Bahaya kalau dapat mentua mulut laser, jumpa kejap pun telinga akan panas. Itu yang jadi kes menantu tak sebulu dengan mak kepada pasangan.
Sebenarnya setiap menantu tentunya mahukan mentua yang baik dan memahami. Namun, situasi jadi sukar apabila mentua jenis cakap lepas. Segala yang menantu buat tak betul di matanya.
Bila rasa diri menantu tak betul, mulalah jaja aib dan bandingkan dengan anak menantu yang lain. Susah juga kalau mentua mulut laser dan mulut jahat. Inilah yang boleh buat menantu benci.
Mentua Mulut Laser Pun, Tak Kisah! Asal Suami Tak Berat Sebelah
Walau bagaimana pun tak semua mentua bersikap demikian. Ada juga mentua yang memihak pada menantu. Janganlah diusik menantu sebab dia tahu perangai anak lelakinya.
Sedihnya, kalau mentua mulut laser, suami langsung tidak memahami, malah nak menangkan maknya. Inilah buat menantu makan hati.
Dapat Yang Jenis Menangkan Menantu, Bertuah!
Aku baca ni macam speechless, kalau lah mak mentua aku macam tu, tak tau lah nak react macam mana.
Ads
Aku ada 2 mak mertua mak papajul , mak paez.
Itu lah mak mentua aku dua-dua baik. Jenis menangkan menantu. Kalau mengadu pun senang.
“Makkkkk tengok paez mak dia nak beli kereta baru. “ “Makkk tengok paez dia nak berhenti kerja.“
Terus mak paez berleter sampai lusa…
Ads
“Makkkkk paez kaler rambut!”
Paez: You nak mak botak kepala I ke?
Lawak laaa bila ingat balik.
Mentua Baik Pun Rezeki
Ads
Walaupun aku menantu hantu, mak baik saja. Jadi, aku tak tahu la nak hadap macam mana kalau mentua aku jenis laser, jenis mulut berapi.
Itu tak kena, ini tak kena. Syukur lah, mentua baik pun rezeki. Tapi aku fikir secara logik.
KALAU PUN mak mentua berapi cili, tapi kalau suami sentiasa ada pada side, Insya Allah ok kot.
Ada tempat untuk kita luah dan sabar. Kalau jenis suami menangkan si mak. Entahlah, mungkin lagi susah.
Luah mati mak, telan mati pak. Tapi kan..
Mak, dia memang anak mak tapi dia suami saya. Nafkah dan kebajikan saya sebagai isteri nombor 1.
Tak ada salahnya berkahwin dengan orang lebih muda ke, lebih berusia ke asalkan ada keserasian dan boleh saling bertolak ansur. cuma, dalam perkahwinan dengan lelaki yang lebih muda, salah seorang perlu mengambil pendekatan untuk bersikap lebih matang.
Melalui fasa kehidupa dalam rumahtangga bukan hanya tanggungjawab sebelah pihak. Baik suami dan isteri, masing-masing ada peranan tersendiri untuk memastikan perkahwinan itu bahagia dan aman.
Cerita cinta pasangan yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember 2020 ini pernah menjadi bualan di alam maya. Seorang cikgu yang bertemu kekasih hati yang juga merupakan bekas anak muridnya sendiri begitu bahagia menceritakan pertemuan yang tidak disangka menjadi jodoh buat mereka berdua.
Seperti yang dkongsikan Nor Izza Erma, ini tip untuk wanita yangberkahwin dengan lelaki lebih muda.
Tip hormat pasangan lebih muda:
Beza usia kami 11 tahun. Tapi saya jenis banyak bercakap dan happy go lucky. Manakala Ammar pula serius, pendiam dan lebih matang daripada saya. Mungkin saya lebih dari segi pengalaman dan saya juga memberi lebih nasihat dan pendapat. Namun, saya tak boleh ketepikan pendapat Ammar. Saya belajar terima pendapatnya. Saya banyak mengalah kerana saya nak biasakan diri menghormati suami. Saya mengajar Ammar untuk belajar buat keputusan sendiri dan berani bercakap.
2. Saya lebih berterus terang dan suami tak banyak cakap. Tapi saya ajarnya tentang banyak perkara supaya tidak kekok lepas kahwin. Dari situlah kami mula belajar.
3. Saya belajar biasakan diri terima pendapat Ammar dan buat keputusan sendiri. Sebelum kahwin lagi saya praktikkan untuk berbincang tentang sesuatu perkara.
4. Saya mempunyai perniagaan sendiri. Semua keputusan tentang bisnes saya yang uruskan. Sebelum kahwin saya ajak Ammar buat bisnes bersama untuk membiasakan diri ada rakan kongsi.
5. Sebagai wanita/isteri yang lebih berusia dari suami, jangan ada sikap ego, sombong dan pentingkan diri sendiri. Walaupun kita yang lebih tua, kita tetap perlu hormat pada suami. Suami perlu memainkan peranan penting walaupun dia masih muda. Banyak belajar dan rajin belajar benda-benda baru.
“Isteri juga kena banyak tolong suami. Macam saya, saya sengaja serahkan perkara yang susah kepada suami walaupun saya mampu uruskan sendiri. Tapi saya mahu dia lebih advance daripada saya. Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang saya tak boleh lakukan dan dia lebih berpengetahuan.
Sejak awal lagi suami dah pesan pada saya jangan buat semua benda kerana dia tahu saya independent. Malah nak balik ke rumah mak sendiri pun suami tak mahu saya pandu kereta sendiri. Dari situ saya belajar hormatkan suami sebagai pasangan dan membuatkan kami rasa tak ada jarak di antara kami.”kata Izza.
Dalam mencari pasangan hidup, kita memang tidak akan jumpa yang sempurna. Kehidupan sebagai suami isteri banyak cabarannya.
Ada kala suka, ada kala duka, namun kebijaksanaan kedua-duanya sangat diperlukan dalam mengatasi dugaan yang datang sekali gus mengekalkan kemanisan berumah tangga.
Usah impikan kehidupan yang sempurna kerana tiada yang sempurna di dunia ini. Pasti akan ada kekurangan di sana, sini. Oleh itu masing-masing bekerjasamalah dalam memperbaiki hubungan dalam rumah tangga.
Berikut perkongsian Dr. Kamilin Jamilin tentang realiti hubungan suami isteri dan juga kehidupan berumah tangga yang sebenarnya.
Antara masalah rumah tangga zaman ini, bila ramai yang terpengaruh dengan drama yang menggambarkan pasangan hidup yang kononnya sempurna.
Kaya, rupawan, romantis berbunga-bunga dan kentut pun wangi. Maka ramailah yang mengimpikan ‘kesempurnaan’ itu pada pasangannya sampai akhirnya ada saja yang dilihat kurang dan tidak mencukupi.
Isteri nampak kurang cantik.
Suami nampak kurang romantik.
Ada saja serba-serbi kurang menarik.
Mata dan hati pun mula jeling-jeling apa yang orang lain punya milik.
Mencari-cari kesempurnaan pada pasangan itu hanyalah khayalan. Kesempurnaan itu milik Allah dan anugerah-Nya di syurga. Setiap kita baik suami atau isteri tetap memiliki kekurangan.
Jangan mengharapkan kesempurnaan.
Perbaiki kelemahan.
Perelok pergaulan.
Itu kunci kejayaan rumah tangga dan insya-Allah indah kelihatan pasangan.
“Sesungguhnya berjayalah orang yang Islam, dikurniakan rezeki yang cukup dan diberi rasa kecukupan oleh Allah dengan apa yang dikurniakan kepadanya” [hadis riwayat Muslim].
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ramai pasangan menilai bahawa dengan bertengkar akan memburukkan lagi keharmonian sesebuah hubungan. Akan tetapi kenyataan bahawa pertengkaran suami isteri juga sebenarnya menyimpan manfaat tersendiri dalam hubungan perkahwinan kerana tak semua pertengkaran itu memburukkan.
Yang pasti tidak ada pasangan pun yang ingin bertengkar dalam rumah tangga, namun menurut kajian psikologi pertengkaran diperlukan untuk menyedarkan seseorang daripada kesalahannya sehingga dia mempunyai keinginan untuk berubah. Kenyataan ini bukanlah untuk menggalakkan anda bertengkar dengan pasangan namun setidaknya anda dan pasangan mampu memahami apa sebetulnya hikmah di sebalik pertengkaran yang terjadi.
Bahkan pertengkaran dengan pasangan juga dapat menjadikan hubungan cinta lebih sihat dan hati menjadi lebih lega. Kajian yang dilakukan oleh Florida State University mengatakan bahawa mengekspresikan kemarahan saat bertengkar berkemungkinan besar mampu menyelesaikan masalah lebih cepat jika dibandingkan dengan pasangan yang lebih banyak memendam perasaan.
Ketika bertengkar selalunya pasangan akan bersikap jujur dengan mengeluarkan emosi yang dirasakannya. Ini akan membuatkan anda berdua mampu untuk memahami serta mengenali pemikiran dan sifat pasangan antara satu sama lain.
Ahli pernikahan yang juga penulis buku What About Me? Stop Selfishness from Ruining Your Relationship bernama Jane Greer, Ph.D. mengungkapkan dalam majalah Women’s Health, “Jika anda belajar berdebat dengan sihat sejak dari awal hubungan, anda akan belajar banyak mengenai sudut pandang masing-masing.”
Pasangan yang memilih untuk memaafkan dan melupakan masalah tanpa menyelesaikan masalah tersebut ketika bertengkar, akan lebih mengalami perceraian di kemudian hari kerana pertengkaran yang sama akan terus berulang kembali.
Percayalah, tidak ada pasangan yang sempurna dan tiada ada mana-mana perkahwinan yang tidak berdepan dengan pertengkaran. Dengan manfaat ini bukanlah alasan untuk anda berdua selalu bertengkar sebaliknya jadilah pertengkaran sebagai proses untuk anda berdua membaiki diri menjadi pasangan yang lebih baik antara satu sama lain.