Jom Raikan Hari Bahagia Anda Dengan Mewah Hanya Di New World Hotel!

Share

Bertempat di Grand Ballroom, New World Hotel Petaling Jaya berlangsung pada 7 Julai 2019 sahaja dari pukul 10 pagi hingga 5 petang, satu acara yang hebat telah dikendalikan oleh New World Hotel buat bakal pengantin yang ingin meraikan hari bahagia mereka disini dengan suasana yang tenang dan boleh melihat dari sudut yang tinggi suasana kota bandar yang cantik.

Ia boleh menempatkan sehingga 1,000 orang tetamu. Di wedding showcase ini tetamu berpeluang untuk bertemu dengan 34 profesional tempatan dalam dunia perkahwinan termasuk jurugambar, ahli muzik, penata majlis dan dekorasi serta penjual bunga.

Di sini juga tetamu boleh melihat idea-idea baru khas untuk majlis anda sendiri selain mendapatkan khidmat profesional yang boleh membantu anda merealisasikan majlis perkahwinan yang penuh unik dan peribadi.

Selain itu juga, tetamu yang hadir turut berpeluang untuk menyertai sesi perbincangan oleh perancang perkahwinan terkenal Stephen Foong yang berkolaborasi dengan organisasi persekitaran WWF tentang trend perkahwinan mesra alam serta mampan.

Magical Wedding Showcase turut dimeriahkan dengan persembahan live band dan pemberian cabutan bertuah khas buat pengunjung yang hadir. Malah 10 pasangan pertama yang menghantar RSVP di Magical Wedding Showcase dalam talian juga bakal menerima sesi penggambaran 30 minit secara percuma bernilai RM800.

Antara vendor yang membuka booth di acara ini adalah Acadia, Arifah Hot Oven, Bridals & Makeup by Eleena Lamat, Click4Loves Photography, Dennis Yap Photography, Evangeline Craft, Forever Valentine Weddings, Hooray Decoration & Design, Pernod Ricard,Stephen Foong Wedding Planner, Tagbooth Photobooth, Te’amo MY dan ramai lagi.

Bagi bakal pengantin yang meraikan hari perkahwinan mereka disini, mereka berpeluang untuk melihat dari sudut yang berbeza yang akan diberi oleh New World Hotel sendiri disamping dewan yang mewah serta keluasan yang besar dan dekorasi yang cantik.

 

 

IKLAN