Luka jahitan bersalin memang perlu dijaga dengan betul agar ia cepat sembuh sekaligus mengelakkan risiko ia terbuka semula. Bahagian Miss V juga akan kembali cantik. Sebab itu, mak-mak yang baru lepas bersalin dinasihatkan agar menitikberatkan pemakanan, kebersihan dan cara berjalan.
Jururawat terlatih ini, Noor Shafinah Mamat telah berkongsi cara sebenar untuk jaga luka bersalin, setelah jahitan pesakitnya terbuka pada hari ke 9 berpantang.
Ads
Ads
Ads
8 TIP PENJAGAAN LUKA BERSALIN
1. CUCI LUKA
Silalah baring. Lepas selesai mandi atau buang air, lap kering-kering guna tisu gulung atau tuala.
Kemudian, ambil masa baring dan anginkan luka sebelum letak ubat kuning dalam 5 minit.
Selepas letak ubat kuning, anginkan lagi 5 minit. Beli kipas kecil lebih senang untuk kita keringkan tempat luka.
2. BOTOL PENYEMBUR
Beli di kedai botol penyembur yang kecil. Isi ubat kuning. Sembur banyak, biar bahagian dalam lipatan jahitan itu pun kena.
Jika ubat kuning habis, boleh minta lagi di klinik kesihatan. Jika guna kapas, tekap perlahan-lahan. Tapi pastikan yang ubat kuning itu kena pada kawasan luka.
3. KURANGKAN BERJALAN, TAPI BOLEH BERSENAM
Jika perlu sangat untuk berjalan, tolonglah kepit betul-betul. Lagi rapat kepit, lagi cepat daging bercantum elok.
Senaman kegel pun menggalakkan peredaran darah ke tempat luka, luka lagi cepat sembuh.
4. TUKAR PAD SECARA KERAP
Kira dapat lagi selalu anginkan jahitan tu. Kalau anak meragam, buatlah kerap mana yang mampu.
Tapi jangan tunggu 5 hingga 6 jam, cepatlah melecet nanti. Lagi teruk, kuman membiak.
5. VITAMIN C, ZINC
AmbiL Vitamin C. Beli di farmasi ,asalkan kita cepat baik. Bagi yang boleh makan buah oren, lebih baik makan buah asli. Luka cepat kering.
6. AIR GARAM
Ada kata garam ini cepatkan benang reput, ada kata cepatkan cantum luka
Jadi, buatlah air garam sehari sekali. Air garam pun boleh dimasukkan dalam botol penyembur kemudian sembur sahaja selepas buang air. Kalau dapat berendam lagi bagus.
7. BUANG AIR-ELAK SEMBELIT
Minum air cukup, makan buah dan sayuran hijau.
Kalsium juga boleh mengelakkan sembelit. Jika susa minum susu, ambil OSTEOMATRIX kalsium . Sembelit memang akan kacau tempat jahitan tu, takut terbuka. Jangan teran-teran sangat ye.
Adalah menjadi fitrah manusia, suka memberi sesuatu kepada orang lain. Apabila dapat memberi, hatinya akan rasa bahagia. Demikian juga antara suami dan isteri. Suami yang dapat memberi kepada isterinya perhatian dan kasih sayang, akan rasa bahagia. Isteri yang dapat memberi layanan dan kasih sayang kepada suaminya, akan rasa bahagia.
Berikut ini antara tip-tip untuk seorang isteri memberi layanan kepada suaminya, agar hadirlah kegembiraan dan kebahagiaan dalam rumah tangga.
Sumber: [Ringkasan dari buku How to make your husband happy oleh Sheikh Mohammad Abdelhaleem Hamed (seorang sarjana Mesir)]
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun kadang-kadang ada pasang surutnya hubungan rumah tangga itu tapi percayalah suami kalau dia bahagia, dia akan menghargai anda lebih dari segala-galanya. Perkara yang jarang dia lakukan pun akan jadi perkara yang tak disangka oleh para isteri.
Namun begitu, si isteri jangan leka apabila tahu suami anda sedang bahagia. Hargai dan semaikan lagi hubungan itu agar kasih sayang tidak pudar. Jadikan dia keutamaan anda. Anda akan menjadi pasangan bahagia yang membuktikan pada dunia bahawa perkahwinan adalah kebahagiaan, tidak kiralah pada waktu senang mahupun susah.
Nak tahu suami bahagia atau tidak? Ini 11 tanda membuktikan yang suami anda confirm bahagia.
1. SELALU PELUK & CIUM
Apabila dia pulang dari tempat kerja, dia akan menghadiahkan anda sebuah ciuman. Ciuman itu bukanlah hanya sentuhan di pipi tetapi lebih intim. Anda boleh menafsirkan perbuatannya itu bahawa dia sangat gembira pulang ke rumah bertemu semula dengan anda.
2. RINGAN TULANG
Dia membantu anda menguruskan hal dalam rumah dan mahu meringankan beban anda. Dia dengan sukarela mengemas dan menguruskan rumah supaya rumah anda selesa didiami. Bukan itu sahaja, dia turut mendidik anak-anak untuk membuat perkara yang sama. Dia sedar bahawa tanggung jawab mendidik anak bukan terletak hanya di bahu isteri, tetapi juga di bahunya.
3. SELALU MEMUJI ISTERI
Dia suka memberi pujian pada anda. Dia memberi perhatian pada anda dan segala yang anda lakukan. Anda perasan dia memerhatikan anda, tetapi dia tak mampu menghentikannya kerana dia sangat mencintai anda. Dia tidak pernah jemu melihat anda tidak kira apa jua perubahan yang berlaku pada diri anda. Janganlah asyik menghamburkan kata-kata yang tidak sedap didengar seperti “Awak ni, makin gemuk pulak abang tengok”.
4. SENTIASA ‘CALL’, ‘SMS’ ATAU ‘WHATSAPP’
Apabila dia pergi untuk urusan perniagaan, dia akan menghubungi anda setiap hari dan memberitahu betapa rindunya dia pada anda. Ada juga suami yang baru sahaja sampai pejabat, akan terus membuat laporan, menghantar WhatsApp pada isteri, “Ayang, abang dah sampai”. Sehinggkan ada teman sepejabat kata dia kena queen-control.
Hakikatnya, apabila seorang suami betul-betul bahagia dengan rumah tangga, dia akan merindui isterinya dan ingin selalu bersamanya. Dia sangat setia pada anda dan anda juga tahu kebenarannya.
5. MENJADI SEORANG YANG PENENANG
Dia akan memeluk erat apabila anda menangis. Apabila anda berasa kecewa dan sakit hati sehingga menyebabkan air mata anda mengalir, dia ada untuk anda. Dia akan cuba sedaya upaya memahami apa yang anda lalui walaupun kadang-kadang tidak sesempurna mana.
6. PERKONGSIAN DARI HATI KE HATI
Ini antara tanda suami bahagia yang sangat jelas. Dia akan berkongsi cita-cita dan kesedihannya dengan anda. Senang cerita, selalu ada sesi pillow-talk.
Perkongsian ini bukanlah sesuatu yang mudah baginya kerana dia perlu memberitahu anda supaya anda boleh menyokongnya dan membantu membina keyakinan dalam dirinya. Apabila dia terbuka untuk berkongsi dengan anda mengenai perancangannya untuk kerjaya, dia mengharapkan anda mendengar dan memberikan sokongan. Dia tahu anda satu-satunya orang yang memahaminya. Rasa cintanya pada anda sangat mendalam dan cukup untuk membuatkan anda memahami dan mendengar curahan hatinya.
7. SELALU SEBUT ‘I LOVE YOU’
Dia akan memberitahu yang dia mencintai anda. Dia akan mengulanginya setiap hari dan anda juga akan membalasnya.
Selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, ada isteri yang akan mula merungut “Awak ni, tak cakap awak cintakan saya pun”; dan kemudiannya dibalas dengan “Eh, awak ni. Kan saya dah cakap masa kita kahwin awal-awal dulu. Tak cukup lagi ke?”. Itu bukanlah perangai seorang suami yang bahagia. Dia suka menyebut selalu kerana dia dapat merasai perasaan cinta tersebut dan dia tahu anda amat suka mendengar kata-kata tersebut.
