Jika anda ingin mengetahui jawapan yang paling tepat sama ada anda sedang subur atau pun tidak, anda boleh mendapatkan alat pengesan kesuburan atau ‘ovulation predictor kit’ (OPK). Alat ini akan menunjukkan peningkatan hormon LH melalui air kencing, iaitu cara penggunaan yang serupa dengan alat penguji kehamilan.
2. Suhu Tubuh Meningkat
Proses ovulasi menyebabkan suhu basal tubuh meningkat. Untuk menggunakan kaedah ini, anda pelu mengambil suhu badan setaip hari, sebaiknya wewaktu bangun tidur. Ambil suhu pada waktu yang sama setiap hari untuk ketepatan. Catat.
Oleh kerana peningkatan suhu badan tidak begitu ketara, pastikan anda menggunakan termometer yang tepat & stabil bacaannya iaitu termometer basal. Biasanya, semasa tubuh mengalami proses ovulasi, hormon akan meningkatkan kira-kira 0.1-0.3 darjah Celcius.
3. Sakit pinggang
Sebanyak satu per lima wanita berasa sakit pinggang semasa waktu subur. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai sakit pinggang sebelah atau keradangan di tempat spesifik. Keadaan ini dipanggil “mittelschmerz” (sakit di tengah). Ianya boleh berlaku selama beberapa minit sehingga beberapa jam.
Ads
4. Perut kembung
Perut anda akan terasa kembung menjelang waktu subur. Ini berlaku kerana berlakunya perubahan hormon estrogen & progesteron dalam badan.
5. Perut buncit
Selain perut kembung, perut anda juga akan kelihatan sedikit buncit. Ini berlaku kerana meningkatnya kandungan gas dalam perut akibat kekembungan.
6. Lendiran faraj & keputihan yang jernih
Sewaktu subur, anda akan perasan keluarnya lendiran faraj yang berupa keputuhan jernih tanpa bau. Ianya tidak begitu melekit. Lendiran faraj ini boleh diumpakan seperti putih telur. Fungsi lendiran faraj ialah untuk memudahkan sperma berenang menuju ke arah ovum.
Ads
7. Merasa Lebih Ghairah
Satu lagi tanda subur yang ramai wanita tak perasan ialah peningkatan nafsu syahwat atau Libido. Anda akan berasa lebih ghairah dan mudah terangsang. Pada waktu ini, pasangan anda akan kelihatan lebih menarik dan menggoda. Anda juga akan berasa lebih seksi & perasan cantik.
Ads
Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga sebenarnya memberikan tanda-tanda kepada suami bahawa anda sedang subur. Anda akan kelihatan lebih menawan dimata suami. Bau badan anda juga lebih harum dan seksi pada suami.
8.Mood swing
Biasanya mood swing dikaitkan dengan PMS atau tanda nak datang bulan. Yang sebenarnya, mood anda yang tidak menentu juga adalah salah satu tanda anda sedang subur.
Selain mengatahui tanda-tanda waktu subur wanita di atas, ada baiknya untuk anda mengetahui cara mengira waktu subur. Berikut adalah cara kira waktu subur selepas haid dengan tepat dan mudah. Untuk mengetahui waktu subur, terdapat 2 perkara yang perlu anda tahu:
Ketahui kitaran terpendek anda. Contoh: 27 hari. Kurangkan jumlah angka ini dengan 18. Hasilnya: 9. Nombor ini mewakili hari pertama anda berada pada waktu subur.
Ketahui kitaran terpanjang anda. Contoh: 30 hari. Kurangkan jumlah angka ini dengan 11. Hasilnya: 19. Nombor ini mewakilihari terakhir anda dalam waktu subur.
Persediaan pakaian kaum Adam untuk menyambut hari raya memang cukup ringkas. Cukup sekadar sepasang baju Melayu dan kain samping untuk dipakai pada pagi lebaran. Tidak lengkap baju Melayu jika tidak dipakai bersama kain samping yang diikat pada bahagian pinggang.
Kain samping jika dipakai bersama baju Melayu teluk belanga, ia biasanya dipakai pada sebelah dalam baju. Manakala baju Melayu cekak musang, ianya dipakai di bahagian luar.
Pemakaian samping juga menggambarkan status seseorang dalam masyarakat. Kaum kerabat mengikat samping pada belah kanan, golongan bangsawan pada belah kiri manakala orang kebanyakan pada bahagian tengah.
TIP MEMILIH KAIN SAMPING YANG SESUAI:
■ Pilih kain samping yang berwarna cerah agar mudah dipadankan dengan pelbagai warna baju. Jika memilih kain songket bunga tabur jangan biarkan lebih dari dua atau tiga warna.
■ Ikatan kain samping mestilah kemas terutama sekali pada bahagian belakang. Jika anda inginkan ikatan bunga pada sampin, kekemasan ikatan sangat penting. Saiz bunga tadi janganlah terlalu besar sehingga menutup bahagian pinggang.
■ Kerawang bunga pada kain samping juga mestilah ringkas tetapi mempunyai motif tradisional. Pastikan kain songket mempunyai kepala kain agar senang dibezakan antara bahagian depan dan belakang kain.
■ Untuk mencuci kain songket, anda boleh menggunakan syampu ataupun perapi rambut. Bilas dan keringkan di dalam rumah agar warna kain songket tidak rosak kerana pancaran cahaya matahari.
Pemakaian samping juga ada aturannya. Samping yang dipakai di bawah lutut bermaksud sudah berkahwin manakala bagi orang samping dipakai di atas lutut.
Sebagai wanita pastinya anda mengharapkan pasangan serius saat menjalinkan hubungan, selain mengimpikan agar hubungan ini akan berakhir dengan satu ikatan perkahwinan. Hubungan yang serius boleh dilihat melalui niat pasangan dalam memelihara keharmonian sepanjang bersama.
Masalah akan timbul jika salah seorang daripada anda berfikir tentang hubungan sebagai metode sementara untuk menghabiskan waktu, selain menganggap hubungan yang dijalinkan tidak serius. Ketika seseorang tidak serius tentang hubungan, biasanya akan terlihat menerusi tingkah laku serta tanda-tanda lainnya. Oleh itu cuba perhatikan pasangan anda, adakah dia serius menjalinkan hubungan ataupun mungkin sekadar main-main dengan anda.
Jika anda menemui satu atau dua daripada tanda-tanda ini, ia bukanlah jaminan teman lelaki anda serius. Cuba lihat setidak-tidaknya tiga daripada tanda-tanda ini, di samping anda juga perlu memerhatikan faktor-faktor lain.
1. SELALU BERKOMUNIKASI
Tanda-tanda kuat seorang lelaki serius dalam sesebuah hubungan apabila dia mempunyai perancangan jangka masa panjang dengan anda. Semakin serius sesebuah hubungan, seorang lelaki akan berfikir tentang masa depan untuk bersama anda dengan lebih jauh bahkan kadang-kadang berfikir sehingga ke sebuah perkahwinan.
Berlainan dengan lelaki yang tidak serius dalam hubungan, dia biasanya jarang menghubungi anda, mengabaikan anda, tidak menjawab panggilan telefon, tidak menjawab SMS dan sebagainya. Lelaki sebegini hanya fokus pada kesenangan jangka pendek. Jika anda juga hanya terfikir menjalinkan hubungan dengannya untuk masa jangka pendek, maka itu boleh mendatangkan kerugian.
2. GAMBARAN TENTANG REAL LOVE
Wanita sebenarnya boleh membaca situasi hubungan dengan lelaki, walaupun hanya dengan perbincangan kecil yang berdurasi pendek. Jika lelaki yang anda kenali memang mempunyai perasaan cinta yang serius, dia akan memberikan gambaran tentang masa depan hubungannya dengan anda. Oleh sebab itu, ajaklah pasangan anda berbincang secara serius dan kemudian amati serta semak apa yang dia sampaikan.
3. BERCERITA TENTANG PERIBADI
Ketika seseorang tidak serius tentang hubungan yang dijalaninya, dia biasanya akan menjaga jarak dengan anda. Dia mungkin tidak memberitahu anda tentang peribadi dirinya. Dia lebih banyak berahsia atau berdolak-dalik dalam percakapannya dengan anda. Itu tandanya dia hanya ingin menjadikan anda sebagai teman persinggahannya sahaja.
4. APAKAH DIA BERBOHONG?
Cara terbaik untuk mengetahui adakah hubungan itu serius atau tidak, ialah dengan meminta orang lain menyelidik apa yang dia sampaikan kepada anda. Jika apa yang disampaikannya tidak benar, maka ada baiknya anda juga perlu membatasi hubungan dengan lelaki sebegini. Ingat! Lelaki yang cenderung tidak setia merupakan lelaki yang sering berbohong.
5. BERTEMU ORANG TUA
Salah satu tanda-tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki serius tentang hubungan apabila dia berusaha untuk memperkenalkan anda kepada orang tuanya. Jika lelaki senang untuk memperkenalkan anda kepada orang tuanya, maka ada indikasi dia ingin menjamin sesuatu yang lebih “serius” dengan anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai manusia, kita tidak pernah lari dari membuat dosa. Banyak amalan-amalan sunat yang boleh dilaksanakan demi menampung dosa-dosa kita di masa lalu dan sekarang. Salah satu yang menjadi amalan terbaik adalah dengan mengerjakan solat sunat taubat.
Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat.
Dalam Islam seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Allah S.W.T tidak akan jemu untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya bahawasanya Allah S.W.T adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Mengampunkan hambaNya.
Dalam kalangan kita,mungkin ramai yang ingin bertaubat namun tidak tahu ke mana arah untuk mencari panduan. Berdampinglah dengan orang-orang soleh, jagalah solat, bacalah Al-Quran.
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
p/s : jangan pernah jemu untuk memohon keampunan kerana syaitan tidak pernah jemu untuk menarik anak Adam untuk bersamamya didalam neraka..nauzubillah..
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!