Berbuka puasa menjadi kebiasaan yang umumnya dikenali dengan beberapa makanan yang menggugat selera. Umumnya orang menghindangkan menu berbuka berbuka puasa dengan besar-besaran. Tetapi, patut di ketahui terdapat banyak makanan yang baiknya tak dihidangkan atau dimakan ketika berbuka puasa. Kerana makanan itu boleh berisiko pada perut.
Ketika perut kosong karana berpuasa, perlu dijaga supaya jumlah asid pada badan tak melonjak dengan cara mudah dilihat ketika berbuka. Bila hal semacam ini berlaku anda juga bakal rasakan mual serta mungkin saja hingga muntah. Atau terasa sakit pada perut anda yang umum dimaksudkan dengan hulu hati. Oleh kerananya, di sini adalah makanan yang kurang baik dimakan ketika berbuka puasa:
Makanan Yang Di Goreng
Makanan yang digoreng adalah makanan ringan yang mempunyai rasa enak serta juga boleh disebut praktikal sehingga boleh untuk santapan berbuka puasa. Bila diteliti kedalam sesungguhnya makanan yang digoreng mempunyai kandungan lemak dari minyak yang dipakai untuk menggoreng makanan ringan itu, serta hal semacam ini jelas tak sihat untuk badan. Serta kian lebih itu, system pencernaan juga mesti bekerja tambahan untuk mengolah gorengan walau sebenarnya perut anda termasuk masihlah kosong karana puasa sepanjang hari.
Ads
Ais
Dalam berbuka puasa, sesungguhnya orang disarankan tidak untuk penggunaan air sejuk atau segalanya apa pun yang mengandungi ais. Hal semacam ini kerana suhu badan didalam hangat masa tengah berpuasa. Oleh kerana itu, untuk membuatkan system pencernaan tak terkejut, jadi lebih disyorkan untuk pengambilan minuman hangat supaya sesuai sama suhu badannya.
Ads
Asam serta Pedas
Makanan berasid juga tidak disyorkan untuk menu berbuka. Ini kerana makanan ini boleh mengakibatkan perut anda jadi diserang iritasi. Ditambah dengan keadaan perut yang masihlah kosong, bukanlah mustahil perkara yang lebih kronik bakal berlangsung.
Ads
Santan
Makanan yang mempunyai kandungan santan juga tak disyorkan atau tambah baik untuk dijauhi untuk menu berbuka. Lemak yang terdapat dalam santan boleh bikin perut sukar untuk mengolahnya.
Daging
Seperti yang kita kenali kalau daging mempunyai protein yang begitu tinggi. Dalam soal ini yang mendatangkan kesusahan untuk perut iaitu sistem memproses yang lebih lama. Walau sebenarnya, kian lebih itu, badan kita tengah memerlukan nutrisi dengan cara cepat untuk menukar nutrisi yang telah dibelanjakan apabila seseorang itu berpuasa.
Tetapi, semuanya hidangan yang dijelaskan diatas bukan bermakna tak boleh dimakan sama sekali ketika berbuka. Walau demikian, anda dapat merasai semuanya hidangan itu, seandainya anda telah menjamah makanan berbuka serta solat magrib terlebih dulu supaya perut serta keadaan system pencernaan yang ada pada tubuh telah jalan dengan normal kembali.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejutan menghadapi budaya hidup keluarga mertua sering berlaku kepada pasangan yang baru berkahwin, sehingga kadang-kadang jika tidak ditangani dengan baik, boleh menyebabkan krisis dalam rumah tangga.
Perbezaan ini memerlukan penyesuaian kerana walaupun berbeza status tanggungjawab menghormati dan melayan ibu bapa mertua dan keluarganya adalah sama seperti kita menghormati dan melayan ibu bapa kandung dan kaum kerabat sendiri.
Hubungan dan komunikasi dengan keluarga mertua perlu dikendalikan secara hormat dan hikmah malah bersama ipar duai juga perlu dipelihara kerana perkahwinan bukan sahaja membina hubungan suami isteri, ia juga menghubungkan tali silaturrahim dan persaudaraan antara dua buah keluarga yang sebelum ini mungkin belum pernah mengenali antara satu sama lain.
Panduan mengelakkan masalah hubungan dan komunikasi:
1. Bersifat terbuka dan bersangka baik kepada keluarga mertua walaupun mempunyai pendapat yang berlainan. Pasangan kita mungkin boleh menjadi perantara untuk menyatukan dua pendapat yang berbeza. Elakkan buruk sangka bagi mengelakkan pertengkaran yang boleh menjejaskan lagi hubungan anda dengan keluarga mertua.
2. Menunjukkan kegembiraan apabila mereka berkunjung ke rumah anda melalui huluran salam, layanan mesra dan menyediakan hidangan yang enak mengikut kemampuan.
3. Apabila keluarga mertua membuat aktiviti atau program maka anda sebagai menantu perlulah memberi kerjasama dan komitmen dalam aktiviti atau program yang dirancang, jika tidak dapat menghadirkan diri berilah alasan secara baik agar tidak menyinggung perasaan pihak mertua.
4. Jika anda mempunyai masalah dalam rumah tangga, mereka juga boleh menjadi tempat untuk anda meminta nasihat dan bimbingan. Jangan sesekali abaikan mereka dalam membuat sesuatu keputusan.
5. Sentiasa ingat bahawa pengorbanan kita memendam rasa akibat rasa kurang senang atau tidak puas hati terhadap keluarga mertua atau ipar duai mungkin terlalu kecil jika dibandingkan dengan doa dan restu mereka untuk kesejahteraan hidup kita sepanjang hayat. Mereka juga sama seperti ibu bapa kandung kita mendoakan yang terbaik dan tidak ada ibu bapa yang sanggup mendoakan sesuatu yang buruk terjadi pada anak menantu mereka.
6. Tidak mencampuri urusan keluarga mertua terutama dalam soal pengurusan harta atau kewangan melainkan diminta pandangan atau nasihat. Jangan cuba berlagak pandai dalam menguruskan hal-hal keluarga mertua jika pandangan anda tidak diperlukan. Anda bukan akan menyelesaikan masalah tetapi akan lebih menambahkan masalah. Lebih berhati-hati bila bercakap jika melibatkan sesuatu yang sensitif tentang keluarga mertua anda.
7. Memberi respon positif terhadap sebarang kenyataan dan tidak menggunakan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka. Jangan sesekali gunakan bahasa yang kasar yang boleh menampakkan sikap kurang ajar anda.
8. Berbuat baik dengan kawan-kawan dan adik beradik pasangan merupakan salah satu cara suami atau isteri menzahirkan rasa kasih sayang kepada pasangan. Hormatilah juga saudara mara yang lain seperti mana anda menghormati suami anda.
Tonton juga video di bawah:
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Simple tapi bagi kesan kepada kita InsyaAllah. Tak wajib dan terpulang kepada keperluan masing-masing ya?
1. Kemas bilik utk kita solat/qiamullail/mengaji Al-Quran.
2. Tampal kata-kata “Ahlan Ya Ramadhan” di bilik atau di ruang tamu supaya seisi rumah dapat rasa seronoknya menyambut Ramadhan.
3. Sediakan Al-Quran dan buku nota/diari.
Tulis impian kita utk Ramadhan kali ni. Hanya kita dan Allah yang tahu. Luahkan segalanya dlm buku tu. Buku tu akan jadi “Diari Ramadhanku”?
4. Mohon pada Allah setiap Masa supaya dipertemukan kita dgn Ramadhan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan ibadah puasa.
5. Study balik, Cari ceramah2 di YouTube :
-Apa kelebihan Puasa Ramadhan?
-Kenapa kita Kena Puasa?
-Bagaimana nak kuatkan diri Qiamullail?
-Apa itu Malam Lailatulqadar?
-Apa perkara yang membatalkan puasa?
6. Stop dah mengata, mengeji. Mulakan mengaji Al-Quran. Ketahui level mengaji kita di aras mana. Cari guru utk kita belajar dlm Ramadhan ni. Malu sangat dengan Allah kalau kita culas dengan Al-Quran.
7. Ready bahan2 masak utk mudahkan kita memasak sahur dan berbuka. Sedia awal2, simpan dlm peti sejuk. Jimat masa InsyaAllah.
Sebab Ramadhan ni kita nak banyakkan Masa dengan Al-Quran. Masa berharga sangat2.
7 Tips dulu, InsyaAllah akan bersambung lagi lepas ni ya. Semoga Allah temukan kita dgn Ramadhan yang mulia InsyaAllah.
Moga semua dosa kita diampuni dan hidup kita dirahmati. Sayang sahabat2 kerana Allah?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Soalan: Adakah sahih suami akan menanggung segala dosa isterinya?
Jawapan:
Di dalam al-Quran banyak ayat yang memerintahkan agar setiap daripada manusia itu menjaga diri mereka dan juga orang-orang yang berada di sekitar mereka daripada melakukan maksiat atau dosa. Antara firman Allah SWT yang menceritakan perkara tersebut adalah:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka.”
Syeikh Muhammad Sayyid Thanthawi dalam tafsirnya menyatakan makna ayat ini ditujukan kepada setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah SWT agar mereka menjauhi diri mereka daripada api neraka dengan melakukan perkara kebaikan serta menjauhi diri daripada melakukan perkara maksiat dan ahli keluarga mereka dengan cara menasihati mereka, menunjukkan jalan yang benar kepada mereka dan menyuruh mereka melakukan perkara yang ma’ruf serta mencegah diri daripada melakukan perkara munkar. Di samping itu, Imam al-Qurthubi menukilkan daripada pendapat Qatadah dan Mujahid bahawa maksud memelihara diri adalah memelihara diri dengan menjaga tingkahlaku dan memelihara ahli keluarga pula adalah dengan menasihati mereka. [Lihat: Tafsir al-Wasith, 476/14]
Berdasarkan soalan di atas, secara asalnya di dalam syara’ setiap insan itu tidak akan menanggung dosa orang lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا
al-An’am:164
Maksudnya: “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh setiap orang itu melainkan orang itu sahaja yang akan menanggung dosanya.”
Imam al-Hafiz Ibn Kathir mengatakan ketika menafsirkan ayat ini bahawa ayat ini menceritakan perihal hari Kiamat ketika berlakunya pembalasan, hukuman dan pengadilan daripada Allah SWT. Selain itu, setiap jiwa itu akan diberi ganjaran berdasarkan setiap amalannya. Jika baik amalannya, maka baiklah pembalasannya. Dan jika buruk amalannya, maka buruklah pembalasannya. Ini kerana, setiap jiwa (manusia) itu tidak akan memikul kesalahan (dosa) orang lain. Hal ini membuktikan akan keadilan Allah SWT sepertimana firman Allah SWT: [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 383-384/3]
Maksudnya: “Dan (ketahuilah) bahawa seorang pemikul itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika berat tanggungannya (dengan dosa), lalu memanggil (orang lain) untuk menolong agar dipikul sama bebanan tersebut, maka tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya walaupun orang yang meminta pertolongannya itu daripada kaum kerabatnya sendiri.”
Melihat kepada ayat dan kenyataan daripada Imam Ibn Kathir di atas, jelas menunjukkan di dalam syara’ bahawa setiap insan yang sempurna akal fikirannya dan telah baligh (mukallaf), dosanya itu akan ditanggung oleh dirinya sendiri tidak kira apa statusnya sama ada dia seorang suami, isteri, ayah, ibu, anak atau selain daripadanya. Adapun, suami itu atau sesiapa sahaja akan berdosa bila mana dia tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya seperti menasihati isteri dalam perkara yang ma’ruf dan menghalangnya daripada melakukan perkara yang munkar. Perkara ini ada dinyatakan di dalam sebuah hadith iaitu:
Maksudnya: “Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya berkaitan orang dibawahnya. Seorang Imam (ketua atau pemimpin) ke atas manusia adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Dan seorang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan dia akan ditanya berkaitan perihal mereka (ahli keluarganya).” [Riwayat Muslim (1829)]
Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan pemimpin di dalam hadith ini sebagaimana yang dikatakan oleh ulama’ adalah seorang penjaga yang telah diamanahkan dan beriltizam dalam memperbaikkan setiap perkara yang dilakukan terutama orang yang berada dibawah penjagaannya. Jika terdapat kekurangan terhadap orang berada dibawah penjagaannya, maka dia dipertanggungjawabkan untuk mengadilinya (jika berlaku kezaliman) serta menguruskan keperluan yang diperlukannya (orang yang berada di bawah) sama ada perkara itu melibatkan agama, dunia atau mana-mana perkara yang berkaitannya. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 213/12]
Selain itu juga, di dalam al-Quran terdapat firman Allah SWT yang menunjukkan bahawa lelaki merupakan pemimpin buat wanita. Antaranya:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ
al-Nisa’:34
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.”
Kata Syeikh al-Sa’di, maksud lelaki adalah pemimpin di dalam ayat ini adalah kaum lelaki wajib menyuruh wanita (isteri) menunaikan hak-hak Allah seperti menjaga perkara-perkara yang fardhu dan mengahalang mereka daripada melakukan perkara maksiat. Ayat ini menunjukkan tanggungjawab kaum lelaki (suami) terhadap wanita (isteri) dalam memastikan mereka menjalankannya hak-hak tersebut. [Lihat: Taysir al-Karim, 177]
Bagi menjawab persoalan di atas, kami katakan bahawa si suami sama sekali tidak akan menanggung dosa isterinya jika si suami itu telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Adapun, jika si isteri masih melakukan perkara maksiat setelah ditegur (dinasihati) atau si isteri melakukan maksiat di belakang suami (tanpa pengetahuan suami) maka si isteri itu tetap berdosa dan suami tidak akan sama sekali menanggung dosa-dosa tersebut. Ini kerana, tanggungjawab adalah untuk menasihati isteri kerana ia merupakan satu kewajipan yang perlu dilakukan dan perkara itulah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di Akhirat kelak jika si suami cuai dalam mendirikan hal tersebut. Untuk itu, kami tegaskan bahawa kenyataan bahawa suami akan menanggung segala dosa isteri adalah tidak benar kerana ia bertentangan dengan dalil-dalil yang telah kami sebutkan di atas.
Penutup
Kesimpulannya, setiap insan (mukallaf) akan menanggung dosanya sendiri di hadapan Allah SWT apabila tiba hari pengadilan dan setiap insan itu sama sekali tidak akan membawa atau menanggung dosa orang lain apabila dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita isteri-isteri yang solehah dan menjadikan keluarga yang terbina itu penuh dengan sakinah (ketenangan), rahmah (rahmat) dan mawaddah (kasih sayang). Amin.
Sumber : http://www.muftiwp.gov.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...