Perkara utama yang paling menjadi keutamaan bakal ratu sehari ialah busana dan solekan yang akan dikenakan di hari bahagia. Ini merupakan dua aspek penting bagi bakal pengantin.
Solekan pengantin pada masa kini lebih kepada gaya solekan yang nampak natural. Warna-warna pastel dan bronze sangat diminati dan mendapat permintaan tinggi pada masa kini. Mainan warna-warna lembut mampu menaikkan aura seri pengantin. Akan tetapi mekap pengantin tidak terhad kepada warna-warna lembut sahaja.
Solekan yang keterlaluan dan tidak sesuai dengan majlis membuatkan raja sehari kurang yakin di atas pelamin sekaligus mengurangkan seri mereka di hari bahagia.
Jom kita lihat 5 tip mudah ini agar anda mendapat solekan yang cantik dan berseri!
RUANG YANG SELESA
Sediakan ruang yang selesa dari segi pengudaraan dan pencahayaan ketika proses solekan dilakukan. Pencahayaan amat penting untuk memastikan struktur wajah dan warna kulit dapat dilihat dengan jelas bagi menentukan bentuk kening, shading, warna foundation, eyeshadow, lipstik serta keseluruhan mekap bertepatan dengan kesesuaian wajah dan kulit masing-masing.
Ads
Manakala proses solekan pengantin kadangkala memakan masa sejam setengah sehingga dua jam menuntut ruang yang selesa dari segi pengudaraan bilik. Sekurang-kurangnya sediakan kipas angin ketika proses solekan dijalankan. Itu pun sudah memadai bagi keselesaan pengantin dan jurusolek
BERBINCANG DENGAN JURUSOLEK
Tidak menjadi kesalahan sekiranya pengantin berbincang atau nyatakan kehendak solekan yang disukai. Namun, anda juga harus tahu bahawa tidak semestinya setiap kehendak pengantin itu dapat diterima oleh jurusolek kerana jurusolek mungkin mempunyai pandangan yang lebih arif dalam menentukan solekan yang lebih sesuai dengan struktur wajah, warna kulit, warna persalinan serta tema majlis yang diadakan.
Jadi, seeloknya cubalah berbincang untuk mendapatkan hasil yang disenangi oleh kedua-dua pihak. Sekiranya anda yang telah memilih jurusolek tersebut, maka apa kata anda serahkan kepercayaan jurusolek yang dipilih untuk lakukan yang terbaik.
Isu ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang. Ada di antara pengantin tidak mahu keningnya di usik langsung atas sebab-sebab tertentu. Sebagai jurusolek profesional, biasanya sudah tentu mereka sentiasa menghormati dan menuruti kehendak anda dan tidak akan sesekali memaksa pelanggan.
Sebaik-baiknya minta pendapat daripada jurusolek anda tentang perkara ini kerana ada juga di antara anda yang telah memiliki kening yang cantik atau mudah dibentuk tanpa dicukur atau dibersihkan.
Ads
BERI MASA YANG CUKUP
Bagi masa yang secukupnya untuk jurusolek anda menyiapkan solekan anda sehingga ke sentuhan terakhir. Kadangkala ada di antara tetamu yang suka menakut-nakutkan pengantin dengan menggambarkan solekan yang dilakukan hodoh dan sebagainya, sedangkan proses solekan belum pun selesai sepenuhnya.
Perkara ini bukan sahaja akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan jurusolek malah boleh mengganggu emosi pengantin yang risau akan hasil solekannya nanti. Jadi, seeloknya sila pastikan hanya tetamu tertentu sahaja yang dibenarkan berada bersama pengantin ketika proses solekan di lakukan.
BERSEDIA
Pastikan juga anda telah bersedia untuk disolekkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Mandi, cuci muka, makan dan selesaikan perkara yang perlu sebelum mak andam atau jurusolek tiba kerana kebanyakannya lebih suka memulakan kerja mereka sebaik sahaja sampai atas sebab-sebab tuntutan kerja, komitmen atau urusan lain.
Memang mengasyikkan bila dapat makam buah tembikai terutama ketika cuaca panas. Terasa sejuk bila ‘lalu’ ditekak. Buah yang dikenali dengan nama saintifiknya citrullus lunatus ini mempunyai vitamin C yang tinggi, vitamin A dan banyak sebatian tumbuhan yang menyihatkan.
Buah tembikai bukan setakat menyegarkan tubuh tetapi juga baik untuk kesihatan. Secawan jus buah tembikai mengandungi hanya 46 kalori. Bagi mendapatkan khasiat tembikai, makanlah buah tembikai yang segar.
Jika mahu meminum jus yang dihasilkan daripada buah tembikai, jangan pula menambah pemanis atau gula ke dalamnya. Amalkan pengambilan buah tembikai dalam pemakanan seharian kerana banyak khasiatnya untuk tubuh.
Kredit foto: Pixabay
Melalui perkongsian Dr Suri Roowi banyak khasiat buah tembikai untuk kesihatan. Paling penting, buah tembikai juga elok diamalkan oleh kaum lelaki? Nak tahu apa kebaikannya pada kaum lelaki? Berikut penjelasan yang diberikan saintis ini.
MAKAN TEMBIKAI ATASI SAKIT BADAN DAN OTOT?
Meminum jus tembikai boleh memulihkan sakit otot selepas bekerja. Ini kerana tembikai boleh menambah air dalam badan dan kaya dengan asid amino L-citrulline.
Asid amino L-citrulline bertindak sebagai antioksidan. Bahan ini akan ditukarkan oleh badan kepada L-arginine, asid amino yang bantu kendurkan salur darah dan perbaiki peredaran darah.
Bahan ‘L-citrulline’ juga boleh bantu meningkatkan stamina ‘kekuatan’ lelaki dan ‘erectile function.’
Islam telah mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai peminpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak-anak.
Menjadi satu kewajipan untuk para suami melaksanakan tanggungjawab supaya rumah tangga lebih mantap dan kukuh. Dalam apa jua keadaan si suami akan terus menyokong isteri terutama dalam mencapai impian menjadi insan yang berjaya.
Berikut perkongsian Dr Malar tentang betapa pentingnya seorang wanita memilih calon suami. Ini kerana selepas berkahwin suami inilah nanti yang diharapkan sentiasa bersama anda dalam apa jua keadaan sama ada susah, dan senang.
Wanita berjaya hanya boleh ada dua JENIS SUAMI dalam hidupnya. Walaupun kita digelar gah, dan gagah dan tegas atau garang di hadapan seluruh dunia, tapi dengan seorang insan itu, kita menjadi manja, dan cair dan seakan akan baby.
Ini memang lumrah manusia, fitrah yang Tuhan ciptakan. Tak perlu rasa segan atau malu. Sebab itulah, pasangan hidup sangat penting. Dia adalah insan yang boleh menyokong kita mencipta kejayaan, atau dia juga boleh jadi insan yang memusnahkannya dalam sekelip mata.
Jadi kepada wanita-wanita di luar sana,
Pilihlah pasangan yang boleh pimpin anda ke arah kebaikan dan yang boleh teman anda mengejar impian.
Suami yang sentiasa menyokong isterinya membuatkan isteri lebih bersemangat untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik. Sama seperti lelaki, kejayaan seorang wanita itu di belakangnya ada seorang lelaki yang tidak pernah jemu-jemu memberi sokongan.