Majlis Persandingan 100 Pengantin Di Dataran Merdeka Tarik Perhatian Ramai, Usaha MAIWP Anjurkan Majlis Dipuji

Share

Majlis persandingan antara momen yang cukup indah buat pasangan mempelai. Kenangan ini merupakan peristiwa manis yang akan disimpan sebagai sejarah. Pendek kata, setiap bakal mempelai mengimpikan bersanding di pentas pelamin.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok satu majlis persandingan besar-besaran dengan melibatkan 100 pasang pengantin di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Syafirol.hafiz di TikTok. Kelihatan ramai pengantin sedang makan beradab di sebuah barisan meja panjang.

@syafirol.hafiz 100 Pengantin di Dataran Merdeka. Karnival MAIWP. #pengantin #100pengantin #kahwin #dataranmerdeka ♬ Bunga Rampai – Zaleha Hamid

Majlis persandingan tersebut ialah anjuran Majlis Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Rata-rata ramai yang terkejut dengan kewujudan majlis tersebut dan memuji usaha yang dilakukan oleh pihak MAIWP bagi membantu meringankan kos pengantin.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 370.1K tontonan, 20.6K tanda suka dan 1.2K perkongsian di TikTok.

Majoriti warga maya turut mengucapkan tahniah di atas majlis persandingan itu.

Berikut komen menarik daripada warga maya di TikTok:

Huiyooo .tahniah semua..doakan sy bertemu jodoh..

Selamat penganti baru buat semua pasangan dan moga kekal bersama selamanya…

Jimat wei kawin mcm ni.

Huish haritu 3 psangan pengantin.. yg ni xde lawan 100 pengantin wow.

Best nye taniah semua.

Sempoi sempoi semua pengantin 😂 selamat pengantin baru semua.

Sumber: TikTok Syafirol.hafiz

IKLAN