7(85)

Sejak dari dahulu lagi, wanita sememangnya sangat suka mencuba pelbagai cara untuk tampil cantik. Antara salah satunya adalah dengan mandi bunga. Mandi bunga dikatakan mampu membangkitkan aura negatif ekpada sesiapa yang mencubanya. Ini kerana, banhan-bahan mandian itu sendiri terdiri daripada haruman 7 atau 8 jenis bunga yang segar dan wangi.

Meskipun sesetengah pihak memandang ia sebagai sesuatu yang negatif. Katanya bagi membuang sial atau pun bagi wanita yang digelar ‘andartu’. Jika anda perasan, sudah banyak sekarang di spa-spa terbaik menggunakan kaedah mandi bunga untuk pelanggan mereka. Mereka yang sudah mencuba kaedah mandi bunga rata-ratanya memberi tindakbalas yang memberangsangkan.

Patutlah Bakal Pengantin Disarankan Mandi Bunga, Ini SebabnyaSebenarnya ia adalah sebagai salah satu cara menaikkan seri wajah, kerana bunga-bunga yang digunakan mempunyai banyak manfaat kepada kulit dan juga badan.

Bauan asli pada bunga itu sendiri menaikkan lagi aura positif dan membuatkan anda rasa sentiasa yakin dengan diri anda. Antara lain, fungsi mandi bunga termasuklah membersihkan tubuh, menyegarkan badan, menghilangkan penat dan lesu serta mencantikkan kulit.

Setiap bunga dan juga limau yang digunakan mempunyai manfaat tertentu, seperti berikut:

Mawar merah – membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.

Mawar putih – menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri

Cempaka putih – melembut dan mewangikan badan

Cempaka kuning – menyerikan wajah dan mewangikan badan

Melur putih dan kuning – menyucikan dalaman

Bunga kenanga – menaikkan seri dan senang didekati

Limau purut – buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah

Limau susu – melembutkan kulit

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : hijabsheel.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI