Biasanya orang akan lihat, apabila putus cinta, wanita yang lebih derita. Tetapi sebenarnya lelaki yang lebih merana. Apatah lagi bila sudah mengikat tali pertunangan, lelaki telah berikan segalanya dan anda dengan gembira mahu meleraikan demi pihak ketiga.
Anda mungkin tidak mempercayai fakta ini. Namun ia telah dibuktikan melalui satu hasil penyelidikan yang dilakukan di Universiti Wake Forest, Utara Carolina, dan diterbitkan di dalam Journal of Health and Social Behavior. Hasil penyelidikan melibatkan 1000 orang dewasa (tidak pernah berkahwin) yang berusia 18 hingga 23 tahun, mendapati hubungan tidak bahagia lebih mempengaruhi lelaki berbanding wanita. Lelaki mengekspresikan kesedihan mereka dengan cara berbeza iaitu menerusi pelbagai masalah, manakala wanita lebih mengekspresi dengan bersikap murung.
Robin Simon iaitu Profesor bidang Sosiologi dari universiti tersebut menyatakan bahawa lelaki lebih beremosionaldari aspek positif hubungan cinta yang sedang terjalin. Katanya “ bagi lelaki muda, pasangan mereka sering menjadi sumber utama untuk mencurahkan kasih sayang. Berbeza dengan wanita yang cederung untuk berkongsi dengan keluarga mahupun teman-teman rapat”. Biasanya ketegangan dalam sesuatu hugungan itu dikaitkan dengan kesihatan emosi yang rendah, dan kerana hal tersebut akan mengacam identiti serta harga diri seorang lelaki.
Sekiranya lelaki secara emosional lebih dipengaruhi oleh kualiti hubungannya di saat ini, wanita pula lebih dipengaruhi oleh kenyataan sama ada mereka memiliki hubungan cinta atau tidak. Tidak hairanlah jika wanita lebih cederung untuk mengalami kemurungan ketika hubungan berakhir, dan sebaliknya mendapat manfaat lebih hanya dengan berada dalam sesuatu hubungan.
sekadar gambar hiasan
TIP HADAPI PUTUS CINTA
Ads
1-Berdamailah dengan diri sendiri- Untuk menghadapi kesedihan perpisahan, sebelum orang lain membantu anda, bantulah diri sendiri terlebih dahulu. Lupakan apa yang terjadi dengan memanjakan diri mu. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan diri rasa kurang tegang seperti ke spa untuk lakukan terapi.
2-Anda sedang tertekan dan merana kecewa, jadi jangan bebani emosi anda dengan mendengar suatu yang lebih mengusutkan fikiran daripada orang lain. Walaupun daripada kawan karib sendiri. Kecuali ia sesuatu manfaatyang boleh melegakan anda.
3-Luangkan masa lebih kerap dengan teman-teman rapat yang suka wujudkan situasi menghiburkan. Anda boleh lupakan masalah itu dengan cara gelak ketawa. Jika boleh, aturkan perjumpaan dan lakukan sesuatu perkara positif yang menyeronokkan.
Ads
4- Percaya dan anggaplah anda ditakdirkan untuk tidak bersama. Lakukan perubahan yang lebih baik pada diri sendiri dan carilah cinta baru yang pasti sedang menanti anda (berikan ruang dan masa sesuai untuk mencari cinta baru itu). Hubungi rakan wanita yang lama tidak anda hubungi. Jika dia masih ‘solo’, cubalah ajaknya keluar bersama. Mana tahu cinta anda berputik dari situ. Percayalah pada keajaiban cinta.
5- Jika selama ini anda kurang beri perhatian pada penampilan, tiba masanya kini anda lakukan perubahan. Ubah stail rambut, cara berpakaian. Tonjolkan diri yang baru dan itu boleh membuatkan anda berasa lebih percaya serta yakin diri.
Ads
6-Pastinya anda mempunyai hobi tertentu. Hilangkan rasa kesedihan dengan melakukan hobi anda itu lebih kerap. Jika anda suka memancing, ajak teman-teman untuk ikut sama. Pergi ke lokasi memancing lebih jauh dari tempat biasa. Mungkin anda boleh anjurkan ekspedisi memancing ke Tasik Kenyir.
7-Ini cara yang paling menyihatkan. Dengan cara bersukan dan beriadah juga membuatkan anda boleh melupakan segala masalah yang dihadapi. Pada masa yang sama ia boleh menyihatkan tubuh badan anda. Jika malas sekalipun, dengan berjogging atau berbasikal boleh menghilangkan rasa tegang yang sedang anda hadapi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling.
Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.
Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook).
Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[Surah Al-Ahzab : 59]
Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]
Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.
Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna!
SUMBER : AKUISLAM
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Islam tidak menghalang seseorang untuk merisik calon pilihannya. Bahkan ianya disarankan oleh agama Islam. Merisik juga adalah termasuk menyiasat tentang hal keperibadian bakal calon dan rupa fizikal calon.
