Memilih bedak asas ada kalanya mengelirukan sehingga ada yang tampil dengan wajah bagai memakai topeng! Malah ada juga yang memilih bedak asas berjenama tetapi solekan tetap tampak biasa. Lagi-lagi apabila bakal pengantin memilih makeup artist yang hanya tangkap muat.

 

Salah bedak yang dioles pada muka boleh buat anda nampak macam badut atas pelamin nanti. Kalau takut jurusolek tidak menggunakan bedak asas yang sesuai dengan warna kulit, anda berilah bedak asas yang anda ada. Lagi selamat!

 

Untuk memilih bedak asas yang sesuai, anda tidak perlu menjadi professional. Cukup sekadar anda tahu jenis kulit agar pencarian bedak asas menjadi lebih mudah. Ikut tip di bawah agar solekan wajah anda lepas ni lebih cantik dan menarik!

 

Ambil tahu warna dasar kulit anda

Apa itu warna dasar? Ia adalah jenis cerah atau gelap kulit anda. Ia juga boleh jatuh dalam golongan warna dasar kulit sederhana. Jika anda kurang pasti jenis warna dasar, cuba bandingkan kulit wajah anda dengan selebriti atau model yang memiliki jenis kulit seperti anda. Lihat bagaimana mereka describe kulit wajah mereka.

 

Ambil tahu jenis kulit

Sebelum membuat pembelian bedak asas, penting untuk anda tahu jenis kulit. Jika jenis berminyak, pilih bedak asas BUKAN oil-based dan sebaliknya. Anda tentu tidak mahu kelihatan seperti permukaan pinggan yang terlalu berkilat dan berminyak kan!

 

Periksa kandungan

Ads

Anda perlu rajin membaca label kandungan pada pek bedak asas. Bimbang juga jika ada di antara kandungannya sensitif untuk kulit anda. Elakkan bahan kimia dan pilih produk menggunakan bahan semula jadi kerana ia lebih selamat untuk kulit.

 

Mencuba di tempat terang

Jika anda hendak membeli bedak asas, disarankan untuk memilih di kedai dan sekiranya anda sudah selesa dengan jenama tertentu, barulah anda boleh membeli secara online. Penting untuk anda mencuba bedak asas di kedai untuk memastikan warnanya sesuai dengan kulit. Paling penting, cari tempat yang mempunyai pencahayaan terang kerana anda mungkin akan tersalah pilih dek kerana lighting yang terlalu gelap atau suram!

 

Iritasi pada kulit

Elakkan membeli produk atau jenama yang boleh memberi iritasi pada kulit, walaupun sedikit. Ramai wanita yang menyedari ketidak selesaan pabila menggunakan sesetengah produk tetapi masih meneruskan pemakaian kerana ia kelihatan cantik pada wajah.

Pilih dengan bijak kerana kulit wajah yang rosak mengambil masa untuk kembalikepadaasal. Sebab itu anda perlu mencubanya sendiri di kedai.

Ads

 

Sapuan pada rahang

Anda boleh mencuba pelbagai jenis warna bedak asas dengan menyapu sedikit pada bahagian rahang, bukan di pergelangan tangan atau belakang tapak tangan. Biarkan beberapa saat untuk melihat pilihan warna yang sebati dengan kulit.

 

Tolong elakkan warna yang lebih cerah kerana anda mungkin Nampak seperti memakai topeng!

 

Bedak asas yang melembap

Sekiranya anda memiliki kulit wajah kering, pilih bedak asas yang mempunyai pelembap sekaligus. Selain mencantikkan solekan wajah, ia juga boleh melindungi kulit daripada kekeringan.

Ads

 

Litupan tepat

Bedak asas menjadi keutamaan dalam setiap solekan wajah kerana ia berupaya menyembunyikan cela dan noda pada wajah lebih-lebih lagi si jeragat dan pilihan terlalu banyak di pasaran; dari yang cair sehingga yang padat.

Jika anda inginkan full coverage, gunakan bedak asas cair atau berkrim. Untuk kegunaan harian pula, disyorkan untuk anda menggunakan BB Cream atau CC Cream yang boleh meratakan kulit dan menutup cela pada wajah.

 

Ikut bajet

Walaupun ada bedak asas yang sangat sesuai dengan kulit wajah anda, selak dahulu bajet yang diperuntukkan. Jangan kerana ingin kelihatan cantik, anda terpaksa menanggung hutang di kemudian hari!

 

Tarikh luput

Amat penting untuk anda tahu tarikh luput produk pembelian kerana jika anda bukan seorang yang suka bersolek, pek bedak asas yang kecil sudah memadai. Takut nanti bila dah tamat tempoh, anda masih terus menggunakannya kerana dikatakan tidak alert dengan tarikh luput!

 

Nak senang, anda boleh juga beli secara ONLINE cuma anda perlu tahu kod warna yang sesuai dengan kulit wajah anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI