
Majlis resepsi dua anak jutawan terkemuka Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan berlangsung meriah di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
Pasangan ini selamat diijab kabul pada Februari lepas yang disaksikan oleh keluarga dan rakan terdekat mereka.
Chryseis Tan dan Faliq Nasimuddin tampil anggun dalam persalinan songket dan lisu sentuhan @fiziwoo.
Meriah di majlis resepsi ini adalah untuk menyambut kenalan mereka seluruh dunia. Antara yang membuat persembahan, penyanyi antarabangsa dari kumpulan Westlife. Memang mewah sungguh dan mengkagumkan.
Lihat sekitar majlis resepsi kedua pasangan ini.
Sumber : gambar #chrysfaliqeverafter
Baca Surah Ali Imran ayat 31 Untuk Pikat Hati Suami Agar Tak Beralih Arah

Berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita meminta dan Allah adalah maha pengasih lagi maha penyayang terhadap hambanya.

.
Surah Al-Hujurat ayat 13
Doa pengasih untuk suami yang seterusnya ialah ayat ke 13 dalam surah Al-Hujurat. Amalkan membaca ayat ini setiap hari dengan berniat supaya ikatan kasih sayang di antara anda dan suami berkekalan sehingga bila-bila.
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Surah Ali Imran ayat 14
Doa pengasih untuk suami yang seterusnya ialah Surah Ali Imran ayat ke 14 yang berbunyi seperti berikut:
Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”
Surah Ali Imran ayat 31
Anda juga boleh menjadikan ayat berikut sebagai doa pengasih untuk suami yang diamalkan setiap hari bagi mendapatkan keluarga yang bahagia. Istimewanya ayat ini, ia adalah di antara ayat yang boleh anda baca sambil berniat supaya suami anda tidak berminat untuk ada kekasih yang lain dan berkahwin lagi satu.
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
.
Surah Yusuf ayat ke 4
Ayat ini adalah ayat istimewa bagi mengelakkan suami daripada berlaku curang. Jika anda membaca ayat ini setiap hari dengan niat yang betul dan penuh keyakinan, insya Allah suami anda akan menjadi seorang pasangan yang setia. Anda boleh baca ayat ini semasa duduk di sisi suami, kemudian hembuskan ke arahnya.
Maksudnya : “Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.
Surah Toha ayat 39
Ini merupakan ayat ampuh yang boleh anda amalkan setiap hari sambil berniat agar suami anda menjadi seorang yang jujur dan tidak berahsia. Kejujuran dan sikap berterus terang sememangnya di antara perkara yang paling penting dalam rumah tangga. Anda boleh baca ayat paling hujung dalam ayat ini bermula dari perkataan Walqaitu sehingga habis. Anda boleh baca ayat ini semasa duduk di samping suami dan hembuskan ke arahnya.
Maksudnya : Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
5 Sebab Kenapa Anak No.3 Ni Senang Buat Orang Jatuh Cinta

Setiap manusia memiliki personaliti yang berbeza, jika ada pun persamaan mungkin hanya sedikit. Namun, pernahkah anda melihat perwatakkan seseorang itu seperti serupa dengan seseorang yang lain? Contohnya personaliti mengikut bulan kelahiran atau mengikut turutan kelahiran dalam keluarga.
Dikatakan bahawa personaliti anak ketiga dalam adik beradik sangat menarik dan mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dengannya dengan mudah.
Jika anda salah seorang anak ketiga dari adik beradik, mungkin sifat-sifat ini ada persamaan dengan anda. Jom kita lihat;
1. Garang tetapi suka ambil berat
Anak ketiga selalunya kurang senyum, tetapi jika dia senyum sudah pasti akan buatkan orang cair apabila melihat senyumannya yang cantik itu. Sering dikatakan sebagai seorang yang sombong, tetapi sebenarnya seorang yang sangat baik hati.
Tidak suka menunjuk-nunjuk sifat ambil berat, nampak seperti dia seorang yang suka marah-marah. Tetapi sebenarnya dia sedang ambil berat dan sangat sayangkan anda.
2. Manja
Anak ketiga kebanyakannya sangat manja. Setiap yang diminta akan dituruti. Namun tidak semestinya dia suka meminta. Sifat manja dan memahami itu membuatkan pasangan mereka rasa selesa.
3. Suka Menyakat Orang
Sifat anak ketiga yang paling comel ialah suka menyakat orang, orang yang selalu menjadi mangsa adalah kakak atau abangnya. Jika dengan pasangan pula, dia suka menyakat manja dan buatkan pasangannya tidak keruan.
4. Jujur Dalam Melakukan Kerja
Seorang yang sangat jujur dalam melakukan kerja. Oleh kerana setiap yang dikerjakan dengan ikhlas dan jujur, mereka tidak suka dibeza-bezakan dalam pekerjaan.
5. Penyabar
Kalau ada orang yang buatkan mereka marah, mereka biasanya akan lebih memilih untuk berdiam diri dan simpan dalam hati. Jadi, susah untuk kita tengok anak ketiga ini marah orang tak tentu pasal.
Mereka lebih memilih untuk menjaga hari orang daripada mencetus pergaduhan. Jika anda memiliki pasangan yang sifat-sifatnya begini, anda harus rasa beruntung.
Jumpa Pasangan Macam Ni, Bersyukurlah…

