Akhirnya berakhir tanda tanya, penyanyi Nabila Razali, 31 selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi tadi.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Dalam majlis yang bertemakan English Garden ini, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.
Ads
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya.
Ads
Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, dan juga selebriti. Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.
Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.
Ads
Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden party formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi popular era 1980-an, Datuk Siti Fairuz kembali bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan seorang usahawan, Syed Mohamed Syed Ismail, 72. Selepas enam bulan perkenalan, penyanyi lagu Bila Rindu Ku Sebut Namamu itu memilih peminat setianya sebagai pasangan hidup.
Pasangan itu disatukan di Jabatan Agama Islam Kuantan, Pahang, pada 18 Mac baru-baru ini. Siti Fairuz berkata, dia dan suami memilih Ramadan untuk diijab kabulkan kerana ingin mengambil keberkatan bulan mulia itu.
“Hubungan kami bermula sebagai penyanyi dan peminat. Namun selepas mengenal hati budi, saya kembali terbuka untuk mendirikan rumah tangga.
“Dia adalah peminat setia saya sejak dahulu. Ketika itu, saya hanya melayannya sebagai artis dan peminat.
“Namun, siapa sangka sepanjang enam bulan perkenalan, kami mempunyai banyak persamaan.
“Suami miliki ciri-ciri imam yang saya inginkan dan hampir semua ciri yang ada kepadanya memikat hati saya.
“Dari situ Allah bukakan hati, sedangkan saya sebenarnya tidak berhasrat berkahwin lagi,” katanya.
Siti Fairuz dan suami dijangka mengadakan majlis resepsi selepas Aidilfitri ini. Bersyukur perkahwinan kali ini direstui anak-anak, Siti Fairuz berkata, dia mempercepatkan majlis pernikahan bagi memudahkan pergerakan bersama.
Sebelum ini, Siti Fairuz pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Zainuddin pada 1998, namun berpisah pada Julai 2008.
Gigi yang tersusun rapi dan putih menjadikan penampilan seseorang nampak bergaya. Namun adakah ia dapat diperoleh hanya dengan memakai ubat gigi yang bersumberkan arang?
Senyuman seseorang itu nampak sempurna apabila gigi sihat dan cantik. Apabila gigi berwarna kuning, hendak senyum pun terasa malu.
Berikut perkongsian fakta daripada Dr Azila Mohd Kassim yang merupakan doktor gigi dari klinik pergigian Azila yang terletak di Bangi.
Menurut Dr Azila, jangan sesekali percaya dengan iklan ubat gigi bersumberkan arang yang kononnya boleh memutihkan gigi. Bahan ini juga tidak akan menghilangkan tartar atau karang gigi.
Arang dipercayai mempunyai mekanisme seperti magnet untuk menarik serta memerangkap kotoran pada gigi. Apabila seseorang itu berkumur, secara teorinya kotoran terbabit akan keluar bersama. Tiada bahan aktif putihkan gigi.
Gigi hanya boleh nampak lebih bersih, tetapi tidak boleh putih seperti didakwa kerana serbuk arang tidak mempunyai apa-apa bahan aktif yang boleh membantu memutihkan gigi.
Molekul serbuk arang sangat kasar dan bersifat menghakis. Kajian menunjukkan, penggunaan seawal empat kali sudah boleh menipiskan enamel gigi, sedangkan lapisan itu penting untuk melindungi dentin, selain lapisan ketiga iaitu pulpa selaku pusat saraf gigi.
Lapisan dentin secara asalnya lebih kuning berbanding enamel. Enamel yang menipis tidak akan terbentuk semula dan dentin yang kuning akan berterusan terdedah. Keadaan ini akan menyebabkan dentin mula menyerap warna kelabu daripada serbuk arang menyebabkan gigi bukan sahaja tidak putih malah menjadi kelabu kekuningan.
Anda boleh menggunakan apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk menggosok gigi, tapi perlulah mengikut cara yang betul dan waktu yang bersesuaian. Selain itu, pastikan bahan yang digunakan dalam produk tersebut selamat dan tidak berbahaya.
Rawatan pemutihan atau ‘teeth whitening’ yang sebenar adalah apabila doktor gigi menggunakan bahan carbamide peroxide atau hydrogen peroxide. Hanya kepekatan 35 peratus hydrogen peroxide boleh memutihkan gigi.
Bagaimanapun hasilnya bergantung pada individu dan perlu diselenggarakan oleh doktor gigi bertauliah. Bahan-bahan ini berkemungkinan besar boleh mencederakan gusi sekiranya disalahgunakan.
Sedikit sahaja hydrogen peroxide terkena gusi akan menyebabkan gusi melepuh, terhakis dan menyebabkan ulser. Jangan menggunakan sebarang kaedah pemutihan gigi tanpa konsultasi daripada doktor gigi bertauliah.
Serbuk arang, baking soda dan lemon adalah mitos untuk memutihkan gigi. Di antara kesan buruk pembeli yang pernah mencuba ubat gigi activated charcoal (AC) ini ialah gigi bertambah haus dan sensitif.
Produk yang mengandungi arang atau ubat gigi pemutih ini boleh menghakiskan gigi dengan cepat jika tidak digunakan dengan cara yang betul dan tersalah pilih produk.
Sebenarnya serbuk arang dicampur gaulkan dengan beberapa ramuan dan hasil campuran akan diproses di bawah suhu yang tinggi. Kesannya arang yang terhasil akan menjadikannya lebih halus daripada arang biasa. Maka apabila digosok pada gigi kesannya gigi menjadi kelihatan putih.
Jadi AC ini tidak memutihkan gigi secara langsung. Bahan-bahan tersebut hanya membuang kotoran luaran dan menyebabkan gigi sensitif dan enamel menipis. Bahan ini juga tidak menghilangkan tartar atau karang gigi.
Perlu difahami bahawa warna natural gigi memang agak sedikit kuning. Keadaan ini disebabkan lapisan paling luar gigi (enamel) nipis dan lut sinar. Gigi sebenarnya menampakkan lapisan dalam (dentin) yang berwarna kuning.
Kebiasaannya doktor gigi tidak memandang pelik pada mereka yang memiliki gigi sedikit kuning sebab memang itu warna natural gigi.
1. Beruslah gigi dua kali sehari selama dua minit.
2. Gunakan ‘floss’ gigi sekurang-kurangnya satu kali sehari.
3. Elakkan minuman yang menyebabkan ‘stain’ pada gigi. Contoh kopi, teh dan nescafe.
4. Jangan merokok, shisha, vape dan pengambilan tembakau.
5. Lakukan pemeriksaan gigi berkala di klinik pergigian.
6. Lakukan rawatan pemutihan gigi di klinik pergigian berdaftar.
Nak jadi isteri terbahagia, suami kena ambil peduli. Fahamkan kerja rumah tangga, bahagikan tugas dan saling membantu apa yang nampak tak terurus. Baik dari sudut hal anak-anak mahu pun kemas rumah, kena saling buat.
Menerusi satu perkongsian daripada Puan Amalina Sehabudin, anda patut berkongsi buat semua perkara. Barulah rasa bahagia!
1) Rajin, masak. Tak rajin, makan luar. Malas keluar, delivery/grabfood/foodpanda ada (yang pasti payment guna kad laki). Suami request nak masak juga? Boleh. Lepas masak bagi laki kemas dapur, lepas makan tugas laki cuci pinggan.
2) Laki balik kerja lambat, kita makan dulu. Pastikan perut kita kenyang. Sebab perut yang lapar boleh mendatangkan amarah.
3) Laki nak keluar lepak malam-malam, mintak dia setelkan pinggan mangkuk kat sinki, buang sampah, kemas rumah dulu. Lepas tu biarlah dia keluar sebab bila dia keluar, kita kat rumah pun tenang.
4) Laki keluar lepak, tak payah lah nak berjaga sampai dia balik. Kau pegi masuk tidur. Pastikan kau dapat tidur secukupnya. Tidur kau pun penting. Tak cukup tidur juga boleh mendatangkan amarah.
5) Rumah bersepah, kau hulur vacum mintak laki kau vacum rumah sambil kau kemas apa yang patut.
6) Toilet kat rumah kau berbagi lah dengan laki dia cuci yang mana, kau cuci yang mana, gilir-gilir ke kan.
7) Kain baju kau suruh laki basuh dan keringkan, kau lipat, iron dan susun dalam almari. Sebab biasa laki bab melipat, iron & menyusun baju ni tak sekemas bini.
8 ) Anak-anak yang dah besar sikit, kau pass dekat laki untuk uruskan. Anak tu dah 9 bulan kau bawa dalam perut, 2 tahun duk mengempeng. Takut dia lupa pulak siapa bapaknya. Dan bapa tu pun takut dia lupa dia ada anak.
Jadi kena tolong mereka saling mengenali satu sama lain.
Cukup lah 8 tip ini dulu, bukan tak nak me”raja”kan laki. Masalahnya keturunan diraja pun tak ada. Harta pun tak banyak mana. Pembantu rumah pun kitorang tak ada juga. Harapkan part-time helper yang dipanggil sekali sekala.
Kita kahwin, nak jadi isteri. Bukan nak jadi hamba abdi. Kalau nak jadi hamba baik, menghambakan diri kepada yang Maha Esa je. Tak payah kahwin.
Perkahwinan ini soal perkongsian. You both share your life together tapi takkan hal rumah tangga atas isteri je?
Kalau isteri tu suri rumah yang memang 100% uruskan rumah je maybe lain tipnya.
Only you know how your marriage works. You do you. Nobody can tell you how to do your marriage.
Tak ada istilah takut bini. Lelaki-lelaki yang tak setuju ni mesti spesies berangan dia kaya raya tapi yang sebenarnya miskin, tak mampu nak ambik pembantu.
Jadi bini still kena kerja, tapi at the same time layan laki macam raja. Zaman sekarang lelaki-lelaki yang menjaga agama, terpelajar, mampu & berkarisma semuanya tak ada masalah nak uruskan hal rumah. Dia sibuk, dia cari pembantu sebab dia mampu.
Hah, begitu tip mudah nak jadi isteri terbahagia di dunia!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...