Selain menggunakan produk-produk mahal di pasaran, ada juga yang memilih untuk menggunakan produk semula jadi yang berharga lebih murah. Selain menjimatkan, ia juga selamat dan mudah di dapati.

 

Perkongsian dari Aisyah Badar Bajrai ini boleh membuatkan anda teruja untuk mencuba.

 

************************************************************************

Ya Allah, Aisyah sampai lupa nak share minyak zaitun viral ni. Nasib baik tadi nampak kat bilik. Kalau tak mesti terperap lagi.

 

Minyak zaitun ni memang viral kat tiktok hari tu sebab ramai bagi feedback dia boleh cerahkan badan. Paling famous cerahkan celah peha dengan leher la.

 

Ni salah satu produk yang viral sampaikan semua tempat tak de stock. Bayangkan bukan setakat kat watson dengan guardian jek licin, online pun licin. Memang dasyat betul penangan minyak zaitun ni.

 

Minyak zaitun ni dia gabungan minyak zaitun dengan rosehip. Macam korang tau, rose hip memang bagus tuk kulit. Tu bila dia bergabung dengan minyak zaitun, kesan dia lagi best.

IKLAN

Minyak zaitun rose hip ni bukan setakat boleh cerahkan kulit, tapi dia ada khasiat lain jugak macam ;

 

– lembab kan kulit

– haluskan kulit

– kurangkan kulit kusam

– lembutkan kulit

 

IKLAN

Cara pakai dia pun senang jek. Untuk cerahkan kawasan gelap macam leher atau celah peha, korang tuang jek minyak zaitun ni kat kapas muka. Pastu gosok gosok jek kawasan gelap tu.

Minyak zaitun dgn rosehip ni ada vitamin A,C dengan E tau. Sebab tu bila konsisten pakai, dia boleh cerahkan kulit secara semula jadi.

Kalau nak lembutkan kulit badan pulak, lepas mandi tu korang sapu jek minyak zaitun ni kat badan.

Minyak zaitun rose hip ni jenis ringan. Jadi bila sapu kat badan, tak de la korang rasa korang dah bertukar jadi orang minyak.

Dia memang cepat serap kat kulit. Yang lagi best, bau dia wangi sangat.

 

Selamat mencuba.

IKLAN

Kalau susah sangat nak dapat di kedai, boleh klik SINI untuk dapatkan minyak zaitun viral ni.

 

Minyak Zaitun Viral, Bakal Pengantin Boleh Cuba Cerahkan Bahagian Gelap Dengan Harga Murah!

Khasiat minyak zaitun

  1. Mempunyai antioksidan

Khasiat minyak zaitun memang tidak dinafikan lagi. Ia mengandungi vitamin E dan K serta menjadi anti oksidan terbaik untuk tubuh.

 

  1. Lawan rambut gugur

Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun membantu melawan rambt gugur.

 

  1. Menurunkan kolestrol

Minyak zaitun mengandungi sterol tinggi. Ia berfungsi untuk menurunkan kolestrol dan lemak jahat dalam tubuh.

 

  1. Menurunkan berat badan

Minum minyak zaitun dapat menurunkan berat badan kerana lemak dalam di dalam tubuh boleh dilarutkan dengan mudah dengan minyak zaitun.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI