Sosial media memang sering menjadi tumpuan untuk mempamerkan kebahagiaan, harta benda dan macam-macam lagi. Itulah hakikat sekarang. Ramai juga yang murung kerana terlalu ingin menjadi seperti orang lain yang bermegah-megah dengan kebahagiaan dan kesenangan melalui sosial media.
Tip yang dikongsikan ini eloklah untuk diamalkan kerana cara hidup kita tak semuanya sama.
1. Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama.
2. Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun. Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari.
3. Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat “Kita tolong orang, suatu hari orang tolong kita”. JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas.
4. Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati. Suatu hari aku akan jadi macam dia.
5. Jangan mudah terasa hati. Nak merajuk. Tak ada orang peduli pun. Duk pendam buat apa. Hati sakit. Air mata habis. Buat apa yang kita happy.
6. Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang tak nak kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syarat.
7. Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Yang hang nak kalut sangat pasaipa. Nama pun social media. Lantak dialah nak boh gambaq kucing ka, rimau ka, penyu ka, ciken cop ka, laksa ka, nak pi jalan mana ka. Hang tak mau pi jalan duk diam sudah.
8. Tulis benda positif. Tulis pasal kita. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak suka, refer no 7. Jangan perli-perli. Hang ingat dia baca ka hang kata kat dia. Hang yang syok sendiri. Hang rasa lega sebab luah di medsos. Tapi orang nampak hang bodoh piang.
9. Utamakan keluarga. Depa yang akan susah senang dengan kita.
10. Ada duit buat cara ada duit. Kalau takdak duit jangan ikut cara orang ada duit. Sat lagi dia makan lamb chop hang makan megi perisa kari.
Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai juga. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 biji. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member.
Investment jadah apa namanya.
11. Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust dan sakit hati. Kalau kita tak berharap apa-apa, kita buat pun jadi seronok. Dapat rezeki. Tak dapat mampuih pi.
Insyaallah. Tenang dan gembira.
Kredit: Cikgu Zahran
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronok bukan main bila nak pindah rumah baru. Rezeki suami isteri ni sukar dijangka. Bila dah dapat apa yang dihajati, jangan lupa ucapkan syukur dan terima kasih kepada Allah. Tak kisahlah sama ada rumah baru itu rumah baharu atau second hand, dua-duanya tetap rumah yang akan jadi tempat tinggal kita sekeluarga.
Dalam keseronokkan rumah baharu, jangan lupa lakukan amalan-amalan ini. Ialah, kita nak masuk tempat baru, takkan nak main redah je kan? Biarlah ada adabnya…
AMALAN SEMASA PINDAH RUMAH BARU
Samada rumah sewa yang sudah lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap. Moga sharing ini memberi manfaat.
1. Azan Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah Secara Islam Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
💘Ikut panduan berikut👇 Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.
Masuk rumah baharu nanti, hiaslah kediaman berpandukan garis panduan agama kita. Mana elok, buatlah. Yang tak elok tu, tinggalkan sahaja.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa aktiviti paling best bila PKP ni? Mestilah ulang alik ke dapur untuk makan kan! tambahan pula satu keluarga ada di rumah, lagilah seronok untuk berebut makan bersama. Bila di rumah, snek adalah sesuatu yang sering di cari.
Inilah masanya pada isteri boleh hidangkan makanan kudapan paling enak untuk keluarga anda. Perkongsian Chef Sue M Arukin ini sangat mudah. Sekali buat, boleh habis sebalang! Tapi perlu diingat, bagi anda yang mempunyai alahan pada kacang kuda, jangan makan ya. Boleh cuba buat snek lain.
Ini resepi yang dikongsikan Chef Sue M Arukin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Taman tema air di Negeri Selangor telah mula beroperasi semula selaras kelonggaran dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bersedialah untuk membawa anak-anak anda bermandi-manda pada hujung minggu, atau nikmati keseronokan ini bersama rakan taulan anda.
Tentunya, taman tema air merupakan tarikan pelancongan yang digemari semua lapisan masyarakat tidak kira usia. Permainan gelongsor dan ombak buatan sememangnya tarikan yang sinonim dengan taman tema air. Akan tetapi, setiap taman tema air mempunyai keunikan yang tersendiri.
Hanya individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dibenarkan mengunjungi taman tema air di Negeri Selangor. Jom isi masa terluang anda bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu ini dengan mengunjungi taman tema air yang disenaraikan di bawah!
Siapa yang tidak tahu tentang Sunway Lagoon, teman tema air yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya? Sama seperti taman tema air yang lain, Sunway Lagoon juga dilengkapi dengan tarikan gelongsor pelbagai jenis yang sangat mengujakan. Antara tarikan popular di Sunway Lagoon yang sangat digemari para pengujung adalah Vuvuzela, Little Zimbabwe, Waterplexx 5D, Surf Beach dan banyak lagi!
Sempena pembukaan semula pada 7 Oktober 2021, Sunway Lagoon telah memperkenalkan aktiviti berkelah yang dinamakan “Camp Out! at Sunway Lagoon”. Jadi, rasai sendiri pengalaman bermalam di Sunway Lagoon yang pertama kali diperkenalkan ini!
Bangi Wonderland merupakan taman tema air yang dikelilingi oleh hutan rekreasi dengan keluasan 12 ekar. Lokasinya yang terletak di tengah antara Bandar Semenyih dan Bangi sememangnya sesuai bagi anda yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota. Bangi Wonderland menawarkan 14 permainan yang menyeronokkan, antaranya Anaconda Trail, Body Slide, Green Pearl dan banyak lagi!
Selain daripada cahaya lampu LED dan taman tema salji yang menjadi tarikan popular para pengunjung di i-City, Shah Alam, taman tema air di sini harus juga diberi perhatian kerana Waterworld i-City ini menawarkan aktiviti yang amat menarik dan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung! Jom cuba satu-satunya Tornado Ride yang terdapat di Asia Tenggara, yang mencabar keberanian anda dan tentunya menyeronokkan!
Wet World Water Parks Shah Alam ini sudah beroperasi sejak 1996 lagi! Ianya menjanjikan keseronokan kepada para pengunjung, lebih-lebih lagi pada si kecil. Antara tarikan popular yang anda boleh cuba cuba di sini ialah Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River dan Kiddy Typoon Lagoon.
Pilihan aktiviti yang ditawarkan di sini adalah sesuai untuk kanak-kanak, dan kebanyakan kolam di sini adalah berparas cetek. Jadi, anda boleh bawa anak anda ke Wet World Water Parks Shah Alam pada masa cuti nanti!
Taman tema air kerap kali dikunjungi secara berkumpulan atau beramai-ramai kerana kita tahu, “lebih ramai lebih meriah”. Tambahan pula, taman tema air merupakan hiburan yang dapat dinikmati tanpa mengira usia.
Menariknya lagi, sesetengah taman tema air turut menyediakan tempat penginapan sekiranya sehari tidak cukup untuk anda menikmati semua aktiviti yang ditawarkan. Debaran permainan gelongsor yang curam dan ketenangan kolam renang memberi penangan yang hebat kepada para pengunjung. Jangan ketinggalan untuk menikmati pengalaman taman tema air yang menakjubkan di Negeri Selangor ini!
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan kepada kita semua untuk berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, terutamanya ketika memasuki premis-premis di Negeri Selangor.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam...