Keutamaan menghias bilik tidur merupakan salah satu faktor utama selain kecantikan pengantin itu sendiri. Berlainan dengan bilik pengantin lelaki yang lebih senang dengan konsep hiasan sederhana tetapi kemas.
Pemilihan warna
Bagi bilik yang sempit, perkara utama yang perlu diberi penekanan ialah pemilihan warna untuk dinding, siling, lantai dan perabot.
Panduan berikut boleh membantu bakal pengantin.
keluasan ruang boleh ditampilkan dengan meminimakan penggunaan warna. Sebaiknya pilih hanya satu atau dia warna pada keseluruhan dinding. Guna kan warna cerah agar ruang kelihatan lebih luas dan selesa.
warna putih adalah pilihan yang sesuai. Putih ada beberapa kategori. Tonasinya harus memberikan kesan atau mood yang tertentu. Kesan kekuningan pada latar dinding membantu menonjolkan imej ruang yang lebih hangat dan lembut.
Satu lagi kelebihan warna putih ialah apabila is dipadankan dengan pemilihan lampu-lampu di ruang yang dilatari seperti penggunaan spotlight dan halogen, pemandangan ruang akan kelihatan lebih romantik dan elegan. Spotlight dapat membantu melahirkan mood yang tersendiri.
Kertas dinding
Bagi ruang yang sempit boleh juga menggunakan kertas dinding. Namun pemilihannya ini harus tepat agar bilik tidak nampak berserabut.
pilih dari corak yang halus dan tidak berhimpun.
Aksesori atau hiasan lain
Bagi anda yang memilih warna latar yang terang, pilih perabot dari corak yang ringkas tidak berkerawang.
Elakkan menghias bilik dengan bunga yang sangat besar kerana ini juga akan menjadikan ruang bilik anda lebih sempit.
pilih permaidani yang mempunyai corak yang abstrak tetapi tidak penuh. Warna seperti warna pastel, krim, putih dan kuning cari paling sesuai. Tetapi pilih corak yang seakan sama. Ini akan menjadikan ruang lantai lebih kemas dan besar. Elak permaidani Parsi yang mempunyai corak penuh dan sesak.
Untuk mengelakkan bilik kelihatan pucat dan tidak berjaya, perabot atau perhiasan berwarna sedikit gelap memainkan peranan. Bingkai gambar atau jam dinding yang elegan melengkapi ruang bilik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas berkahwin kebiasaannya anda akan menjalani aktiviti anda bersama dengan pasangan. Lebih-lebih pada waktu hujung minggu kerana itu lah waktu lapang untuk anda bersama si dia.
Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan pasangan anda termasuklah dalam hal pemakanan. Ya, ramai orang berpendapat selepas anda berkahwin berat badan anda akan semakin bertambah. Tapi kenapa? Ini sebabnya!
Melakukan aktiviti bersama bukanlah bermaksud melakukan perkara yang buruk, ia termasuk seperti menonton wayang bersama, bersukan, dan shopping bersama. Mesti kalau anda berjalan di kompleks beli-belah dan ada sahaja yang teringin nak makan sesuatu. Jadi, pasangan anda mesti akan join sekali bukan?
Wanita kebiasaannya selalu tidak menghabiskan makanan dengan baik. Jadi, apabila tidak habis siapa yang akan makan? Tentu sahaja si suami yang terpaksa menghabiskannya kerana tidak mahu membazir.
Pasti anda pernah mendengar pepatah ini “nak bahagiakan suami, mula dari perutnya”. Ramai wanita apabila berkahwin, jadi mereka mula masak macam-macam makanan sedap untuk suami. Sehingga tidak sedar yang berat badan naik secara mendadak kerana menikmati hidangan orang isteri tercinta.
Kebiasaan orang lagi-lagi wanita apabila mereka rasa tertekan atau sedih, salah satu cara yang boleh hilangkannya adalah dengan makanan. Mereka lebih rela melepaskan tekanan mereka dengan makanan dari terus dibelenggu oleh masalah.
Tentu sahaja! apabila anda sudah berkahwin mengandung adalah salah satu berita gembira buat anda berdua. Jadi, bila mengandung macam-macam pula makanan yang diidamkan. Sehinggakan mereka sendiri tidak mampu untuk melawan nafsu makan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang mula diuji saat masuk usia 30 tahun, mula kehilangan seseorang atau mungkin dalam fasa memenangi hati pasangan dalam hidup.
Berbeza dengan waktu umur 20 hingga 29 tahun, yang sibuk belajar, nak cari jodoh, kalau dah berkahwin baru merasa menimang cahaya mata. Waktu usia ni banyak yang enjoy, menikmati kehidupan. Baru nak merasa nak ada rumah, nak ada kereta sendiri.
Bila memasuki usia 30-an, ujian berat mula menerpa, anak makin dewasa macam-macam perangai, gaji semakin besar dah sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa dengan keluarga.
Ada yang dibuang kerja sebab tak perform. Hidup mula tertekan sebab anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan macam-macam hal:
– Kereta mula meragam
– Rumah mula nak bocor sana sini
– Yuran sekolah anak makin naik
– Mula banyak orang benci kita
– Hubungan dengan mertua
– Isteri mula merungut tak cukup makan
– Suami stress gaji kena potong
– Rumahtangga mula goyang
– Badan mula sakit sana sakit sini
– Badan dah tak fit
– Bawa kereta cepat mengantuk
– Hutang keliling pinggang
– Hubungan adik-beradik mula renggang
Cukuplah tu, nak disenaraikan tak habis cerita.
Sebenarnya Al-Quran dan Hadith dan menjawab soalan ni. Ini adalah fasa Tarbiah Allah pada hambaNya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun. Ujian tu sebab ALLAH SAYANG, supaya kita menang untuk menempuh usia 40 tahun.
Lihat surah Al-Ahqaf ayat 15. Ayat ini menjelaskan umur 40 tahun iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ini adalah umur di mana Nabi SAW diangkat menjadi Rasul.
Ibn Abbas r.a. meriwayatkan, “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”.
Jadi memang sungguh ALLAH SAYANGKAN kita, Dia tak nak kita kalah dengan ujian supaya kita tak diheret ke Neraka, wal’iyazubillah min zalik.
Pandanglah ujian itu sebagai Rahmat dan Kasih Sayang Allah pada kita, sebab Dia nak bagi kita Syurga.
Laporan Pembangunan Manusia Asia Pasifik 2010 (UNDP) menunjukkan pertumbuhan negara kasar mampu meningkat daripada dua peratus kepada empat peratus setiap tahun jika kadar penyertaan wanita dalam pekerjaan meningkat kepada 70 peratus. Namun terdapat satu kekurangan buat wanita yang berkerjaya tinggi ini iaitu dalam soal jodoh. Ini adalah kerana mereka biasanya menghadapi masalah untuk bertemu dengan pasangan hidup yang sesuai. Ia bukanlah merujuk kepada semua wanita tetapi kebiasaannya wanita berkerjaya tinggi akan menghadapi masalah tersebut.
Ianya tidak dinafikan lagi bahawa memegang ‘title’ seorang yang berkerjaya merupakan impian bagi kebanyakan wanita dan merupakan cita-cita mereka sejak kecil. Dengan memiliki sebuah kerjaya yang diidamkan, mereka mudah memiliki apa yang diimpikan. Disebabkan ‘title’ ini juga menyebabkan rata-rata dari mereka meletakkan ‘standard’ atau kriteria yang tertentu dalam mencari pasangan hidup.
Sebagai contoh, lelaki yang ingin mengahwini mereka mestilah mempunyai pekerjaan yang lebih baik daripada mereka. Ini menyebabkan golongan lelaki berasa seperti tidak layak untuk mendekati mereka disebabkan status mereka. Rasulullah S.A.W. bersabda dalam suatu hadis yang bermaksud:
“Orang Islam itu berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui oleh mereka, melainkan syarat yang mengharamkan perkara yang halal atau menghalalkan perkara yang haram.” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Berdasarkan hadis di atas, meletakkan syarat adalah harus namun memberi syarat yang berlebihan akan mengundang keburukan sendiri kepada golongan wanita tersebut. Justeru, para wanita harus berusaha untuk mengelakkan perkara sebegini agar mudah mendapatkan jodoh.
Wanita yang berkerjaya tinggi juga adalah sinonim sebagai seorang wanita yang sibuk dan aktif. Mereka mempunyai banyak komitmen lain yang terpaksa mereka uruskan seperti urusan kerja, hobi, persatuan dan pelbagai aktiviti-aktiviti lain. Mungkin dengan asbab inilah mereka tiada masa untuk mencari jodoh.
Selain itu, golongan wanita sebegini senantiasa hidup berdikari. Ada antara mereka yang mungkin tidak selesa apabila terikat dengan tanggungjawab. Hal ini termasuklah tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak mereka kelak. Perkara seperti ini akan menyebabkan mereka tidak serius di dalam sesuatu perhubungan dan seterusnya akan melambatkan jodoh mereka.
Golongan yang berkerjaya tinggi biasanya mempunyai jawatan yang tinggi di dalam sesuatu organisasi syarikat. Dalam syarikat, merekalah yang akan memberi arahan kepada pekerja bawahan namun dalam dunia realiti sikap sebegini harus dibuang ke tepi. Ada sesetengah daripada golongan ini mungkin fobia dengan perkataan ‘isteri’ kerana memikirkan apabila menjadi isteri, mereka perlu taat dan patuh kepada suami. Sedangkan diri mereka sudah terbiasa mengarah daripada diarah.
Taat kepada suami bukanlah bermaksud taat yang tidak boleh dibantah. Ketaatan yang tidak boleh dinafikan hanyalah kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Namun Islam mewajibkan isteri untuk taat kepada suami selagi si suami tidak menyuruh melakukan perkara yang melanggar akidah Islam.
“Apabila seorang isteri mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya), dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Hadis di atas menerangkan bahawa taat kepada suami adalah salah satu ciri-ciri yang membolehkan wanita untuk masuk syurga. Justeru itu, tidak perlu takut untuk menjadi seorang isteri kerana Islam menjaga kedudukan martabat seorang wanita.
Selain itu, sikap yang berasa tidak memerlukan lelaki di dalam hidup juga mungkin akan menjadikan wanita tersebut sukar mendapatkan jodoh. Biasanya wanita yang berasa tidak memerlukan lelaki di dalam hidup ini sudah mempunyai segala-gala yang mereka perlukan. Mereka ada pekerjaan yang baik, kewangan yang kukuh serta boleh berdikari melakukan pelbagai pekerjaan. Oleh sebab itu, mereka tidak terlalu bergantung kepada lelaki untuk menguruskan kehidupan mereka.
Akhbar Berita Harian ada memaparkan tentang perancangan kewangan yang baik juga dapat menjamin kehidupan seharian berjalan dengan sempurna. Oleh sebab itulah golongan wanita berasa tidak perlu untuk bergantung kepada kaum lelaki disebabkan urusan kewangan mereka yang sudah stabil.
Ingin saya jelaskan di sini bahawa berkerjaya tinggi bagi wanita bukanlah suatu kesalahan bahkan ia adalah sesuatu yang baik. Malah umum juga sudah mengetahui bahawa pekerjaan yang bagus adalah satu jaminan bagi mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna.
Pandangan saya terhadap isu ini bukanlah mengatakan semua wanita yang berkerjaya tinggi berhadapan dengan masalah mencari pasangan hidup. Namun demi menunaikan salah satu sunnah Nabi iaitu perkahwinan, wanita yang berkerjaya tinggi mestilah menempis segala asbab seperti yang dinyatakan di atas.
SUMBER : https://baitulmuslim.com
Gambar sekadar hiasan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...