Pernikahan sememangnya detik terindah penyatuan cinta antara lelaki dan perempuan. Namun, pernikahan bukan sahaja menyatukan dua insan tetapi lebih kepada membuka lembaran baru kehidupan dan tanggung jawab.

 

Pernikahan itu satu manah. Ianya mengajar suami dan isteri tentang tanggungjawab hidup berumah tangga dan mendidik bukan sahaja dari segi fizikal dan emosi namun lebih kepada membina hubungan baik ke jalan Allah SWT.

 

Jadi untuk mengurus rumahtangga, bab kewangan amatlah perlu diberi keutamaan. Jangan terlebih bajet dalam berbelanja, kawal segala wang masuk anda sekeluarga supaya tidak berhutang dan hidup merana.

 

Bagi pasangan yang baru berkahwin, sudah tentu telah banyak mengeluarkan belanja untuk melangsungkan majlis.

Sudah tentu, anda akan mula mengorak langkah kembali untuk stabilkan ekonomi diri dan keluarga yang dibina.

Mula Kahwin Memang Banyak Guna Duit, Laki Bini Perlu Bijak Urus Duit

Kami cadangkan anda ikut tips paling tepat urus kewangan.

 

Mula Kahwin Memang Banyak Guna Duit, Laki Bini Perlu Bijak Urus Duit
.

IKLAN

1) Merangka bajet keluarga

Dulu setiap hari makan megi tak jadi masalah. Dulu tak fikir nak belanja barang dapur, tak fikir nak bayar komitmen rumah. Kerana anda dahulunya hanya hidup dengan bajet untuk diri sendiri sahaja. Namun, kini apabila sudah berdua segala perbelanjaan jadi ‘Double’. Perlu asingkan belanja dapur, sewa rumah, bile air dan elektrik dan macam -macam lagi.

 

Mula Kahwin Memang Banyak Guna Duit, Laki Bini Perlu Bijak Urus Duit
.

2) Rekod segala perbelanjaan

Penting untuk rekod segala wang keluar masuk supaya anda tahu perjalanan kewangan suami isteri.

Mula Kahwin Memang Banyak Guna Duit, Laki Bini Perlu Bijak Urus Duit

3) Membuat tabung keperluan

Bila dah kahwin, eloklah merancang semua kos keperluan dan perlu dibincang bersama-sama. Boleh ikut idea ini (susunan tidak mengikut keutamaan):

IKLAN

 

Belanja barang dapur
Belanja makan
Belanja utiliti (bil air & elektrik)
Hiburan
Ansuran rumah
Ansuran kereta
Perlindungan takaful
Tabung simpanan
Tabung pelaburan
Tabung pendidikan anak-anak
Tabung kecemasan
Tabungan bercuti
Tabung pencen

 

4) Menabung & melabur

Buat tabungan dan dalam masa sama buatlah pelaburan berisiko rendah seperti melabur dalam Amanah Saham Nasional (ASB), pelaburan emas atau sebagainya untuk pulangan tahunan.

IKLAN

 

5) Pelindungan takaful

Lindungi keluarga dengan pelan takaful. Banyak produk takaful yang bagus dan sesuai dengan bajet bulanan anda. Ianya sebagai persediaan sekiranya anda atau isteri sakit dan anda boleh gunakan takaful tersebut sebagai persediaan hospitalisasi.

 

Mula Kahwin Memang Banyak Guna Duit, Laki Bini Perlu Bijak Urus Duit
.

6) Jauhi hutang

“Ya Allah, lindungilah diriku dari kesusahan dan dukacita, Engkau lindungilah aku dari sifat lemah dan malas, peliharalah diriku dari sifat bakhil dan pengecut dan Engkau peliharalah diriku dari hutang-piutang dan kekuasaan orang lain ke atas diriku.”

 

Apabila memulakan kehidupan baru, banyak nak pakai duit. Nak beli katil, tilam, almari, sofa, dapur semua. Ingat, jangan sampai berhutang. Skim ansuran mudah dekat kedai tu memang mengiurkan, tetapi lebih baik kumpul duit, beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran.

 

Kredit : wedpedia.my

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI