Penyanyi dan pengacara cantik, Mimie Haris kini sudah kembali bergelar isteri. Sungguhpun sudah dua kali gagal dalam perkahwinan namun Mimie kekal positif untuk mencari jodoh lagi.
Kredit foto: Instagram Mimie HarisKredit foto: Instagram Mimie Haris
Begitu indah dan sebak doa yang dititipkan dalam salah satu video di akaun Instagram Mimie.
“Hye jodoh, awak masih hilang ke? Masih mencari ke? Dah dekat dengan saya belum? Saya dah doa untuk kita tau. Sungguh-sungguh saya doa walau saya tak tahu awak siapa. Siapa pilihan Allah kat saya.
Moga awak tak tersesat lagi ok. Moga yang kali ni adalah yang terakhir hingga ke Jannah. See you soon! Amin.
From, Your future Zaujah. Amin Ya Rabb.
Ads
Nampaknya, Khairril Anuar Md Dahilin adalah jodoh yang menjawab doa Mimie ketika dia mengerjakan umrah Mac lalu. Tarikh 14 Oktober 2022 Mimie Haris dan Khairril Anuar selamat disatukan sebagai suami isteri.
Kredit foto: Instagram Mimie Haris
MashaAllah Tabarakallah The wedding of Khairril Anuar & Mimie Haris 10.4.2022
“Alhamdullilah Wasyukurillah .. Terima kasih Allah untuk anugerah teman hidup yang terindah ini . Semoga perkahwinan kami berdua diberkati, diredai, dan dirahmati Allah. Terima kasih atas doa, ucapan, hadiah dari semua..
Ads
Maaf atas segala khilaf ada yang tak berkesempatan untuk jemput semua . Doa kalian amat kami hargai.
Terima kasih buat sahabat dan keluarga yang di sayangi yang banyak membantu kami dan menjadi tulang belakang dalam majlis kami . Semoga semua yang baik2 berbalik pada kalian .
MashaAllah Tabarakallah FOR THE REST OF MY LIFE ~ . How Allah works “His” miraculous Way . Trust in “Him” , Doa & tawakal . May Allah protect mimie & khairril from the Evil eyes , sihr from jinn , syaitan & humankind . May Allah giving them both barokah and peace in their marriage here in dunya & hereafter . Amin – اَلحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئ ُمَزِيْدَهُ Alhamdulillahi rabbil ‘alamin khamdan katsira yuwafi ni’amahu wa yukafiu mazidahu. “Segala puji Allah Tuhan semesta alam, pujian yang sebanding dengan nikmat-nikmat-Nya dan menjamin tambahannya.”
Kredit foto: Instagram Mimie Haris
Buat Mimie dan suami, selamat melayari bahtera perkahwinan. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.
Kredit foto: LVP.CO
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, sering kita dengar pernikahan melibatkan janda dengan lelaki bujang. Benarlah soal jodoh, rezeki, ajal dan maut ditanganNya. Urusan perkahwinan sememangnya unik dan hanya Dia yang mengetahui sekiranya jodoh datang lagi setelah berlakunya perceraian mahupun kehilangan suami sebagai tempat bergantung.
Sebenarnya terlalu banyak pahala, kebaikan, rezeki dan hikmah jika seorang lelaki itu menikahi wanita yang tidak mempunyai suami, kematian suami atau yang telah bercerai dan lebih tepat lagi janda.
Banyak ganjaran yang Allah SWT berikan kepada lelaki yang benar-benar ingin memperisterikan janda asalkan ianya mengikut sunnah dan mencapai keredhaanNya.
Kebaikan & Hikmah Lelaki Kahwini Janda
Berikut ialah beberapa kebaikan dan hikmah yang akan anda dapati dari menikahi seorang janda, Insya Allah :
1. Menyelamatkannya Dunia dan Akhirat
Allah berfirman dalam KitabNya Yang Mulia:
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, ‘Rabb kami ialah Allah’, kemudian mereka bersikap istiqamah, maka akan turun malaikat kepada mereka (dengan mengatakan), ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” (Fushshilat:30)
2. Menyelamatkan Anak Janda Dari Didikan Salah
“Nyatalah bahawa pendidikan individu dalam Islam mempunyai tujuan yang jelas dan tertentu, iaitu : menyiapkan individu untuk dapat beribadah kepada Allah SWT. Dan tak perlu dinyatakan lagi bahawa agama Islam tidak membatasi pengertian ibadah pada solat, puasa dan haji;
Tetapi setiap karya yang dilakukan seorang muslim dengan niat untuk Allah semata merupakan ibadah.” (Aisyah Abdurrahman Al Jalal, Al Mu’atstsirat as Salbiyah fi Tarbiyati at Thiflil Muslim wa Thuruq ‘Ilajiha, hal. 76).
“Jauhilah oleh kalian rumput hijau yang berada di tempat kotor.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Apakah yang dimaksud dengan rumput hijau yang berada di tempat kotor itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Iaitu, wanita yang sangat cantik, yang tumbuh berkembang di tempat yang tidak baik.” (HR. Daruquthni)
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(QS. At Tahrim: 6 Imam adh-Dhahaq dan Muqaatil berkata, “seorang muslim wajib mengajari keluarganya (isteri dan anaknya), termasuk juga kerabat-kerabatnya, budaknya yang perempuan dan laki-laki, apa saja yang telah Allah perintahkan dan larang atas mereka.”
Menurut Imam as-Sa’di makna memelihara keluarga dan anak-anak iaitu dengan mendidik dan mengajari mereka, menekankan mereka untuk melaksanakan perintah Allah, kerana seorang hamba tidak akan selamat kecuali jika ia melaksanakan perintah Allah terhadap diri peribadinya dan orang-orang yang ada di bawah kendaliannya, seperti isteri, anak-anak dan selain mereka yang di bawah kuasanya.
3. Menyebarkan Kasih Sayang Antara Kaum Muslimin, Muslimah dan Anak-anak Yatim
“Wahai Rasulullah, saya memiliki saudara-saudara perempuan yang berjiwa keras, saya tidak mau membawa yang keras juga kepada mereka. Janda ini saya harapkan mampu menyelesaikan permasalahan tersebut.” kata Jabir “benar katamu” jawab Nabi SAW.
“Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.” (HR. Ibnu Khuzaimah dari Salman Al-Farisi pada Khutbah Rasulullah SAW menyambut Ramadhan)
Rasulullah SAW bersabda : Saya dan orang yang menanggung (memelihara) anak yatim. Ada di syurga bagaikan ini, seraya beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan beliau merentangkan kedua jarinya itu. (HR. Bukhari)
Semoga semua lelaki-lelaki di luar sana tahu bahawa janda-janda ni bukan kelas kedua. Mereka bukanlah hadir untuk dipermain-mainkan. Insya Allah memang terdapat banyak hikmah, kebaikan, kelebihan dan ganjaran pahala yang Allah berikan buat lelaki yang mengahwini janda. Wallahualam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali rumah bersepah, suami kena faham dan isteri tak perlu gelabah. Ikut kemampuan diri uruskan rumah tangga dan jangan sesekalki ikut orang. Baru lah akan rasa bahagia buat rutin harian.
Bak kata Puan Intan Dzulkefli, lain orang, akan lain cara caranya. Ikut keselesaan pasangan masing-masing. Okay, jom lah baca perkongsian kali ini untuk faham situasi isteri sibuk menguruskan hal rumah tangga.
Jika suami kita jenis balik rumah, apabila buka pintu lihat meja masih kosong tanpa lauk pauk, rumah seperti tongkang pecah, isteri muka seperti hantu mak limah, anak-anak masih masam tak mandi tetapi dia masih senyum gembira lihat isteri dan anak-anak, alhamdulillah.
Namun, kita kena ingat, bukan semua isteri direzekikan suami yang bertimbang rasa sebegitu. Ada yang boleh naik angin jika buka pintu rumah dan lihat situasi begitu.
Banyak faktor penyebab. Mungkin juga sebab sudah terbiasa dididik dari kecil, ibunya serba serbi sempurna.
Kita boleh kata, ‘suami saya okay je kalau pergi kerja tanpa saya siapkan sarapan. Malahan dia yang selalu siapkan atau beli sarapan.’
Namun, ada suami orang lain, kepantangannya jika dia melangkah keluar tanpa ada sarapan di atas meja atau secawan kopi untuk diminum.
Adakah kita boleh kata, “minta cerailah! Suami kau tu bukan manusia, tetapi lembu.”
Tentunya tidak kan? Kasut kita tak sama. Toleransi kita tak sama. Latar belakang setiap orang tidak sama. Prinsip, penerimaan dan kepantangan tidak sama. Terimalah hakikat itu.
