dan pastel menegaskan lagi dekorasi serta tema yang ingin dipersembahkan, lantas membuatkan majlis yang diraikan tampak eksklusif dan elegan.
Hiasan bunga ros putih dan hydragea pada pasu tinggi yang ditutupi dengan kain renda menambahkan seri pada dekorasi keseluruhan ruang.
Susun atur lilin hiasan bersama taburan kelopak bunga mawar merah mencipta suasana romantis seolah-olah turut menyelami penyatuan cinta sang mempelai.
Latar belakang pelamin yang dihiasi dengan tampalan bunga rona gangsa dan keemasan menonjolkan elemen moden pada dekorasi majlis perkahwinan.


FOTO : PAKDINZ PHOTOGRAPHY DEKORASI : ADI NAZIM INSPIRASI DEKORASI TERIMA KASIH PENGANTIN : ELYSHA & IZZUDIN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!






