Mee wonton atau mee kicap ini sesuai untuk hidangan petang dan cukup mudah untuk disediakan. Untuk mendapatkan hidangan sempurna, ada menu sampingan yang kena ada iaitu sup wantan, ayam dan cili kicap. Buat para isteri yang mahu memujuk hati suami, inilah menu yang perlu anda buatkan demi cintanya..
Cara-cara menyediakannya
Ads
1. Langkah paling penting ialah minyak bawang putih dan bawang putih goreng. Caranya mudah sahaja, cincang halus bawang putih dan goreng sehingga garing.
2. Selepas itu, sediakan sup pula. Sup ini diperlukan untuk membuat kicap mee. Caranya mudah sahaja, rebus air dan masukkan stok ayam, lada sulah dan bahan bebola. Kemudian titiskan sedikit minyak bijan dan minyak bawang putih tadi.
Ads
3. Untuk kicap, ambil minyak bawang putih tadi dan tumis dua sudu besar kicap cair, satu sudu besar kicap karamel dan perasakan dengan gula. Kemudian ambil sedikit sup tadi dan campurkan ke dalam kicap. Siap.
Ads
4. Untuk ayam, ambil bahagian yang selalu dibuat chicken shop. Perapkan dengan cili kisar, gula, bawang putih, kicap cair, serbuk cili dan apa sahaja rempah yang disukai. Perap selama satu jam dan selepas itu bakar, grill atau goreng.
5. Untuk mee wantan, keluarkan daripada plastik dan leraikan dahulu. Didihkan air dan titiskan minyak dan baru celurkan mee dalam 10 saat. Sentiasa kacau supaya mee tidak melekat. Selepas itu celupkan dalam air sejuk dan toskan.
Orang Melayu, kalau tak ada sambal, memang tak lengkap hidangan. Tapi kalau nak buat selalu, agak melecehkan, jadi apa kata buatkan stok sambal ijo dan simpan di dalam balang kaca supaya tahan lebih lama.
Cara membuat sambal ijo berbeza daripada sambal ayam penyet kerana bahannya dikukus atau direbus terlebih dahulu.
Masyaallah. Isteri saya kata dia dapat 2 botol sambel ijo. Yang ni kalau saya makan boleh lupa nama. Tengok cili vetnam dia. Ini perkongsian dari saudari Ariff Budiman Zainal Abidin yang boleh kita ikuti.
Cara :
1. Rebus semua dulu cili hijau, cabai melaka hijau, cabai melaka merah, bawang merah dan bawang putih
2. Bila sudah lembut, tumbuk semua hingga lumat.
3. Masukkan minyak dan goreng. Masukkan kiub ikan bilis dan sedikit ikan bilis dan gula.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila nak berbuka puasa, pastinya ada di antara kita yang memilih untuk minum minuman yang sejuk, manis dan berais. Fuh memang sedap! Sejuk je tekak bila minum.
Jadi, hari ini apa kata kita berbuka puasa dengan air bandung laici cincau yang padu ini. Minum sejuk-sejuk pula, memang terbaik!
Resipi ini dikongsi oleh Ben Safwan menerusi grup Masak Apa Hari Ni…(MAHN). Jom kita baca resipi yang dikongsi olehnya.
Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw
Bahan-bahan:
1 tin laici
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 sudu makan kacang tanah tumbuk
3 1/2 sudu makan sirap cap rose
1 sudu makan biji selasih
5-6 biji kurma merah
50-60 gram cincau hitam
Cara-cara:
Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.
Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh juga tapi Ben suka cara camni. Silakan.
Tip:
Sukatan ni Ben buat untuk 2 jug saiz ni. Akak boleh bahagi dua jika perlu.
Oh ya tips rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.
Sambal goreng ini dikatakan sangat sedap untuk dihidang di dalam majlis perkahwinan, nampak mudah dan tidak memerlukan bahan yang sukar. Ikuti perkongsian resepi ini daripada Habibah Badar Bajrai di Facebooknya.
Dah lama tak masak sambal goreng ni. Nama dia, sambal goreng pengantin. Jangan tanya kenapa nama dia gitu. Sesungguhnya daku tak tau .Tapi lauk ni selalu ada kat time wedding kat Singapore.
Sambal goreng ni sedap sesangat tau. Ratah sedap, makan ngan nasi panas panas pun sedap. Tak payah lauk lain. Kalau ada yang nak cuba, ni Kak Bib share lagi sekali resepi dia
SAMBAL GORENG PENGANTIN
Bahan-bahannya
500gm daging
500gm paru paru
500gm limpa
500gm hati
* Semua bahan di atas direbus, potong dadu, goreng sekejap. Jangan sampai garing lak.
500gm udang digoreng kejap.
10 batang lada merah
10 batang lada hijau
5 tangkai lada kering
12 ulas bawang putih
3 batang serai
3 inci lengkuas
* Buang biji lada. Pastu, bahan di atas kita hiris halus. Lada kering tu kita hunting halus. Tak yah rebus. Pastu seme bahan kita goreng kejap.
Bahan Kisar
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
10 batang lada kering direbus
* Semua bahan dikisar halus
2 kotak santan kara
½ cawan asam jawa
2 inci belacan
3 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Daun limau purut
Cara
1. Air asam jawa dan belacan digaul rata, dan tapis – tepi kan .
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik baunya.
3. Masukkan air asam jawa dan belacan tadi. Kacau kejap.
4. Kemudian, masukkan daging, paru, limpa dan hati yang telah dipotong dadu dan digoreng, lada merah, lada hijau, bawang putih yang telah digoreng, bawang goreng dan daun limau purut. Kacau hingga rata.
5. Masukkankan santan, garam dan gula. Kalau kering, tambah sikit air.
6. Masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat sedikit dan rencahnya meresap dalam daging, paru dan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan lada kering yang telah digoreng. Gaul rata. Sambal ni rasa dia pedas pedas manis, dan basah sikit.