
Tidak dinafikan mana-mana isteri pastinya tersenyum lebar jika pasangan tidak lokek berbelanja dan tidak berkira wang ringgit dengan mereka. Namun, dalam hubungan kekeluargaan wang ringgit sahaja tidak mampu menjadi penjamin atau kayu ukur kebahagiaan antara pasangan.
Pesanan ikhlas dari lelaki ini diharap dapat membuka mata semua para suami di luar sana. Nak buat isteri bahagia? Jadilah suami yang memahami menolong dan menyayangi.
JANGAN BAGI TAU ORANG LAIN…..
Korang boleh cuba eksperimen ni sendiri pada pasangan masing masing.
Saya pernah hulur beberapa keping not RM50 pada isteri saya dan saya cepat cepat amati senyuman dan ekspresi di wajahnya.
Oh, dia tersenyum. Memang boleh nampak bahagian hujung mulutnya sedikit terangkat. Itu adalah tanda tanda ekspresi wajah ( facial expression) orang yang sedang gembira.
Ok, kali ni saya beralih ke eksperimen kedua. Kali ni saya tak hulur pun not RM50 ke RM100 ke. Saya cuma join dia jaga anak je. Sama sama suap anak, sama sama layan karenah anak dan sama sama bantu si dia jaga anak je.
Kali ni, bukan setakat senyuman biasa je yang terpancar, saya boleh nampak kedutan di hujung matanya sekali ( tanda senyumannya itu bukan dibuat buat ), moodnya pun berubah 180°. Dia punya layanan pada saya pun perghh.. Minta air putih pun dia boleh buatkan Cafe Latte tau.
Kalah layanan hotel 5 bintang!
Rupa-rupanya, untuk buatkan isteri kita bahagia ni bukan cuma cukup bulan, hulur duit. Bukan! Mereka juga perlukan suami yang memahami, menolong dan menyayangi.
Ye betul, memahami, menolong dan menyayangi dengan seikhlas hati!
Taufiq Razif
Masih belajar untuk mencintai
Kredit : Facebook Taufiq Razif
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Ujian ‘Ragu-Ragu’ Sewaktu Bertunang Menjadi Cabaran Paling Menakutkan

Bertunang dan berkahwin ni nampak indah tapi realitinya hanya yang melalui je tahu. Siapa yang rancang nak bertunang tu, korang tengok ujian dan cabaran yang selalu orang bertunang hadap. Ikut dan hayati baik baik , yang mana buruk jadikan tauladan dan yang mana baik ambil sebagai pedoman
Situasi 1: DIUJI DENGAN MASALAH KEWANGAN
godaan: gunalah duit sikit untuk melabur. lepas dua tiga bulan dapat duit lebih, boleh guna tampung majlis. kahwin banyak pakai duit. kurang siket jer sekarang. nanti dapatlah ganti lebih
NOTA PENTING : pastikan duit kahwin sedia yang disimpan tidak diusik bagi perkara sampingan. jika ada duit lebih boleh guna. tapi kalau duit tu memang cukup cukup untuk keperluan kahwin. ada baiknya utamakan yang penting, bincang dengan pasangan untuk buat keputusan. ada satu kes, menyesal sendiri sebab guna duit hantaran untuk join business, at last, duit tak dapat. wedding kena tangguh
Situasi 2. KEHADIRAN TETAMU TAK DIUNDANG(ex)
godaan: saya sayang awak lagi. kalau saya masuk meminang awak? saya tunggu awak. saya snggup tunggu awak sampai awak cerai and etc
PERINGATAN PENTING : kenapa dia jadi ex? sebab dia adalah EXperienced! lepas dan mulakan! hargai yang lebih menghargai. kalau dulu bukan percinta yang baik. sudah masanya membuktikan kita boleh jadi percinta yang terbaik! Lepaskan..mulakan kisah baru yang boleh menjadi cerita paling indah untuk anak cucu. insyaallah.
Situasi 3: DIUJI DENGAN SIKAP
godaan: tiba tiba tunang menjadi terlalu sensitif,baran,kurang sabar
NOTA PENTING, bila niat nak kahwin. sememangnya meletakkan kita dalam satu tahap yang stress. sebab banyak benda nak kena fikir, settle. ditambah dengan rasa commitment (feeling feeling husband, wife), maka jadi care terlebih lebih. benda simple jadi complicated.syaitan duk tambah dos nak kasi batal benda baik. makin meletuplah! sabar..masa ni masing masing kena main peranan. takkan settle benda dalam keadaan marah. ajak solat hajat, mengaji. amik wudhuk. bila dua dua dah tenang. bincang tanpa melibatkan emosi. yang penting. ingat niat asal! nikah kerana Allah. tengok masalah. bincang penyelasaian. jangn fokus pada punca sahaja. rendahkan ego dan belajar menerima dan mendengar. insyaallah akan jd lebih baik dr sebelum gaduh.
Situasi 4: DIUJI DENGAN RAGU RAGU
godaan: kau nak kahwin dengan dia? tapi kenapa?. tak rasa ke muda lagi? banyak lagi cita cita nak capai? bersedia ke nak jadi wife ni? dan etc
yang ni semua orang alami. nikah sebab nak redha Allah. kalau nak mengejar dunia, sampai bila kita akan berhenti mengejar? mungkin kita mati ketika berlari mengejarnya. stop fikir negatif! tak ada orang bersedia. yang penting cuba bersedia. cari ilmu (baca buku, ceramah dan sebgainya). soal boleh ke tak jadi wife or menantu. itulah pengalaman. baiki dr kesilapan. contoh, masak tak sedap, lepas ni baiki masakan. kita takkan terus jd perfect. tapi kita boleh berusaha kan? ubah mindset!
godaan II: betul ke aku nak kahwin dengan dia ni. kalau nak kata (kaya or handsome or baik or….) si A tu macam lebih lagi baik dari tunang aku ni
*istigfar. kembali dengan niat asal. nikah kerana apa? jodoh ni kan walaupun kita nampak jelas jelas kekurangan, kelemahan dia, kita tak boleh rasa benci. walaupun muka dia mungkin penuh jerawat dan sebagainya. kita rasa tenang tengok. bila gaduh, tetap rasa nak bersama. doa pada Allah supaya semakin kuat cinta pada dia, kuat lagi cinta pada Allah
Situasi 5. TEKANAN KELUARGA & KELUARGA BAKAL SUAMI
Godaan : Apabila sudah mengenali keluarga bakal pasangan, menetapkan wang hantaran, dan sebagainya, mungkin ada terdetik rasa tidak senang terhadap keputusan mereka.
Walau apa pun, kita janganlah terlalu cepat menilai seseorang sedangkan kita belum mengenali mereka sepenuhnya. Keluarga, terasa hati dalam keluarga , mula rasa betul ke mertua akan suka aku, betul ke ipar duai akan berkenan dekat aku, hal ni semuanya dari syaitan yang senantiasa menghantui kita untuk membatalkan niat yang baik.
Situasi 6.MULA TAWAR HATI
Setelah bermacam-macam ujian datang menimpa, sesetengah daripada mereka mula tawar hati dan tidak berminat lagi untuk meneruskan tempoh pertunangan. Selidik dahulu punca tawar hati dan cubalah selesaikan selagi boleh.
Situasi 7.EMOSI TIDAK STABIL
Ada sesetengahnya yang tidak senang duduk apabila sudah mengikat tali pertunangan. Kadang-kadang sedih, marah, terlalu gembira, dan ada yang asyik teringatkan tunangnya sedangkan ada yang telah lama mengenali hati budi masing-masing.
Semasa berkawan, mungkin anda tidak merasai betapa seriusnya hubungan ini, dan bagaimana komitednya anda terhadap perkahwinan yang bakal berlaku. Maka, mungkin sebab ini menjadikan anda resah dan gelisah.
Situaso 8. TAKUT SALAH BUAT KEPUTUSAN
Godaan: Antara fobia dan dugaan semasa bertunang, ada yang mula menampakkan ‘perangai’ sebenar. Jadi, anda mula berasa ragu-ragu terhadap pilihan anda.
Menurut Suzana Ghazali, seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Peguam Syarie, Undang-Undang Kekeluargaan Islam menetapkan bahawa seseorang individu boleh mendapatkan gantirugi sekiranya sesuatu pertunangan diputuskan oleh pihak yang satu lagi tanpa sebab yang kukuh.
Maka, anda berhak menerima semula sebarang bentuk pemberian anda kepada si dia, lebih-lebih lagi jika anda telah membelanjakan wang yang banyak untuk majlis perkahwinan yang bakal diadakan.
Situasi 9. CEMBURU BUTA
Oh ya, kadang-kadang ada juga yang tiba-tiba menjadi terlalu cemburu dan asyik mahu mengawal pergerakan tunang mereka. Ini adalah dugaan semasa bertunang yang biasa terjadi.
Sedangkan, lelaki ini belum lagi berhak dipatuhi oleh wanita tersebut sebelum melafazkan akad nikah. Begitu juga seorang wanita yang tidak berhak meminta sebarang bentuk tanggungan daripada pihak lelaki.
Namun, sebagai seorang Islam, kita wajib menjaga pergaulan kita walau di mana kita berada, sama ada sudah bertunang ataupun belum
Situasi 10.KESIBUKAN PERSIAPAN PERKAHWINAN
Sibuknya menjelang majlis pernikahan! Pada saat-saat akhir, tak mustahil ianya tidak berjalan seperti yang dirancang. Namun, semua ini adalah di luar kawalan kita.
Dugaan semasa bertunang antaranya boleh berlaku kesilapan teknikal dalam sebut harga, perubahan tempat majlis, baju nikah tak muat atau tersilap jahit, dan banyak lagi
Suami Isteri Kena Selalu Berpegang Tangan, Banyak Manfaatnya

Ramai pasangan yang baru berkahwin memang sayang nak lepaskan tangan pasangan. Pergi ke mana sahaja pasti akan berpegangan tangan. Nak tidur pun kalau boleh nak pegang tangan pasangan.
Tetapi setelah lama berumah tangga, sudah semakin jarang anda pegang tangan pasangan walaupun keluar berdua tanpa anak-anak. Katanya dah lama kahwin dan tak perlu nak tunjuk romantik dekat orang lain.
Kebanyakan pasangan beranggapan bahawa berpegangan tangan ini adalah perkara biasa dan tak perlu diperbesarkan. Ramai tak tahu sebenarnya banyak manfaat berpegang tangan dengan pasangan dan memberi kesan positif pada hubungan.
Ini antara manfaatnya:
1. Meningkatkan Rasa Cinta
Pasangan bahagia secara umumnya akan berpegangan tangan secara automatik. Bila selalu pegang tangan pasangan, secara tidak langsung ia akan menjadi satu tabiat yang dibentuk oleh sistem saraf mereka. Ia akan menghasilkan oxytocin yang boleh buat kita rasa lebih bahagia dan disayangi.
2. Kurangkan Rasa Sakit
Contohnya ketika isteri dalam proses melahirkan bayi. Biasanya isteri akan memegang tangan suami untuk membantu melegakan kesakitan yang dialaminya. Memegang tangan sebenarnya boleh membantu melegakan kesakitan.
3. Melegakan Tekanan
Memegang tangan pasangan dapat membantu mengurangkan hormon stres yang dipanggil kortisol. Apabila kita tertekan, sentuhan ringan di tangan dapat membantu melegakan ketegangan dari segi fizikal dan mental. Jika pasangan anda mengalami hari yang sedih, cuba pegang tangan dia. Ia mampu meredakan segala kesedihannya.
4. Rasa Lebih Selesa
Memegang tangan boleh memberi perasaan yang selesa apabila dilakukan sambil berbual dan berjalan. Ia mewujudkan momen hangat bersama-sama dan boleh meningkatkan keselesaan antara satu sama lain.
6 Benda Asas Ini Yang Kita Kena Tahu Bila Masuk Bab Bertunang

Jika anda adalah anak yang pertama kahwin dalam keluarga atau mempunyai ibu bapa yang moden, mungkin kita tidak didedahkan dengan 6 perkara ini.
1: Mas kahwin, wang hantaran untuk majlis nikah. Hal-hal ini selalunya dibincang dahulu sesama keluarga pasangan sebelum majlis pertunangan berlangsung. Selalunya pihak lelaki yang akan mengajukan soalan berkaitan ini dahulu dan pihak perempuan akan menetapkannya. Jadi, tidak adalah kekalutan atau rasa segan di majlis pertunangan nanti.
2: Cincin. Bagi pihak lelaki yang datang daripada jauh, selalunya majlis merisik dan bertunang diadakan serentak. Jadi, mereka akan membawa dua cincin pada masa yang sama. Satu untuk cincin merisik dan satu lagi cincin pertunangan. Bagi pasangan yang rumah keluarga mereka tidak jauh, mereka selalunya mengadakan dua majlis ini secara berasingan.
KADANG KALA PIHAK PEREMPUAN JUGA ADA MENYEDIAKAN CINCIN UNTUK PIHAK LELAKI. CINCIN UNTUK BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN AKAN DISARUNGKAN OLEH IBU BAKAL PENGANTIN LELAKI. MANAKALA BAGI BAKAL PENGANTIN LELAKI PULA, CINCIN AKAN DISARUNGKAN BAKAL BAPA MENTUANYA.
3: Hantaran. Hantaran untuk majlis pertunangan lebih kepada makanan. Kek, pulut kuning, puding, kek cawan, kuih, dan sebagainya, Ada juga yang memberi kain untuk persalinan nikah. Menurut kebiasaan, hantaran daripada pihak perempuan lebih banyak daripada pihak lelaki. Sebelum pihak lelaki berangkat pulang, barangan atas dulang hantaran ditukar ke dulang pihak lagi satu.
4: Jamuan makan. Sebenarnya tiada peraturan dalam hal ini. Lauk campur makan tengah hari biasa pun sudah memadai.
5: Bakal pengantin lelaki. Bila majlis sedang berlangsung, bakal pengantin lelaki selalunya duduk di luar dahulu. Apabila dipanggil baru turut sama menyertai majlis
6: Kos majlis. Kos majlis pertunangan kebiasaanya ditanggung oleh pihak perempuan.
Kredit : Ikahwin