sekadar gambar hiasan

Kalau kahwin hanya bersandarkan nafsu atau kecantikan semata-mata memang perkahwinan takkan kekal lama. Ubahlah niat berkahwin kerana Allah, inshaAllah perkahwinan bertahan selamanya.

Mengapa Sebelum Kahwin Aku Lihat Dia Paling Cantik Tapi Selepas Kahwin, Lebih Ramai Cantik Dari Dia
sekadar gambar hiasan.

Kalau seorang lelaki dah mengahwini seluruh perempuan di dunia ni kecuali seorang, nescaya yg seorang tu pun dia mahu juga.

Berkata seorang lelaki : “aku hairan dgn isteriku,

Dulu sebelum kahwin, Ketika aku melihat dia, pada mataku seperti Allah tidak menciptakan sesiapa pun spertinya

Ketika aku bertunang dengannya, aku dapati ramai pula sepertinya

Ketika aku mengahwininya, aku dapati ramai pula lebih cantik daripadanya

IKLAN

Selepas beberapa tahun perkahwinan kami, aku dapati.

Semua perempuan lebih indah daripada isteriku”.

Maka berkata Syeikh : “inginkah kau aku khabarkan apa yg lebih dahsyat daripada itu”.?

Kata lelaki itu : “ya, khabarkan”.!

Maka kata Syeikh : “kalau engkau telah berkahwin dgn seluruh wanita yg ada di alam ini.

IKLAN

Nescaya engkau lihat anjing yg sesat di jalanan itu lebih cantik daripada setiap wanita tersebut”.!!

Tersenyum lelaki itu dengan senyuman kecil lalu bertanya : “kenapa Syeikh kata begitu”.?

Kata Syeikh : “kerana yg musykilah itu bukan pada isterimu. Tapi pada manusia yg kalau telah diberi hati yg tamak

Dan pandangan yg liar

IKLAN

Dan tidak malu kepada Allah

Maka tidak ada apa lagi yg mampu memuaskan pandangan matanya kecuali tanah perkuburan..

Wahai lelaki, masalah kamu adalah engkau tidak menundukkan pandanganmu terhadap perkara yg telah Allah haramkan.

Adakah engkau mahu isterimu kembali kepada zaman dahulu (iaitu yg tercantik di dunia)”.?

Kata lelaki itu : “ya mahu”.

Maka kata Syeikh : “Tundukkan pandanganmu”.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI