Hari perkahwinan kini sudah hampir tiba. Segala persiapan dilakukan demi kelihatan sempurna. Begitu juga dengan soal penjagaan kecantikan bagi mempelai wanita. Apa yang penting adalah menjaganya dari dalam agar terserlah kecantikan sejatimu yang semulajadi.

  1. KATAKAN TIDAK KEPADA ROKOK!

Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembabkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.

  1. MEREMAJAKAN KULIT DARI DALAM

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buah-buahan dan sayuran mengandungi antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.

Ads
  1. PENGELUPASAN KULIT SECARA BERKALA

Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.

Ads
  1. GUNA PELEMBAP ANTIOKSIDAN YANG DIPERKAYA DENGAN VITAMIN

Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembab yang mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.

Ads
  1. BERSENAM TIGA KALI SEMINGGU

Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman. Perpeluhan menggalakan perembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI