Ramai yang suka gosok ketulan ais pada muka, hasilnya memang bagus pada kulit. Nak-nak bakal pengantin, elok amalkan sebelum mekap dan selepas cuci muka.
Kalau nak cuba, ini petuanya. Hanya perlukan kiub ais yang ada dalam peti ais. Owh ya, tahu tak ketulan ais ini ada 7 keajaiban lain buat muka cantik, memang best sangat amalkan setiap hari.
Ambil ketulan ais dalam dua ketul pun dah cukup, kemudian masukkan dalam kain dan gosok pada wajah anda. Elok amalkan pada selepas cuci muka atau sebelum mekap.
Ads
Okay, ini kelebihan lain yang anda dapat hasil daripada amalan petua ini:
1. Kecilkan pori muka
Ais adalah ‘resepi’ paling efektif untuk kecilkan pori diwajah.
2. Kurangkan sembab mata
Biasanya, mata sembab ni disebabkan kurang tidur, stress dan mata Tak cukup rehat.
Ads
3. Mekap tahan lama
Sebelum mekap, tekapkan ais diwajah dulu. Mekap tahan lama dan cantik.
4. Kecutkan jerawat
Kalau naik jerawat, boleh gosokkan ais diwajah. Jerawat akan kecut dan kurangkan bengkak.
5. Kurangkan bulu halus diwajah
Sesetengah orang ada banyak bulu roma diwajah. Jangan tak tahu, ais boleh kurangkan bulu-bulu tu.
Ads
6. Segarkan wàjah
Apabila letakkan ais diwajah, secara automatik nya akan melancarkan pengaliran darah. Rasa sejuk ais tu membuatkan mukà rasa segar.
7. Cegah tanda penuaan
Ais sangat berkesan dalam mencegah kedutan Dan bintik-bintik hitam di mukà. Kalau korang rajin amalkannya.
Caranya boleh rujuk pada gambar, ikut langkah demi langkah mudah ini. Jimat bajet anda kalau rajin amalkan, tetapi hasilnya kulit jadi sihat dan anjal.
Jom lah jaga kulit sebelum naik pelamin, barulah berseri elok!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri adalah seorang insan yang sangat tabah dalam menjaga semua perihal rumah dan keluarga termasuk pakaian suami, anak, serta makan minum mereka. Ada isteri yang tidak sempat menukar pakaian terus ke dapur dan menyediakan bahan-bahan untuk terus memasak.
Jadi apa salahnya jika sesekali suami sekali sekala ringankan beban isteri, kalau anda sampai awal ke rumah telefon isteri barang apa yang perlu diberi atau penyediaan bahan yang diperlukan. Baru lah bahagia kehidupan rumah tangga kalau ada kerjasama antara satu sama lain.
Ini antara tips mengambil hati isteri tanpa perlu berbelanja besar.
Jika isteri memasak, suami tolong basuh pinggan.
Isteri basuh baju, suami tolong sidaikan.
Isteri lipat baju, suami tolong kemas dalam almari
Tolong basuh kereta isteri.
Sesekali belikan hadiah buat isteri.
Ungkapkan kata cinta pada isteri setiap hari.
Hindari buat sesuatu perkara yang isteri tak suka.
Bawa isteri berjalan atau bercuti ke tempat yang dia belum pernah pergi.
Buat kejutan seperti sambutan ulang tahun kelahiran atau perkahwinan.
Akhir sekali, berikan pujian setiap kali isteri masak atau berlawa semata-mata buat suami tercinta.
Sumber : theasianparent
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita pasti akan mendambakan lelaki yang soleh untuk dijadikan teman hidup mereka. Mereka mengimpikanseorang lelaki yang bagus akhlaknya terhadap Allah SWT dan taat perintah-Nya. Selain itu, tutur kata yang sopan dan sedap mata memandang juga merupakan ciri-ciri yang dicari oleh wanita. Namun adakah setiap kriteria yang diinginkan itu mudah untuk diperoleh?
Malah tidak dinafikan juga ada sesetengah wanita tidak meletakkan ciri-ciri seperti yang di atas dalam mencari pasangan hidup. Mereka merasakan memiliki insan seperti itu terlalu sempurna untuk mereka. Lebih baik cari yang biasa-biasa sahaja.
Namun bagaimanakah ciri-ciri lelaki soleh yang dimaksudkan? Berikut adalah beberapa ciri-ciri lelaki soleh yang ‘jangan’ ditolak sekiranya dia datang melamar anda:
1. Hubungan baik dengan Allah
Ciri pertama yang perlu ada pada seorang lelaki adalah memiliki hubungan yang baik dengan Allah SWT. Hal ini dapat dilihat dari segi amal ibadahnya kepada Allah seperti solat 5 waktu dan melakukan amalan-amalan sunnah. Mereka yang memiliki peribadi seperti ini sentiasa ingin dekat dengan Allah dan akan menjauhi perkara-perkara yang dilarang. Sebagai contoh mereka akan menundukkan pandangannya pada wanita dan menjaga pergaulannya dengan wanita.
