Apa itu Toksin?Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita.
Toksin bukan saja menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan kita secara normal, tetapi juga dapat mengikuti peredaran darah ke bahagian-bahagian …
organ tubuh kita, lalu merosakkan system sirkulasi (pembuluh-pembuluh darah), organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran (system gastrousus).
Sakit adalah kegagalan tubuh manusia menyingkirkan bahan buangan. Contohnya Lendir/mucus, serta toksin yang menghalangi fungsi-fungsi normal tubuh manusia.
Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.
.
Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.
Ads
Bagaimana toksin terjadi?-Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
-Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
-Merokok
-Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
-Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.
Tanda-tanda seseorang banyak toksin
Ads
1) Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.
2) Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit(mari checkup sekarang!..huhuhuhu)
3) Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.
Ads
Ada caranya nak buang toksin dalam badan
1)Senaman –Dengan senaman Toksin akan keluar melalui perkumuhan (peluh)
2) Refleksologi – Sebahagian dr toksin tak dapat dikeluarkan dari badan dan akn mendap dibahagian kaki. so disini pentingnya refleksologi kerana menurut perubatan Cina, kaki adalah umpama jantung kedua dengan mempunyai lebih 60 titik akupuntur. Melalui titik-titik ini, toksin akan disedut keluar.
4)Berpuasa – Nabi Muhammad SAW bersabda “Sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu adalah ubat” (H.R. Muslim)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat pada kesan-kesan HIV inilah kerajaan Malaysia mengambil langkah selamat dengan mewajibkan pasangan Islam menjalani Ujian Saringan HIV bagi menjaga kemaslahatan anda dan pasangan di kemudian hari. Hal ini kerana, semua sudah tahu bahawa virus HIV ini boleh merebak kepada orang lain melalui beberapa cara. Antaranya adalah melalui persetubuhan, perkongsian jarum suntikan, penerimaan darah yang dijangkiti virus HIV dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, selain daripada melengkapkan prosedur permohonan perkahwinan ujian ini turut bertujuan membolehkan seseorang itu mengetahui status HIV masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Jika terdapat sesuatu yang meragukan tindakan segara boleh diambil bagi mengelakkan kesan buruk berlaku.
.
5 Langkah Ujian Saringan HIV Yang Perlu Anda Buat
1. Kenal Pasti Klinik Kesihatan/Hospital Terdekat
Untuk makluman anda, Ujian Saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan ataupun hospital kerajaan sahaja. Dan yang paling penting anda perlu menjalani ujian ini di negeri atau mengikut mukim masing-masing.
Sekiranya anda bekerja atau bermastautin di negeri lain terdapat beberapa tambahan prosedur yang perlu anda patuhi bagi membolehkan ujian ini diambil. Bagi memudahkan kerja anda dan pasangan, sila cari dan daftar dengan klinik kesihatan terdekat terlebih dahulu. Dan ambillah kesempatan ini untuk bertanya samada klinik tersebut ada menawarkan servis ujian HIV atau tidak. Jika perlu setkan tarikh temujanji.
2. Dokumen Yang Perlu Dibawa Ke Klinik/Hospital
Dokumen yang perlu dibawa semasa ujian ini diambil adalah kad pengenalan sahaja dan bayaran perkhidmatan yang dikenakan pula hanyalah RM1.
Murah je kan bila berurusan dengan pusat perubatan kerajaan Malaysia ni. Satu lagi, sekiranya anda berkahwin dengan warga asing sila pastikan pasangan anda membawa passport ke klinik untuk menjalani ujian saringan ini.
3. Lengkapkan Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
Apabila selesai daftar dan membuat pembayaran di kaunter, anda boleh mula melengkapkan borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan yang telah disediakan oleh pihak klinik.
Sekiranya anda menjalani ujian saringan ini di negeri lain sila muat turun borang ujian HIV (yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing). Apabila selesai anda akan diminta tunggu sebentar sementara nama anda dipanggil untuk menjalani ujian saringan tersebut.
4. Ujian Saringan HIV
Doktor atau MA akan menjalankan ujian saringan ini dengan menggunakan kaedah Rapid Kit Test. Darah akan diambil di hujung jari anda dengan menggunakan jarum lancet. Selepas itu anda akan diminta untuk tunggu sebentar kerana keputusan ujian ini kebiasaannya siap dalam masa 15 hingga 30 minit bergantung pada jenis kit yang digunakan oleh pihak klinik.
5. Keputusan Ujian Saringan HIV
Keputusan ujian saringan ini akan diberikan oleh pihak klinik pada hari yang sama. Keputusan boleh dilihat pada kit yang digunakan. Sekiranya terdapat single line pada kit ia bermaksud negative atau anda atau pasangan anda bebas daripada dijangkiti virus HIV.
Tetapi sekiranya keluar double line ia bermakna positif (reactive). Keputusan ini akan diberikan kepada anda untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Daerah masing-masing untuk langkah-langkah selanjutnya.
Gambar hiasan : Tangkap Pictures
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah, tahun ini kita berpuasa dengan suasana yang cukup sederhana. Paling penting, kita berada bersama orang yang kita sayangi.
Sebagai umat Islam, semestinya kita akan berusaha dan berlumba-lumba untuk melakukan ibadah demi pahala yang berlipat ganda. Antara satu amalan yang sering terlepas pandang adalah berdoa sebelum waktu berbuka.
Tahukah anda bahawa sebenarnya sebelum berbuka adalah antara waktu yang afdhal untuk kita berdoa. Jom kita baca perkongsian oleh Syed Hameed tentang doa sebelum berbuka puasa ini.
DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.
Tetapi, sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahu pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja, boleh diubah mengikut hajat masing-masing.
Cadangan doa ketika berbuka puasa:
1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat ALLAH.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yang dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan.
Bila sudah ada jodoh di depan mata, tentulah kita teruja untuk melangsungkan perkahwinan. Tetapi bakal pengantin selalu silap dalam soal membuat simpanan. Kebanyakkan bakal pengantin akan menyimpan untuk majlis perkahwinan dan bukannya untuk kehidupan selepas berkahwin. Betul tak?
Cuba bayangkan, anda dan pasangan beriya-iya mengumpul wang dan semuanya habis digunakan untuk sebuah majlis perkahwinan. Selepas majlis, apa pula yang tinggal untuk meneruskan kehidupan berkeluarga? Sebenarnya, PKP ini juga boleh dilihat dari sisi positif. Selain mengelakkan penularan wabak, majlis perkahwinan yang hanya terhad kepada beberapa orang tetamu ini boleh menjimatkan wang.
Ini antara cara untuk anda mengumpul duit:
Tetapkan matlamat
Sebelum mula menabung, fikirkan apakah matlamat anda. Dengan matlamat itu, anda akan mendapat motivasi untuk meneruskan niat membuat tabungan. Tanya diri sendiri berapa yang anda boleh buat tabungan setiap bulan atau atau setiap hari. Pastikan ia cukup untuk mencapai matlamat yang diperlukan.
2. Menabung bersama
Kehidupan berkahwin melibatkan dua individu iaitu anda dan pasangan. Jadi, pilihlah untuk mempunyai tabungan bersama. Maksudnya di sini, masing-masing mempunyai tabung untuk mengumpul duit. Tak perlulah untuk memiliki akaun bank bersama. Cukup sekadar anda dan pasangan tahu bagaimana menguruskan duit dan membuat simpanan untuk hari bahagia anda.
Sekiranya anda memilih untuk majlis yang memorable, bolehlah ‘laburkan’ sedikit wang untuk merealisasikan impian itu. tetapi jangan ‘kacau’ tabungan yang sudah dibuat.
3. Penjimatan
Kalau dilihat semula, perbelanjaan bulanan kita biasanya lebih kepada kehendak. Kita selalu menggunakan alasan ‘self reward’ untuk mendapatkan barangan yang mahal-mahal. Dan ada banyak kehendak lain bila kita mula nampak ada jualan murah. Alasannya, ‘bila lagi akan ada sale’.
Demi mengumpul duit, anda perlu bijak untuk tahu apa yang penting dan apa yang tidak. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu terutamanya untuk membeli baju. Fesyen sentiasa berubah dan anda akan sentiasa ‘terikat’ untuk berada dalam trend. Lebih baik berjimat supaya satu hari nanti anda boleh gunakan untuk memiliki apa yang anda mahu. Atau, tetapkan bajet bulanan untuk baju. Mungkin RM50 sebulan?
4. Jangan buat pinjaman
Adalah satu kesalahan besar sekiranya anda membuat pinjaman untuk perkahwinan. Memang mudah untuk mendapat kelulusan tetapi anda akan terikat untuk membuat bayaran balik untuk jangka masa panjang. Ikutlah kemampuan diri dan jangan membazir. Tak ada salahnya membuat majlis kecil-kecilan. Bukan orang luar akan bantu anda untuk bayar balik pinjaman itu nanti.
Untuk barang hantaran, beli barangan yang tak berjenama pun tak apa. Sekarang kan trend gubahan hantaran di dalam kotak. Tak ada siapa pun yang akan sibuk-sibuk untuk melihat isi kandungan barang hantaran itu nanti.
5. Simpanan ‘terpaksa’
Pastikan anda membuat tabungan 20% daripada gaji diterima. Bukan apa, tabungan paksaan ini nanti boleh menjadi kesenangan buat anda di masa hadapan. Simpanan paksa ini juga boleh menyekat anda daripada membuat pembaziran dalam perkara-perkara yang tidak penting. jika anda boleh membuat simpanan paksa lebih daripada 20%, itu lebih baik!
Jadi, segalanya ada di tangan anda. Tak perlu turutkan sangat kata hati dan bimbang apa kata orang lain. majlis kecil-kecilan pun sudah cukup bermakna apatah lagi dikelilingi sahabat dan keluarga terdekat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!