Kecantikan

Makan Kimchi Mampu Atasi Masalah Rambut Daripada Gugur – Saintis

Share

Rambut gugur boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Baru sikat dah gugur rambut. Itu tak termasuk di atas katil, semasa shampu dalam bilik air dan sebagainya. Merata-rata ada rambut gugur.

Untuk wanita tidak bertudung, rambut memainkan peranan penting dalam mewujudkan ‘first impression’ yang mempersonakan. Manakala bagi wanita bertudung setelah seharian menutup kulit kepala , rambut akan mudah menjadi rosak dan gugur.

Selain wanita, lelaki juga amat sensitif dengan kesihatan rambut mereka. Penampilan seseorang juga mudah dipengaruhi dengan gaya rambut.

Satu kajian yang dijalankan sekumpulan ahli saintis dari Universiti Dankook di Seoul mendapati makanan popular kimchi dapat membantu merawat masalah keguguran rambut.

Kajian di atas ke atas 23 orang lelaki yang mempunyai masalah peringkat awal keguguran rambut manaka sebahagian yang lain hampir botak.

Semua responden tersebut diminta mengambil minuman kimchi sebelum sarapan dan sebelum tidur. Hasilnya, bilangan rambut mereka semakin banyak tumbuh dari 85 helai rambit ke 92 helai rambut dalam tempoh empat bulan.

Menurut saintis-saintis itu, terdapat ada peningkatan dan sekali gus dapat membendung masalah keguguran rambut. Kata mereka, ubat-ubatan akan mendatangkan kesan sampingan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber

IKLAN