Saya pernah lihat, seorang suami, hanya untuk membasuh tangan pun menunggu isteri. Walhal bekas air itu bukannya jauh dari tangannya. Itu pun masih mahu disuruh si isteri menghulurkan padanya.
Istighfar juga saya melihat kelakuannya.
Ya, si isteri perlu menyiapkan segala-galanya. Namun, si isteri jujur berkata sendiri dengan anak-anak lelakinya.
“Jangan buat macam ini dengan isteri kalian. Buatlah semuanya bersama-sama. Mak ni kes lain. Anggap je mak ni kes special.”
Maksudnya dia memang redha dan gembira melayan suaminya begitu. Namun tidak pula dia mahu budaya sedemikian dinormalisasikan dalam kalangan anak menantunya. Mungkin sebab dia sedar, ketahanan mental, emosi dan fizikal setiap wanita bukannya sama yang mana mungkin dapat menjejaskan sebuah keikhlasan.
Ada pasangan suami isteri yang saya jumpa memang semua hal dalam rumah tangga suami yang buat. Penat balik kerja dari kebun, dialah juga yang masak, angkat baju di ampaian, melipat baju, kemas rumah. Isterinya bekerja sebagai guru. Tetapi (insyaAllah) rumah tangganya bahagia sahaja. Si suami okay dengan isterinya dan meredhai isterinya, dia memang tak suka lihat isterinya bersusah payah, katanya.
Bagi isteri, keredhaan suami. Itu point paling penting. Suami ikhlas dan redha. Mereka okay dengan cara rumahtangga mereka. Walhal orang luar selalu mengutuk isterinya sebagai pemalas dan sebagainya.
Tetapi apa yang pasangan ini buat? Mereka buat tak endah komen orang lain. Rumah tangga kami, cara kami. Asalkan tak salah di sisi agama, kita proceed.
Ada pasangan pula seperti yang saya ceritakan di atas tadi. Serba serbi semua isteri yang buat. Kuku pun isteri yang potongkan. Sudahlah alatan rumah semuanya tradisional, hinggakan mahu menggulai pun perlu kait sendiri buah kelapa sampailah mesin, memerah santan semuanya secara manual. Tetapi tidak pula isteri ini merungut. Memang semuanya dilakukan dengan rela dan ikhlas, walau mungkin ada wanita yang komen, ‘dah macam hamba abdi!’
Ada pula yang sejak sah ikatan nikah, semua hal berkongsi bersama. Baik kerja rumahtangga mahupun hingga menguruskan anak-anak, semuanya dilakukan bersama-sama. Sangat kontra kan?
Jadi, rumahtangga yang mana yang paling bagus antara semua ini? Jawapannya? Rumahtangga yang saling meredhai dan diredhai, saling membahagiakan kedua pihak suami isteri. Sebab rumahtangga ini didasari atas dua jiwa.
Jika cara sedemikian dipersetujui, diredhai bagi keduanya, siapalah kita sebagai orang luar mahu komen itu ini. Kita ada cara masing-masing.
Jika rumah tangga kita begini, itu rumah tangga kita, bukannya rumah tangga mereka. Cukuplah kita faham itu serta belajar hormat cara dan prinsip orang lain.
Dulu, saya juga sejenis yang cepat juga melenting andai terbaca bab-bab merajakan orang lelaki ni. Namun, sekarang sudah slow sikit. Mungkin atas faktor melihat dari sudut pandang berbeza.
Jika semuanya okay, then ‘go on’ dengan cara kita walau orang lain kritik begitu begini. Hal ini kerana, keikhlasan dan rasa bahagia yang lahir di dalam hati bukanlah boleh dibuat-buat.
Jalani hidup kita dengan cara kita sendiri, asalkan masih berpaksikan matlamat mengejar redha Ilahi. Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui apa di dalam hati – setiap dari kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas beberapa lama tidak mempunyai sultanah sendiri, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.
Secara rasminya, perlantikan itu membawa kepada gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, yang dinamakan di dalam bahasa Inggeris sebagai “Her Highness Sultanah of Kelantan”.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan tersebut di Istana Balai Besar yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.
“Pengisytiharan ini dilakukan menurut Fasal (!) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) bagi pemakluman kepada negeri dan rakyat amnya.”
Dalam pengisytiharan yang sama, baginda juga memperkenankan Che Puan Louise Johansson Petra iaitu isteri Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan kuat kuasa hari ini.
Kredit foto: Instagram Koleksi_Sultan Muhammad V
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...