Jodoh merupakan sesuatu yang perlu diusaha dan dicari. Jika anda menganggap jodoh hanya perlu menunggu, anda sebenarnya sudah salah mentafsir dalam hal berkaitan mencari jodoh. Kerana jodoh juga perlu di cari dengan usaha kita sendiri tanpa bantuan orang lain. Salah satu tempat yang sesuai bagi mencari jodoh ialah pada majlis kenduri kahwin saudara mara atau kawan-kawan anda.

Pada masa inilah biasanya, ramai kawan sekolah atau saudara mara anda akan berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain. Namun, banyak lagi tempat yang sesuai untuk anda memulakan langkah untuk berkenalan terlebih dahulu. Mari kita lihat antaran tempatnya.

1. Majlis Besar Atau Kenduri Kahwin

Nak Cari Jodoh Sesuai Cuba Tempat-Tempat Ini

Salah satu tempat yang sesuai bagi mencari jodoh ialah pada majlis kenduri kahwin saudara mara atau kawan-kawan anda. Pada masa inilah biasanya, ramai kawan sekolah atau saudara mara anda akan berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain. Bagi mereka yang masih bujang, gunakan peluang keemasan ini untuk ‘survey’ calon pasangan yang anda suka.

IKLAN

2. Organisasi Persatuan Atau Sukarelawan

Nak Cari Jodoh Sesuai Cuba Tempat-Tempat Ini

Selain itu, tempat yang sesuai untuk mencari jodoh juga adalah melalui medium persatuan, organisasi atau badan-badan sukarelawan. Apabila anda menyertai persatuan atau badan sukarelawan, anda pasti bertemu dan bergaul dengan banyak orang selain daripada ahli persatuan anda sendiri. Melalui persatuan biasanya ia lebih santai dan lebih mudah untuk kita berkenalan dengan orang lain.

IKLAN

3. Melalui Media Sosial

Nak Cari Jodoh Sesuai Cuba Tempat-Tempat Ini

IKLAN

Zaman sekarang merupakan zaman teknologi. Semua maklumat dan informasi hanya di hujung jari anda sahaja. Menggunakan teknologi untuk tujuan yang baik, ia boleh mendatangkan faedah dan keuntungan kepada pengguna. Sebaliknya jika menyalahgunakan teknologi yang disediakan, maka ia akan mendatangkan keburukan pula. Menggunakan media sosial membolehkan anda mengenali seseorang walaupun anda belum pernah bertemu dengannya. Mengenali ramai orang di media sosial akan meningkatkan kebarangkalian anda untuk mendapat jodoh. Namun perlu diingat, jangan sesekali memberikan maklumat peribadi anda kepada orang yang baru anda kenali. Ia mungkin akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hati-hati.

4. Portal Cari Jodoh Online

Nak Cari Jodoh Sesuai Cuba Tempat-Tempat Ini

Satu lagi tempat yang sesuai untuk mencari jodoh ialah dengan menggunakan portal cari jodoh online. Ia adalah tempat di mana berkumpulnya orang-orang yang mahu mencari jodoh. Ia lebih spesifik berbanding menggunakan media sosial. Ini kerana tujuan kewujudan portal ini dan orang yang menyertainya adalah jelas iaitu untuk bertemu jodoh.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI