Bila sudah kahwin, menantu kena pandai bawa diri untuk rasa selesa bila masuk dalam keluarga orang. Tak boleh buat perangai diva dan buat hal sendiri.
Bak kata saudara Firdaus Shakirin, hormat dan biar sama-sama rasa bahagia kedua belah pihak. Baik mentua dan menantu, biar serasi bersama bila berdua.
Menantu Kena Pandai Bawa Diri
Kita semua dibesarkan dengan cara, didikan, situasi dan persekitaran yang berlainan, langsung tak sama. Bila dah jadi seorang isteri atau suami, awak ada keluarga mertua dan keluarga mertua tak sama macam keluarga sendiri.
Tetapi sebaiknya…
“Masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang harimau, mengaumlah.”
Rumah Sendiri Lain, Rumah Mentua Lain
Kalau di rumah sendiri awak bangun tidur lambat, awak malas, awak nak rehat lama-lama, tak apa lagi, sebab itu di rumah awak. Tak ada orang perhati awak, tengok diri awak, ambil tahu apa awak buat.
Namun bila kat rumah mertua, jangan bangun lambat, jangan jadi pemalas. Rumah orangkan peraturannya tak sama macam rumah sendiri.
Ads
Kena bangun awal, kena jadi rajin dan ringankan tulang untuk buat kerja. Kalau kat umah sendiri, dapur jarang-jarang berasap, selalu tapau atau makan luar sahaja. Tak apa lah, pasangan sendiri faham.
Tetapi bila di rumah mertua, walaupun awak tak tahu memasak sangat, tapi tetap kena masuk dapur untuk tolong buat apa yang patut. Sama macam lelaki, jangan asyik tegok tv main handphone sahaja di ruang tamu.
Jangan Buat Perangai Pandai Makan Sahaja
Dah jadi menantu, jangan masa makan sahaja nampak muka. Bila dah hbis makan pula terus blah macam tu sahaja.
Jangan letak dan biar sahaja dalam sinki macam selalu yang awak buat di rumah sendiri. Pinggan mangkuk itu tak akan automatik jadi bersih sendiri dan terus ada di rak pinggan. Kena basuh, kena letak di rak.
Ads
Bila berhadapan dengan ipar duai, biras beras korang tu, layan je diorang walaupun korang tu tak berapa nak masuk dengan dia, tak berapa nak ngam. Senyum saja walaupun kelat.
Jangan tunjuk sangat awak tak suka dia. Mugkin lama lagi awak akan mengadap dia. Tak kan tiap-tiap kali berjumpa, nak berperang dengan dia.
Buang masa, maka layan sahaja.
Dia dengan kita tak sama, latar belakang lain-lain, tahap pengajian lain-lain, pekerjaan lain-lain.
Jangan membandingkan, jangan membezakan. Hadap dirinya seadanya dia.
Ads
Dah jadi isteri/suami, dah bergelar menantu, maka kena pandai-pandai lah ambil hati mertua, kena usaha. Kalau boleh, kita nak mertua sayang kita macam anak dia juga.
Tapi itulah, seperti kebiasaan dan hakikatnya, anak tetap anak, menantu tetap menantu. Cuba saja yang terbaik. Apa diorang nak kata kat belakang itu abaikan sahaja.
Ikhlaskan hati sahja untuk nak cuba jadi menantu yang baik dan buat yang baik-baik.
Lillahi Ta’ala…
Dah jadi pasangan orang, dah jadi menantu, dah ada keluarga yang baru maka akan ada sahaja org yang memerhati tingkah laku kita.
Itu yang kita kena selalu ingat, kalau ada yang menegur, berlapang dada dengan teguran itu dan fikir positif.
Cuba belajar atasi kekurangan awak, kelemahan dan jangan sesekali bajet diri kita ini bagus sangat smpai tak boleh ditegur.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri zaman sekarang seharusnya perlu ada back up plan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Walau sekaya mana suami anda, pastikan anda juga punya harta sendiri. langit tak selalunya cerah kan, jadi sebagai wanita, sila jadi bijak jangan hambakan diri anda 100% kerana jika tersilap langkah mungkin suami anda boleh berubah hati. Jadi persediaan perlu ada ya sis!
1. Pastikan anda ada wang simpanan sendiri
Siapa pun lelaki yang dikahwini, tidak kiralah dari golongan yang kaya-raya atau tidak, seorang wanita perlu menyiapkan diri dengan wang simpanan sendiri. Tolak tepi duit anda yang tidak akan digunakan untuk membayar komitmen atau hutang. Malah, wang hantaran juga boleh dijadikan sebagai simpanan buat diri sendiri jika misal terjadi apa-apa yang tidak diingini.
2. Jika ada rezeki lebih, belilah sebuah rumah pelaburan untuk dijadikan sebagai persediaan
Ia tidak bermaksud anda berfikiran negatif tentang suami atau rumahtangga anda. Namun, langkah awal perlu diambil oleh setiap wanita yang bergelar isteri atau bakal bergelar isteri bagi memudahkan lagi urusan jika suatu hari nanti perjalanan anda sebagai suami isteri tidak mampu diteruskan lagi dan sebagainya. Dengan cara membeli rumah sebagai pelaburan, boleh membantu anda supaya tidak ‘terkapai-kapai’ nanti.
3. Jika suami beri nafkah, simpan. Jangan gunakan semuanya.
Wanita harus pandai untuk menguruskan simpanan sendiri. Kalau boleh, nafkah yang diberikan oleh suami jangan digunakan kesemuanya. Simpan sedikit untuk usahakan simpanan sendiri. Tolak tepi jika boleh dan wang tersebut boleh digunakan di masa hadapan jika berlaku kecemasan atau perkara yang tidak diingini.
4. Jika suami anda jenis tiada wawasan kewangan, jangan cerita berapa wang yang anda ada
Ada juga sesetengah lelaki yang tidak bijak menguruskan kewangan walaupun sudah berkahwin. Oleh itu, sebagai seorang wanita, anda perlu merahsiakan berapa simpanan yang ada. Bukan kedekut, anda boleh bantu setakat yang mampu tapi jangan berikan jumlah sebenar. Jangan bimbang kerana harta atau wang isteri adalah hak milik penuh isteri. Suami tidak harus tahu atau mengambilnya melainkan atas kerelaan isteri.
5. Belajar untuk bawa kereta dan ada lesen kereta
Perkara ini memang nampak remeh tapi sebenarnya penting buat para wanita di luar sana untuk memiliki lesen dan tahu memandu kereta. Masih ada segelintir wanita yang tidak tahu memandu dan belum memiliki lesen. Oleh disebabkan itu, mereka akan bergantung sepenuhnya kepada suami. Jika terjadi apa-apa yang tidak diingini, sukar untuk anda menyelamatkan diri tanpa ketiadaan suami.
6. Sediakan catatan setiap perbelanjaan setiap bulan untuk tahu ke mana wang anda pergi Setiap bulan pasti ada catatan hutang dan komitmen perlu dibayar.
Oleh itu, para wanita disarankan untuk membuat catatan bagi setiap perbelanjaan dan jumlah komitmen setiap bulan untuk tahu berapa sebenarnya yang diperlukan. Dengan cara ini, anda akan lebih mengetahui ke mana sebenarnya wang anda pergi. Catatan ini adalah termasuk menyimpan resit pembelian barang dapur, keperluan anak, keperluan diri sendiri dan sebagainya.
7. Perlu diingatkan bahawa suami adalah pinjaman Tuhan sahaja
Apakah yang dimaksudkan dengan suami adalah pinjaman Tuhan?
Zaman sekarang ini, wanita yang bergelar isteri tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada suami. Kerana suami hanyalah pinjaman di dunia. Sekiranya tidak diambil Tuhan, akan diambil wanita lain pula.
Sebab itulah perkara-perkara di atas perlu dilakukan terlebih dahulu buat para wanita di luar sana, ianya boleh dijadikan sebagai langkah awal sebelum perkara tidak diingini berlaku. Barulah anda tidak akan susah kerana masih ada wang simpanan, aset dan perkara lain telah tersedia.
SUMBER : SAYS.COM
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang kita terfikir, kenapa doa kita tidak dimakbulkan. Lepas tu mulalah kita buruk sangka kepada Allah. Padahal kita sendiri masih ada banyak kekhilafannya. Untuk berdoa, kita perlulah jaga adab.
Saat beribadat dan solat khususnya, abdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Mencari khusyuk bukan mudah tetapi tak salah jika kita belajar. Selepas solat, ambillah masa untuk memohon doa kepada Allah kerana Allah sentiasa mendengar dan melihat apa yang kita lakukan. Selalunya kita nak cepat habiskan solat untuk meneruskan kerja yang tak pernah habis. Betul tak?
Terlalu banyak perkara yang ingin dipohon daripada Allah tetapi adakah cara kita berdoa sudah cukup sempurna untuk kita meminta-minta kepadaNya? Jom baca tips ini mudah-mudahan ada yang ingin memperbetulkan cara berdoa.
Tip 1
Sebelum mula berdoa, pujilah Allah SWT. Perbanyakkan zikir puji-pujian.
Tip 2
Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Tip 3
Pohonlah hajat yang diingini. Jika boleh, biarlah hajt itu berbentuk umum.
Tip 4
Berdoalah dengan doa-doa yang dibaca oleh Nabi Muhammad. Belek Al-Quran dan pilih doa yang terbaik. Kalau boleh, janganlah baca doa yang sama sahaja.
Tip 5
Bila berdoa, tutup dengan penutup yang baik. Berselawatlah kepada Nabi Muhammad SAW.
Tip 6
Jangan letak tangan di bawah. Angkat tangan setentang muka atau angkat lebih tinggi dari muka (untuk lelaki). Tangan terangkat dan muka mendongak.
Tip 7
Jangan berdoa sambil lewa. Tunjukkan kesungguhan saat menyampaikan doa.
Tip 8
Berdoa selepas solat adalah yang terbaik. Jangan tinggalkan peluang berdoa saat selesai solat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jom D.I.Y hantaran dihari bersejarah anda! kami sediakan beberapa panduan ringkas bagi yang ingin menyerlahkan kreativiti anda melalui gubahan hantaran..moga berguna! Selamat Mencuba
1. Pemilihan dulang
Untuk yg sukakan simple mungkin boleh gunakan dulang kayu rustic, dulang besi segi4 dan dulang bulat tanpa kaki. untuk yg sukakan ekslusif gunakan dulang material cermin, kaca & bercorak diamond
2. Warna
Hadkan tidak lebih dari 3warna, pastikan warna2 dekorasi hiasan alas dulang bersesuaian (kontra) , ini bagi memastikan barang hantaran tampil memukau dan tidak nampak kusam
3. Hiasan
Beli bahan readymade seperti reben,bunga siap, alas berbalut , lg elok klau sewa je kan lebih jimat hehe..bg yg ingin menggunakan bunga segar sbgi hiasan anda perlu pastikan span basah dicelup air terlebih dahulu serta dibalut siap sebelum digunakan. Awas! Jangan terlalu sarat ketika menghias dulang kerana dikhuatiri dulang menjadi berat dan mengakibatkan dulang jatuh ketika dibawa..ingatt..
4. Kemas dan rapi
Elakkan dari menghias dulang terlalu banyak perhiasan, terutamanya dulang2 yg memang sedia cantik dengan hiasan/ukiran
5. Saiz
Ukur terlebih dahulu saiz dulang yg dipilih bagi memudahkan barang2 dapat diletakkan dengan baik dan kukuh , ia juga memudahkan penambahan aksesori jika ada ruangan pada dulang
6. Barang hantaran
Part yang ini sebenarnya buatkan bakal pengantin pening kepala dan bertambah excited ye dak? ok pemilihan barang bergantung pd bajet, dibawah ni kami berikan contoh barang hantaran
💖 Set kecantikan
💖 Set Wangian
💖 Makanan seperti kek/coklat/buah/manisan
💖 Haiwan peliharaan (kucing)
💖 Pakaian (tudung/seluar/baju)
💖 Gadjet (hp/camera)
💖 Aksesori seperti cermin mata/wallet/kasut/rantai
💖 Barang perhiasan (emas/silver)
💖 Bahan bacaan
💖 Kelengkapan beribadah (telekung/alquran)
💖 Produk kesihatan
Ini adalah beberapa contoh dan anda perlu pandai mencari mengikut bajet anda! Biar murah yang penting dapat menarik mata yang memandang dan dapat menyerlahkan lagi hantaran tersebut.
Pesanan kami seelok2 nya pilihlah barang yang mampu anda beli mengikut bajet kewangan anda dan yang dapat memberi manfaat kepada pasangan anda untuk digunakan selepas kahwin, sebelum mengubah hantaran jangan lupa tanggalkan label harga yang tertera pada barang tu ya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!