8. TIDAK MARAH KALAU TAK ‘DAPAT’
Ada jenis suami yang apabila isteri period, dia hangin satu badan. Apabila isteri tidur dan apabila kejutkan tak bangun untuk ‘bersama’, pagi-pagi akan muncung muka.
Wahai suami, isteri bukan boleh menentukan bila periodnya akan datang. Kadang-kadang, isteri penat melakukan kerja rumah sampai tertidur. Bukannya tidak mahu melayan suami, cuma apabila penat sangat, apa pun tak sedar.
Bagaimana kalau pantang 100 hari? Boleh tahan?
9. TIDAK MALU PANGGIL AYANG ATAU SAYANG DEPAN ORANG RAMAI
Tanda suami bahagia ialah dia bersikap natural pada bila-bila masa. Ada suami yang control macho, tidak mahu tunjuk manja depan public. Ada yang panggil isteri dengan nama sahaja. Maka, suami yang panggil Ayang atau Sayang, atau apa-apa nama manja isteri tanpa rasa malu, itulah lelaki sebenar.
10. TIDAK MALU PEGANG TANGAN ISTERI DEPAN ORANG RAMAI
Kadang-kala kita nampak ada pasangan yang sudah tua tetapi masih lagi berpegangan tangan. Terus terdetik dalam hati, “Oh… sweetnyaaa….!”.
Ramai yang inginkan momen seperti itu. Ramai yang ingin kedut bersama-sama apabila menginjak usia tua.
11. SELALU AJAK SOLAT BERJEMAAH
Bila suami tidak ke masjid atau surau, dia akan ajak isteri solat bersama. Dia faham konsep jika solat berjemaah, dapat pahala 27 kali ganda. Oleh kerana sayangkan isteri, dia mahukan isteri mendapat pahala bersama-sama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nafkah untuk isteri? Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suami. Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.
Nafkah isteri merupakan wang yang khusus diberikan oleh suami kepada isterinya untuk digunakan bagi kepentingan peribadi isteri. Wang nafkah merupakan kewajiban suami untuk membahagiakan isteri.
Wang perbelanjaan rumah tangga merupakan kewajipan suami sebagai ketua rumah tangga bagi memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya agar kehidupan menjadi lebih sempurna. Persoalan ini turut diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus bagi memberi kepastian berkenaan soal nafkah.
Jika suami sudah sediakan makan minum, tempat tinggal, pakaian dan segala keperluan rumah, adakah suami perlu memberi duit setiap bulan kepada isteri?
Jika suami telah menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian dan tempat tinggal, maka dia telah dikira menunaikan nafkah isteri.
Jika isteri duduk di rumah tak buat kerja apa-apa, tak masak, tak basuh baju, makan order dari restoran saja, baju hantar dobi, dia tak kemas rumah, dia tak melahirkan anak, tak jaga anak, tapi dia hanya main Facebook siang malam 24 jam, maka tak perlu lagi beri duit belanja setiap bulan.
Tapi jika isterinya membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya, maka suami kena lah beri duit untuk isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu isteri minta baru nak beri, jadilah suami yang gentleman. Diakan isteri kita yang kita duduk tergila-gila sebelum akad nikah dulu. Jangan buat tak ingat pulak.
Jangan lupa, isteri juga yang mengandung sembilan bulan dan dia yang menggadai nyawa melahirkan anak kita dengan kesakitan yang amat sangat semasa nak keluar anak. Suami ada rasa sakit begitu? Tak ada. Yang adanya suami hanya duduk mundar-mandir saja di luar bilik bersalin, kadang-kadang siap mengorat nurse lagi.
Jadi, suami cuba fikirlah sama ada dengan memberi seribu ringgit sebulan untuk isteri itu cukup atau tidak berbanding dengan kesakitan dia melahirkan anak, kesusahan dia menjaga anak, beri susu anak, basuh berak anak, dan sebagainya.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...