
Apa yang kita selalu tahu, bab nafkah yang sering diperkatakan ialah nafkah duit belanja. Namun ada lagi 2 nafkah yang mungkin kita jarang perasan. Ini 3 jenis nafkah yang perlu suami laksanakan buat isteri
Nafkah barang peribadi isteri
Wajib beri walaupun isteri bekerja. Kadang-kadang suami ambillah hati isteri dengan cakap “ Sayang ambillah duit ni, belilah apa keperluan yang sayang nak.”
Confirm! Isteri yang penat seharian hilang segala sakit bekerja dan membuat kerja rumah.
Nafkah keluarga
Sediakan tempat tinggal isteri yang selesa, makan dan minum yang mencukupi dengan pakaian yang menutup auratnya. Menyediakan ubat-ubatannya sekiranya isteri sedang sakit.
Nafkah batin
Suami bukan sahaja memenuhi kepuasan pada isteri sahaja. Isteri juga berhak. Nafkah batin tergolong seperti menggembirakan hati isteri, bergurau senda, makan Bersama dan keluar berjalan bersama.
Suami Kalau Nak Rezeki Masuk Tanpa Henti Rajin-Rajinlah Suap Isteri Makan

Bila masuk bab suap-menyuap ni, rasa kita kali terakhir makan suap-menyuap adalah sewaktu makan beradab. Selepas itu, tiada lagi adegan suap isteri ataupun suami ketika makan dengan alasan, malu.Malu orang nampak, malu anak-anak pandang.
Suami kena tahu satu perkara, bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia. Masa itulah rasanya nikmat. Baca perkongsian penuh Ustaz Ebit Lew bagaimana rezeki masuk dengan amalkan suap-menyuap sesama pasangan.
Suap isteri Rezeki Akan Datang Melimpah Ruah”- Ustaz Ebit Lew
Ustaz Ebit Lew (FB) bertemu dengan seorang lelaki yang nampak menghadapi masalah rumahtangga. Kehidupan rumah tangganya sempit dan tidak tenteram. Pertengkaran antara dia dan isterinya selalu terjadi.
“Saya dah usaha macam2 dah bang, macam2 cara dah saya buat, Tak tahu nak buat macam mana dah” kata lelaki itu
“Amalkanlah Menyuap Anak Dan Isteri Makan, Dengan Izin Allah, Rezeki Akan Datang Melimpah Ruah”- Ustaz Ebit Lew You
Kanak-Kanak Berusia 7 Tahun Dirantai Seperti Binatang Oleh Ibu Bapanya Akibat Terlalu Nakal
Jangan Letak Telefon Di Kepala Anak! Radiasi Boleh Menjejaskan Perkembangan Sel-Sel Otak Anak!..
“Tiap Kali Saya Nak Pergi Pasaraya, Biras Terus Ikut, Dia Akan Ambil Barang-Barang Dia Kemudian Letak Di Kaunter Untuk Saya Bayar”..
“Masa awak makan dengan isteri, awak ada suapkan makanan ke dalam mulut isteri awak tak?” ustaz tanya.
“Tak pernah bang, kalau saya buat, nanti saya dikatakan buang tebiat pulak” jawabnya.
“Awak pernah tak suapkan makanan dalam mulut anak-anak awak tak?” Tanya usyaz lagi.
“Pun tak pernah, kenapa ustaz tanya macam tu?” Jawap lelaki itu lagi”
Kalau awak nak tahu, Mak ayah kita dulu tak kaya pun, tapi kehidupan dirorang penuh dengan kasih dan sayang.
rezeki mereka pun cukup je.
Kehidupan mereka tenang dan berkat. Tahu tak sebab apa?
Sebab Allah janji kalau kita menghargai keluarga, rezeki bertambah.”
“Perasan tak sekarang?
Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga.
Kalau ada pun, time makan tu masing-masing leka main handphone atau pun sibuk melayan tv. Allahu…”
“Awak percayalah la apa yang saya nak cakapkan ni,
bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia.
Lagi2 kalau suami dia buat kerana cinta, kerana Allah, biar pun beberapa suap je,
nikmatnya tak terkata. Kena pula isteri buat2 tergigit jari sikit. Hehe!”
Awak percayalah la apa yang saya nak cakapkan ni, bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia. Lagi-lagi kalau suami dia buat kerana cinta, kerana Allah, biar pun beberapa suap je, nikmatnya tak terkata. Kena pula isteri buat-buat tergigit jari sikit. Hehe!”
“Awak pun tahu kan? makan satu bekas yang sama itu sunnah. Kalau awak nak tahu, saya dan keluarga makan satu dulang bila dirumah, kami 3beranak. Kadang-kadang tu anak dan saya berebut nak suap mak dia.”
Mulai hari ni, Cuba abang amalkan apa yang saya sampaikan ni. Percayalah la bang, orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Abang Kasihilah isteri dan anak-anak, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah”.
Perempuan Sebelum Kahwin Kena Ada Aset Sendiri, Baru Tak Takut Kalau Kena Tindas

Memiliki kediaman sendiri pasti menjadi impian setiap orang. Namun dengan harga rumah sekarang yang makin lama makin meningkat tidak semua orang mampu memiliknya. Tetapi tidak mustahil, dengan perancangan yang rapi anda juga boleh memiliki rumah sendiri sebagai aset pada masa hadapan.
Perkongsian dari Majalah Labur oleh Nursafika Amira mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda terutamanya para wanita. Jika anda mempunyai pendapatan, apa kata rancang dari sekarang untuk memiliki sebuah rumah. Usah lagi berada dalam pemikiran yang lama, terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin. Suami sudah mempunyai rumah, jadi untuk apa lagi mahu membeli rumah sendiri?
Baca 4 sebab ini untuk anda sebagai wanita memiliki rumah. Tidak rugi melabur demi masa hadapan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kemudian hari. Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
1. Persediaan Jangka Masa Panjang
Sebagai seorang wanita yang menjalani kehidupan pada zaman kini, anda perlu lebih jauh berfikiran ke hadapan. Cuba tengok masa depan untuk tempoh masa 10 dan 20 tahun akan datang.
Sekiranya berlaku musibah atau lebih teruk lagi perceraian, sekurang-kurangnya anda ada juga tempat tinggal untuk diri sendiri dan anak-anak.
Bukan itu sahaja, jika kematian suami, dapat juga elakkan daripada pergaduhan berkenaan harta yang perlu dibahagi-bahagikan – termasuklah rumah Allahyarham suami tersebut.
2. Atasi Masalah Kewangan Selepas Berkahwin
Semua orang tahu bahawa cabaran selepas berkahwin adalah sangat berbeza daripada ketika sedang bercinta. Tidak semua keadaan menjadi indah seperti yang diimpikan.
Lebih-lebih lagi apabila menyentuh bab berkaitan dengan kewangan. Jika silap pengurusannya, boleh timbul pergaduhan dan masalah dalam rumah tangga.
Jika anda memilki rumah sendiri, anda boleh gunakan rumah tersebut untuk disewakan atau pun refinance semula untuk mendapat modal untuk memulakan perniagaan. Dengan duit tersebut, bolehlah meringankan beban kewangan keluarga.
3. Jadi Suri Rumah
Sudah menjadi impian semua wanita yang berkeluarga untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Dengan adanya rumah sendiri, anda boleh jadikannya sebagai pendapatan anda sendiri. Maka dapatlah anda jadi seorang suri rumah bagi menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
4. Tambah Pendapatan
Dah jadi suri rumah, boleh usahakan perniagaan dari rumah seperti berniaga tudung online, buat bisnes dropship dan sebagainya.
Nak jadi full-time trader dengan menjual beli saham pun boleh.
Beruntungnya Kaum Wanita Zaman Sekarang
Secara amnya, tahap pendidikan wanita adalah lebih tinggi, mempunyai jawatan dan juga gaji yang lebih tinggi. Suami pula beri nafkah setiap bulan, jadi apakah alasan untuk anda tidak boleh beli rumah sendiri?
Sebelum Masuk Tidur, Berdamailah. Kita Tak Tahu Usia Pasangan Kita Sampai Bila

AJAL YANG TAK DISANGKA
Dalam hubungan rumahtangga, ada pasang surutnya. Bergaduh itu membuatkan kita lebih dekat dengan si dia. Lebih sayang dan lebih rapat. Namun jika perselisihan faham berlanjutan, maafkanlah dan berdamailah kerana bila dia sudah tiada, kita akan rasa kehilangannya.
“Biasalah isteri kadang-kadang merajuk kan,” kata dia sambil kesat air mata. Aku yang tadi boleh lagi membentuk senyum dah mula rasa berat bibir. Tak mampu membalas aku cuma mengangguk tanda setuju.
Dia sambung, “malam tu pula dia panggil saya tidur sebelah dia. Saya yang rasa berat perasaan nak ikut cakap suami. Saya buat keras tak nak.
Saya sibukkan diri main telefon dan mesej dengan kakak saya. Bercerita pasal suami saya lah. Tak sangka esoknya dia meninggal.”
Lagi banyak air jernih jatuh daripada mata dia. Disapunya kain tuala kecil ke mata kiri dan kanan. Keringkan air mata yang mengalir tak sudah. Makin disapu, makin banyak yang keluar.
Mungkin terkilan sangat dia tak layan suami betul-betul malam sebelum tu.
“Tak sangka ustaz, saya memang tak sangka suami nak pergi secepat ini,” diulang dekat 3-4 kali sepanjang kami bersembang hal kematian suami dia.
Puan ini saya kenal melalui seorang kawan. Dia sungguh nak tahu tentang pembahagian harta. Jadi bawa jumpa dengan saya. Banyak benda bersembang sampai akhirnya dia cerita hal tadi.
Benar kawan-kawan, kita ini selalunya rasa akan hidup lama lagi. Bermasam muka hari ini dengan pasangan, kita biar berlarutan 2,3 hari. Bahkan ada yang sampai berminggu-minggu tak bercakap. Walhal duduk serumah.
Kadang masing-masing tak nak mengalah. Menunggu-nunggu dipujuk. Kalau suami tak pujuk, isteri terus simpan muncung mulut. Biar panjang berjela.
Suami pun sama, kalau isteri tak pujuk punya lah sibuk main game tak sudah. Konon tak ada apa, tapi dalam hati merayu-rayu.
Bertahan-tahan akhirnya lewat malam tertidur. Esok pagi bangun terkejar-kejar urusan nak pergi kerja pula. Kalau sempat bersalaman lah, kalau tak sempat main lambai-lambai begitu sahaja. Mata tak bertentang langsung. Masih pertahan ego sendiri.
Takdir Tuhan salah seorang meninggal. Tuhan ambil dahulu. Tak balik dah rumah lepas keluar pergi kerja pagi tadi.
Allahu.
Tinggal lah seorang sendirian. Waktu ini apa pun dah tak boleh. Nak patah balik masa jangan harap. Meratiblah perkataan maaf berjuta kali sekali pun, dah tak sampai ke deria pendengaran pasangan kita. Ini yang banyak berlaku.
Kawan-kawan yang dikasihi;
Pertahankan ego ni tak akan ke mana. Lebih lagi dalam hidup rumahtangga. Dengan pasangan kita lah lebih lagi untuk kita mudah beralah dan mengalah.
Sebelum tidur setiap malam, berdamailah. Minta maaf dan memberi maaf. Itu lebih baik buat kita dan pasangan.
Bukan untuk orang lain, untuk jiwa yang kita mengaku separuh hidup kita juga.
Sebelum segalanya tinggal kenangan, kalian bina lah kenangan yang indah. Yang menjadi realiti. Bukan cuma dalam mimpi bila kita tinggal sendiri nanti.
Kredit kepada penulis Firdaus Mokhtar dan Dari Isteri Untuk Suami Tercinta