Ini 10 tanda anda telah jumpa calon suami ideal.
1. Bersedia untuk menyelesaikan segala masalah bersama-sama.
Lelaki sejati tidak hanya pandai berkata manis tetapi harus membuktikannya melalui perbuatan. Ketika berada dalam situasi yang sulit, mereka sentiasa ada untuk mengelap air mata anda.
2. Menyediakan sendiri makan malam
Wanita moden menganggap bahawa lelaki yang pandai masak adalah calon suami yang ideal. Tidak perlu menyiapkan makanan yang istimewa, jika si suami/pasangan menyediakan telur goreng dan kicap sahaja pun bisa membuatkan si isteri tersenyum lebar.
3. Sentiasa menyokong walaupun anda melakukan kesilapan
People make mistakes. Suami/pasangan yang supportive tidak akan terus menghukum isteri di atas kesalahan yang telah dilakukan. Walaupun kamu salah, dia sentiasa ada untuk memberikan sokongan dan nasihat.
4. Sentiasa peka dengan anda
Ini tidak bermakna si suami/pasangan tahu setiap pergerakan anda atau ingat baju warna apa yang anda pakai 5 hari lepas. Namun, dia sentiasa alert dengan apa yang berlaku pada diri anda. Dia tahu lagu kegemaran anda dan dia juga tahu setiap obsesi anda pada sesuatu perkara.
5. Bukan hanya pintar, tetapi bijak
Untunglah jika anda mempunyai suami yang bijak untuk menyelesaikan masalah matematik, tetapi apa yang lebih penting adalah lelaki yang mampu untuk mencari jalan keluar ketika menghadapi sebarang masalah. Jika suami/pasangan anda boleh memberikan nasihat tatkala sedang mempunyai salah faham dengan keluarga, anda memang sangat bertuah.
6. Dia tahu untuk menceriakan anda
Jika anda dalam keadaan sedih, dia tahu bagaimana untuk menceriakan kembali hidupmu. Dia akan berlawak jenaka, menyokong dan melakukan apa sahaja untuk menggembirakan anda.

7. Pandai berunding
Seorang lelaki yang ideal mudah untuk dibawa berbincang dan bijak untuk mengendalikan sebarang situasi tegang yang melibatkan banyak pihak. Tidak bertindak melulu, ciri-ciri lelaki seperti ini sememangnya diidamkan oleh setiap wanita.
8. Tidak akan membiarkan anda dalam kesusahan
Kebanyakan lelaki tidak boleh memberikan fokus kepada pelbagai masalah dalam satu masa. Namun, mereka tidak akan membiarkan anda sendiri dalam menghadapi kesusahan dan menjadikan masalah anda sebagai keutamaan mereka.
9. Pendapat anda sentiasa diperlukan
Hubungan suami isteri bukan sahaja bermakna harus tinggal sebumbung, malah anda juga harus menjadi seorang teman baik yang mampu memberikan pendapat di antara satu sama lain. Namun begitu, ini tidak bermakna si suami perlu mengikut semua kata isteri.
10. Membantu dalam kerja-kerja rumah
Jika si suami menghormati dan menghargai anda, mereka tidak akan membiarkan anda keseorangan membuat kerja-kerja rumah. Dia sangat memahami situasi anda yang sedang keletihan apabila pulang kerja, lalu membantu menguruskan hal-hal rumah seperti mencuci pakaian atau mengemas peralatan dapur. Dengan cara ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
Mencari keserasian itu bukan mudah, namun pasangan kita adalah pasangan yang bakal melengkapi hidup kita. Jangan bandingkan pasangan dengan orang lain, hargai mereka ya!