Bila Dietitian pesan makan nasi suku pinggan, ada yang tinggi betul suku nasi dia. Ada pula yang secuit pula suku nasinya.
Bila kata 2 senduk rata, macam-macam saiz pula senduknya. Nasib tak pernah lagi tunjuk saiz senduk kawah.
Jadi ini Cik SAS sertakan gambar biar jelas, terang dan mudah faham bagaimana suku pinggan itu menggunakan konsep pertukaran unit karbo.
1. Bagi wanita, suku pinggan boleh ambil 2-3 pertukaran nasi. Bersamaan 2-3 senduk nasi rata atau 8-12 sudu makan.
Ads
2. Bagi lelaki pula, suku pinggan boleh ambil 3-4 pertukaran nasi. Bersamaan 3-4 senduk nasi rata atau 12-16 sudu makan.
“Kalau nak ambil kurang lagi boleh ke Cik SAS?”
Minimum untuk wanita adalah 2 senduk nasi rata dan 3 senduk nasi rata bagi lelaki untuk 3 kali hidangan utama: sarapan, tengahari dan makan malam.
Ads
Kuantiti ini penting untuk memastikan tubuh badan, fizikal, mental dan emosi kita kekal berfungsi dengan baik walaupun dalam proses penurunan berat badan.
Kalau berdiet tapi cepat melenting, penat ada la tu yang tak kena. Besar kemungkinan terlalu lesu kerana kurang karbohidratnya.
Ads
.
“Kalau tak nak makan nasi, boleh ke Cik SAS?”
Boleh tak ada masalah. Gantikan dengan sumber karbohidrat lain seperti kentang, ubi keledek, roti, tosei, capati, oat, bubur dan sumber karbohidrat kompleks yang lain.
SUMBER : FACEBOOK Siti Amirah Shalihin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali menerima undangan perkahwinan tentunya korang akan memikirkan apa hadiah atau barang yang ingin di bagi buat pasangan mempelai ini. Jangan risau ini anta idea yang korang boleh bagi sememangnya amat berguna.
Lesung Batu
Nampak rare kan? Lesung batu sememangnya digunakan untuk bahan masakan seperti menumbuk cili, bawang, belacan untuk dijadikan bahan masakan. Tentunya pengantin akan menghargai dengan pemberian ini.
Set pinggan mangkuk
Hadiah ini pastinya benda yang paling penting buat pasangan pengatin kerana ia amat berguna pada setiap hari. Kita akan memerlukan pinggan, cawan, dan mangkuk untuk menikmati makanan.
Buku resipi
Ya, betul walaupun sekarang adalah zaman teknologi yang boleh memudahkan untuk kita mencari bahan atau resipi masakan melalui gajet tapi buku masakan tidak akan sama rasanya dengan gajet yang kita ada mungkin kerana ‘feel’ yang lain. Ia lebih berguna dan sangat mudah tak perlu nk scroll dan cari-cari.
Kuali
Peralatan utama apabila didapur sememangnya kuali lah kan. Apa kata korang hadiahkan mereka set kuali ini. Mesti mereka suka. Pengantin tak perlu risau dah nak beli kuali untuk memasak kerana keperluan utama sudah selesai.
Beg pakaian
luggage beg sememangnya sangat sesuai untuk dijadikan hadiah sebab pasangan pengantin yang baru berkahwin akan menyiapkan diri mereka untuk berbulan madu. Jadi tak salah korang hadiahkan mereka beg ini kan, boleh didapati Dalam banyak size.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beringat sebelum persoalkan kerja rumah tangga, mana yang nampak tak sempurna suami boleh sambung siapkan. Saling memudahkan dan menghargai apa sudah selesai dalam rutin harian.
Bak kata saudara Firdaus Shakirin, pernah tak isteri berhenti dari buat tugas-tugasnya?
Dia kena marah pun dia tetap masak. Dia merajuk pun dia masak. Dia tak sihat pun dia masak. Bergaduh dengan kita pun, dia tetap buat kerja-kerja rumah. Dia balik kampung pun, dia mesej, telefon kita:
“Abang dah bangun?” “Abang dah sampai tempat kerja?” “Abang dah lunch?”, “Abang dah otw balik kerja?” “Abang dah sampai umah?” “Abang dah makan malam?”
Sampailah dia tanya, “Abang dah tidur?”
Berjauhan pun, dia tanya satu-satu, masih risaukan kita. Jadi pergi lah mana pun, duduk jauh macam mana pun dia tetap jalankan tugas-tugasnya sebagai seorang isteri.
Ambil tahu kebajikan kita, jaga suami. Jahat mana pun suaminya itu, dia tetap buat tugas-tugas seorang isteri dan kita yang jadi suami ini, ada tak tugas-tugas kita yang kita tak tunaikan terhadapnya? Ada kan? Banyak sebenarnya tuan-tuan.
Balik kerja, ada tak kita tanya,
“Macam mana hari ni, ayang ok?”
Ada tak mesej dia,
“Ayang dah makan? Ayang sihat tak hari ni?”
Jarang kan kita nak buat ni? Itu hari biasa. Kalau hari bergaduh, kalau tarik muka, lagi lah tak buat langsung.
Tapi isteri tak pernah pun berhenti dari memikirkan tentang suaminya. Even waktu tidur pun, bila terjaga, dia selimutkan suaminya. Perbetulkan kedudukan tidur suaminya, pastikan suaminya itu selesa.
24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, untuk SUAMI dan kita pula asyik memikirkan tentang perempuan lain? Tentang kekurangan isteri? Cari kelemahan isteri?
Tak guna betul kita ni tuan-tuan. Hargailah isteri tuan-tuan. Hidupnya selain untuk Allah adalah untuk SUAMINYA.
Jangan abaikan isteri, peluk cium, sayang isteri yang kita ada. Hadiah daripada Allah untuk kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Patutnya makin lama kahwin, makin masak dengan perangai pasangan tapi terbalik. Makin lama kahwin makin banyak pula rungutannya! Itu tanda kurang rasa syukur dalam hati.
Baik lelaki atau wanita, semua orang ada kelemahan. Jika di pandang kelemahan itu dengan hati tak bersyukur maka yang keluar dari mulut hanya kritikan dan rungutan. Jika hati dapat bersyukur maka yang keluar hanya kata-kata semangat dan dorongan. Mungkin ini 5 Cara tanamkan hati yang mudah bersyukur dalam rumahtangga.
1. Setiap pagi bersyukur dahulu sebelum merungut
Bersyukur kerana masih mempunyai pasangan hidup. Bersyukur kerana anak-anak masih sihat. Bersyukur kerana masih dapat luangkan masa dengan anak bini. Bersyukur kerana masih ada rumah, kerja, makan dan sihat.
Bila hati boleh bersyukur, buruk macam mana pun mata melihat sesuatu perkara tu mulut tak mudah merungut. Ini kerana hati masih boleh nampak hikmah di sebalik. Jernihkan hati dengan kesyukuran maka mata pun jadi jernih nampak segala kebaikan pasangan.
2. Amati betul-betul muka pasangan dan anak
Setiap hari ambil masa sekurangnya 15 minit untuk amati muka muka orang di kasihi. Dari muka mereka kita boleh belajar bersyukur dan lebih menghargai.
Isteri yang dulu berkulit halus dan gebu sekarang kasar dan tegang gara-gara membuat kerja rumah setiap hari. Bersyukur la kerana isteri tak pernah merungut. Anak yang gembira bermain walaupun dengan mainan kedai 2 ringgit. Bersyukurlah kerana ada anak hanya nak mainan dari kedai “toy r us” sahaja.
3. Fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan
Setiap hari fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan. Baik pagi, petang atau malam. Tak berjaya tak jadi masalah yang penting ada usaha.
Bangun pagi ucap love you, petang ucap terima kasih dan malam ucap berehatlah. Nampak ringkas 3 ucapan ni tapi sebenarnya ia ucapan yang di nanti-nanti oleh pasangan, terutama isteri.
4. Peluk, cium dan sentuh pasangan
Tanda bersyukur dalam hati bila kita kerap peluk, kerap cium dan kerap sentuh pasangan dan anak-anak. Bila gembira terus kongsi vibe gembira dengan isteri, bila rasa lapang terus kongsi dengan anak. Secara tak langsung mereka pun bersyukur dengan kita.
Jika selalu kita bersyukur dengan mereka, percayalah kita akan selalu nampak tingkahlaku mereka ini semakin menyenangkan. Menurut kajian juga sentuhan setiap hari sebelum keluar rumah boleh tingkatkan semangat dan emosi positif dalam diri pasangan.
5. Sentiasa murah dengan senyuman
Setiap hari pulang dengan senyuman dan penuh semangat. Apabila kita tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan suka mendekati. Senyumlah apabila sampai ke rumah. Ada kajian tentang senyum bahawa mak ayah yang selalu tersenyum mempunyai keluarga yang lebih stabil dan anak akan hebat interpersonal skilnya.
Lagipun senyum itu satu sedekah. Sedekah pada ahli keluarga sendiri lebih banyak ganjaran, selain dapat pahala sedekah malah dapat pahala jaga silaturrahim.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...