Majlis Pertunangan Penyanyi Dangdut Via Vallen dan Vokalis Papinka Meriah

Share

Penyanyi dangdut popular Indonesia, Via Vallen atau nama sebenarnya Maulidia Octavia baru-baru ini selamat bergelar tunang kepada kekasih hatinya, Chevra Yo yang juga merupakan vokalis kumpulan band popular Papinka. Kedua-duanya memuat naik berita gembira mengenai pertunangan tersebut di laman Instagram masing-masing baru-baru ini.

Majlis pertunangan tersebut dikatakan telah berlangsung pada 6 Mei 2022 yng lalu berdasarkan tarikh yang diletakkan di klip video khas mengenai pertunangan mereka dan juga tarikh yang dinyatakan di laman Instagram.


Pada hantaran yang dimuat naik di Instagram kedua-duanya bertulis ” 06.05.22 Alhamdulillah one step closer. Terima kasih buat semua vendor dan pengisi acara yang turut menjayakan acara kami”.


Via Vallen, penyanyi dangdut yang popular dengan lagu Sayang ini menyatakan isi hatinya kepada tunang tersayang melalui sebuah klip video yang dimuat naik di laman YouTube rasminya.


Menyentuh mengenai keistimewaan yang dimiliki oleh vokalis kumpulan Papinka itu, wanita berusia 30 tahun ini berkata:
“Aku suka kamu kerana kamu hormat dengan ibumu, kerana kamu sayang dengan ibumu. Aku merasa lelaki yang mengambil berat orang tuanya terutama ibunya merupakan lelaki yang tepat untukku, untuk mendampingi hidupku. Dengan izin Allah, restu mama dan papa aku mohon terima kamu sebagai calon suamiku.”


Lebih istimewa, pada majlis tersebut, kelihatan Chevra atau nama penuhnya Chevra Yolandi dilihat berdiri di hadapan bapa tunangnya sambil meluahkan isi hatinya.
“Saya selalu bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah mempertemukan dengan anak papa dan mama. Maulidia Octavia, seorang sosok perempuan yang sangat kuat, tegar, tidak pernah mengeluh, sangat baik dan sangat berbakti kepada orang tuanya serta peduli kepada orang sekeliling.


“Dia membuat saya yakin berdiri dan melangkah sampai saat ini. Dia seorang perempuan yang selalu membuatkan saya mengutamakan kebaikan dari segala sisi. Untuk itu dengan penuh kerendahan hati, saya sekeluarga memohon izin melamar dan meminang Via,” ucapnya ikhlas.


Untuk info, Via memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada usia 15 tahun . Namun, anak jati kelahiran Surabaya, Indonesia ini melancarkan lagu sendiri pada tahun 2015. Via pernah merangkul pelbagai anugerah muzik Indonesia antaranya termasuklah Penyanyi Dangdut Paling Popular di SCTV Music Arwad 2017 dan pemenang kategori Wanita Paling Popular Indonesian Dangdut Award 2017 dan 2018.


.Melihat suasana majlis pertunangan tersebut ternyata meriah dengan kehadiran kaum keluarga dan sahabat handai kedua belah pihak. Via turut menerima beberapa bingkisan hantaran daripada Chevra antaranya termasuklah sepersalinan dan sepasang kasut.

Foto: Koleksi Instagram Via Vallen & Chevra Yolandi.

IKLAN