1. Pilih Wakil Yang Sesuai
Jika anda tidak merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihan, maka anda harus memilih wakil yang sesuai untuk menyatakan hasrat hati anda itu. Wakil yang sesuai ialah seperti ahli keluarga anda sendiri. Ibu bapa mahupun adik-beradik anda boleh menjadi wakil untuk merisik calon pilihan anda. Selain itu, wakil juga boleh dilantik di kalangan sahabat-sahabat yang anda ‘thiqah’ (percaya) dan boleh memegang amanah.
2. Menjaga Batas Dan Kelakuan
Selain itu juga, ketika dalam proses merisik anda perlu menjaga batas dan kelakuan. Mengajak keluar berdua-duaan atas nama merisik dan melakukan perbuatan yang tidak selari dengan Islam adalah dilarang. Islam memberi kebenaran untuk merisik namun tetap ada hadnya. Jika mahu bertanyakan soalan adalah lebih baik bertanyakan kepada ahli keluarganya dahulu atau sahabat-sahabat terdekat calon.
Jika terpaksa menanyakan secara ‘direct’ kepada calon, maka jagalah adab dan kelakuan. Elakkan bertanya soalan-soalan yang tidak perlu dan tidak penting.
3. Jangan Terlalu Berharap
Merisik merupakan proses yang anda tidak pasti sama ada calon pilihan anda itu akan menerima ataupun menolak risikan anda. Oleh sebab itu, jangan terlalu berharap. Jika terlalu berharap, anda akan kecewa apabila ditolak. Ia mungkin akan menjadi pengalaman pahit buat anda untuk merisik calon pilihan yang lain nanti. Ingat pepatah Melayu, ‘Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’.
4. Menghormati Keputusan
Jika hasil risikan anda tidak berjaya dan ditolak, maka hormatilah keputusan yang dibuat oleh calon tersebut. Jangan memaksa orang untuk suka dan menerima kita. Mungkin ada sebab anda dan si dia tidak bersama. Terimalah keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan positif. Insya-Allah ada calon yang lebih baik menanti anda.
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita yang mempunyai saiz badan yang agak besar atau plus size pastinya ingin terlihat anggun dan mempesona saat bergelar raja sehari.
Masalah yang sering dialami bagi golongan ini adalah gaya atau baju paling tepat agar tampak langsing dan bergaya.
Nak nampak langsing dan menyerlah di hari bahagia, ikut tip ini.
1. Potongan Baju
Pilihan baju sexy shoulder membiaskan ilusi terbaik pada bahagian atas badan terutamanya bagi yang mempunyai rangka bahu yang besar dan lebar.
Pilihan samada bukaannya hanya paras bahu (off shoulder) mahupun sehingga ke pangkal dada. Potongan kolar berbentuk v-shape juga sesuai dan akan memberikan kesan leher yang lebih jinjang.
Baju akan tampak lebih indah disusuli rekaan lengan daripada fabrik renda perancis polos, hanya hujung lengan direka sulam sedikit sarat.
2. Fabrik Bermotif
Sekiranya anda memilih fabrik atau baju yang mempunyai corak atau motif, elakkan daripada memilih motif horizontal dan saiz motif yang terlalu besar.
Sebaiknya anda memilih baju bermotif garis-garis vertikal dan secara tidak langsung, tubuh gempal kelihatan tinggi dan ramping. Garisan-garisan yang dihasilkan mencetuskan ilusi yang lebih langsing dan kurus. Tip ini mungkin kelihatan kecil, namun mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.
3. Aksesori Ideal
Memilih aksesori yang sesuai tidak kurang pentingnya untuk penampilan yang lebih menyerlah. Pemilihan aksesori dan kasut yang tepat sangat penting bagi memastikan penampilan anda agar tidak kelihatan terlalu sarat dan berat.
Kebanyakan kaum wanita mengalami kesulitan menggunakan kasut yang terlalu tinggi, jadi pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi atau menggunakan wedges. Kasut yang agak tinggi akan memberi kesan tubuh yang lebih jinjang bagi orang bertubuh gempal.
4. Pilihan Fabrik
Dari segi pilihan fabrik, wanita plus size perlu memilih fabrik yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera atau satin yang tidak terlalu berkilat.
Elakkan dari memilih fabrik jenis jersey atau fabrik jenis melekat di tubuh kerana ia akan menampakkan lagi susuk tubuh badan anda yang gempal itu.
Anda juga disarankan supaya memilih jenis fabrik yang lebih berat kerana ia bakal menghasilkan siluet yang lebih kemas dan terletak.
5. Memahami Bentuk Tubuh
Tip terakhir yang tidak kurang pentingnya dalam tip memilih baju kahwin bagi wanita plus size adalah dengan memahami bentuk tubuh badan anda sendiri.
Seperti mana yang kita ketahui, wanita bertubuh curvy juga memiliki bentuk tubuh pelbagai. Oleh kerana itu, pemilihan baju yang sesuai dan tepat turut menentukan pesona dan keanggunan penampilan anda di hari bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!