Masak Guna Kuali Sahaja Baru Pindahkan, Ini Resepi Kek Buah Kukus Moist

Share

Jom tengok resepi kek buah oleh MieZa Samian siap dengan tutorial bagi memudahkan para suri rumah untuk memasak. Semuanya masak atas kuali dulu sebelum pindahkan dalam bekas untuk kukus.
Nampak mudah dan rasanya boleh sangat untuk kita cuba ikut sampai jadi sebab setiap langkah diterangkan dengan jelas. Jadi jangan buang masa lagi. Jom kita tengok resepi kek buah yang paling simple dengan bahan-bahan serta cara-caranya yang terperinci di bawah ini.

RESEPI KEK BUAH KUKUS MOIST SANGAT
Ini bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi kek buah moist.

BAHAN-BAHAN
350g mix fruits
250g butter/merjerin
60g air panas
300g gula
350g tepung gandum **
1sudu kecil cream of tartar **
1sudu kecil baking powder **
2sudu kecil soda bicarbonat **
3biji telur gred A
1sudu kcik esen vanila
1sudu mkn oren sunquick

CARA-CARA
1. MASAK GULA SAMPAI PERANG
Mula-mula masak gula sampai jadi perang (untuk buat gula hangus).

Tapi hati-hati jangan sampai hangit nanti pahit pulak rasa dia.

2. MASUKKAN BUTTER / MARJERIN
Kemudian masukkan butter / marjerin.

Kacau, Lepastu masukkan air panas. Kacau.

Di atas ni gambar lepas masukkan butter dan air panas.

3. MASUKKAN ESEN VANILA & OREN SUNQUICK
Masukkan esen vanila dan oren sunquick.

Kacau lagi sampai sebati.

4. MASUKKAN MIX FRUITS
Masukkan mix fruits.

Mase ni kacau dalam 2 minit je. Kecilkan api ye mase ni sebab kita tak nak buah ni terlebih masak / overcooked.

5. MASUKKAN TEPUNG

Ayak awal-awal tepung, soda bicarbonate, baking powder dan cream of tartar (semua bahan yang bertanda ** di atas).

Lepas tu masukkan bahan ni dalam adunan dekat kuali tadi.

Masa ni dah boleh tutup api ya. Tak payah tunggu sejuk boleh terus bubuh tepung dan semua bahan ayak tu.


Kacau sebati. Biarkan kejap.

6. MASUKKAN TELUR


Pukul telur dalam bekas berasingan sampai kembang gebu macam dalam gambar di bawah ni.
*Kalau tak ada mixer boleh juga guna blender asalkan putar sampai gebu.


Lepas tu curah ke dalam adunan dekat kuali tadi.
Kacau sebati.



Macam ni rupanya bila dah gaulkan semua bahan tadi.

Ingat, lepas bubuh tepung tadi dah tutup api ya.



Ok dah siap untuk dikukus.

7. KUKUS


Sekarang dah boleh masukkan dalam bekas untuk dikukus.

Sapu marjerin dulu dekat bekas ye sebelum tuang adunan.


Saya buat untuk setiap bekas 1 kg.


Seeloknya kukus lagi lama lagi bagus dalam 4-5 jam. Tapi saya kukus 3 jam je.

Masa mengukus tu penting PASTIKAN AIR KUKUSAN TAK JATUH ATAS KEK MASA TENGAH KUKUS. Caranya balutkan bekas dengan plastik pelbalut atau lapik penutup dengan kain.





SIAP!
Ok dah siap, jom tengok hasilnya.

NOTA KAKI :
2x ganda adunan atas tu boleh dapat 3biji kek seberat 1kg setiap biji. Timbang siap-siap lepas dah curah adunan dalam bekas tu. Jangan curang dalam timbangan ye kalau nak berniaga.
Harga saya jual rm50 sebiji. Terpulanglah nak jual berapa. Bergantung pada harga bahan mentah dekat tempat masing-masing.
Mix fruits jangan overcooked sebab nanti buah tak merata dalam kek. Kek buah yang sempurna, buahnya tak duduk atas kek dan tak mendap di dasar kek. Sebaliknya buah ni merata dalam kek. Kek buah wajib moist.

KREDIT : MieZa Samian

IKLAN