2. Hubungan baik dengan ibu bapa
Ciri kedua yang dimiliki oleh lelaki soleh adalah memiliki hubungan yang baik dengan kedua-dua orang tua terutama dengan ibunya. Mereka yang menjaga hubungan baik dengan ibunya dan selalu taat akan perintah ibu nescaya akan melakukan perkara yang sama terhadap isterinya kelak. Allah SWT berfirman:
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa
(An-Nisa 4:36)
عَنْ اَبِي هُرَيرَةَ رضي الله عنه قال جَاءَ رَجُلٌ الى رسولِ الله صلى الله عليه وسلم فقال يَا رسولَ الله مَنْ اَحَقًّ النّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قال: اُمُّك قال: ثُمَّ مَنْ؟ قال: ثُمَّ اُمُّك قال: ثم من؟ قال :ثم امُّك قال: ثم من؟ قال : ثم اَبُوْكَ
(اخرجه البخاري)
Ertinya: dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: “Suatu saat ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah yang berhak aku pergauli dengan baik?” Rasulullah menjawab : “ Ibumu!”, lalu siapa? Rasulullah menjawab: “ Ibumu!”, lalu siapa? Rasulullah menjawab: “Ibumu!”. Sekali lagi orang itu bertanya: kemudian siapa? Rasulullah menjawab: “ Bapamu!”
(H.R.Bukhari)
Hadis di atas menjelaskan bahawa seorang anak yang soleh adalah anak yang sentiasa menjaga hubungan dengan kedua-dua orang tua terutama insan yang melahirkannya.
3. Prihatin terhadap kanak-kanak
Ciri yang ketiga adalah memiliki sifat keprihatinan dan ambil peduli terhadap anak-anak kecil. Apabila ternampak sahaja anak-anak kecil, secara semulajadi si dia akan menunjukkan keprihatinannya. Perasaan ini akan muncul tanpa disengajakan tetapi memang sudah sedia ada dalam dirinya. Hal ini sangat penting kerana mencari suami adalah sama seperti mencari calon ayah bagi anak-anak anda kelak.
Maka pastikanlah lelaki itu mempunyai sifat suka akan budak-budak. Baginda Rasulullah SAW juga sangat mencintai anak kecil. Ketika pulangnya dari peperangan apabila terserempak dengan anak kecil baginda turun dari untanya dan memberikan senyuman kepada anak kecil tersebut. Perkara ini menunjukkan baginda juga sangat prihatin terhadap kanak-kanak.
4. Hubungan baik dengan sosial dan masyarakat
Berumah tangga adalah proses yang lengkap iaitu dengan mempertemukan dua insan yang berbeza dari keluarga yang berbeza untuk kehidupan yang baru. Kehidupan berumah tangga sudah menjadi seperti satu kewajipan oleh setiap orang. Maka kemampuan dalam menjalin hubungan kemasyarakatan adalah sangat penting yang harus dimiliki oleh suami.
Suami juga adalah ketua keluarga dan dialah yang harus membimbing isteri dan anak-anaknya kearah kemasyarakatan. Contoh baik hubungan sosial dan kemasyarakatan yang dimaksudkan adalah seperti pergaulan sesama jiran tetangga, rakan sepejabat dan orang sekeliling.
5. Pandai mengurus kewangan
Ciri yang kelima adalah lelaki yang pandai mengurus kewangan. Ya, wang memang bukan segala-galanya. Namun kegagalan dalam mengurus wang dengan baik akan menjurus kepada kehancuran. Kehancuran yang dimaksudkan adalah seperti berlakunya perceraian dalam rumah tangga.
Kemampuan dalam mengurus wang atau kewangan dengan baik adalah kemampuan wajib yang mesti dimiliki oleh si suami. Baik hubungannya dengan wang bukan bererti seorang yang kaya raya. Si suami mestilah mampu mengendalikan wang dengan baik (dari segi pengeluaran dan perbelanjaan demi penggunaan masa hadapan)
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak pelik kalau ada golongan isteri yang bayar bil dalam rumah, kadang topup beli keperluan dapur. Itu normal dalam kehidupan zaman ekonomi makin mencanak naik.
Jadi sebaiknya sikap toleransi kena ada dalam diri seoang suami, nak lagi faham jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.
Isteri Yang Bayar Bil
Sekarang ini, isteri juga penyumbang terbesar dalam ekonomi dan kewangan keluarga.
Isteri juga bayar bil, isteri juga beli barang dapur, isteri juga isi minyak kereta, isteri juga bayar ansuran rumah.
Isteri juga bayar “hutang-hutang” suami. Suami “terpaksa” bergantung pada ehsan si isteri dalam menampung kos sara hidup setiap bulan.
Suami Kena Kenang Pengorbanan Isteri
Bila dah jadi macam ini, seharusnya suami perlu ada rasa terhutang budi pada si isteri. Si isteri sudah meringankan hampir 50% daripada bebanan komitmen si suami maka:
– Berbuat baiklah dengan si isteri.
– Layanlah si isteri dgn berhemah.
– Jangan tinggi suara dan bersikap kasar dengan isteri.
– Fahami keterbatasan isteri dalam melayani suami.
– Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.
– Bantu isteri menguruskan anak-anak.
– Hulur dan bagi juga duit kepada isteri sekadar kemampuan yang ada.
– Ambik tahu apa yang isteri beli, apa yang isteri bayar, apa yang tak cukup dalam rumah.
Jangan bersikap sambil lewa dan selesa dengan bantuan kewangan yang dihulurkan isteri. Zaman makin mencabar, barang makin mahal, kos hidup makin tinggi.
Kalau hidup bergantung pada dua pendapatan, maka jaga hati dan perasaan empunya pendapatan seorang lagi.
Dia wanita yang berusaha untuk buat yang terbaik demi keluarganya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!