
Alamak…lagi beberapa hari sahaja lagi majlis akad nikah. Tiba-tiba pula muncul jerawat sebutir ni. Nak tutup dengan make up nanti lambat sembuh dan berparut pula. Memanglah jerawat tak kelihatan tapi kulit akan jadi tak sihat!
Jangan risau. Ada jalan penyelesaian yang boleh anda cuba. Janganlah panic terlalu awal. Ada 5 bahan alami yang boleh anda gunakan. Semuanya ada di dapur. Rajin-rajin jengah dapur kalau nak cari alternatif semula jadi.
- Jus lemon
Perahan air jus lemon berbentuk acidic. Jadi ia sangat sesuai membunuh kuman dan mengecutkan jerawat. Caranya mudah sahaja. Perah jus lemon dan ambil bebola kapas. Celupkan sedikit jus lemon dan tekapkan pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Rasa sedikit pedih tapi tahanlah! Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan lebih cepat.
- Bawang putih
Potong bawang putih kepada dua dan tekapkan pada jerawat sehingga jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat. Jika anda tak suka bau bawang putih, mungkin kali ini anda terpaksa hadapinya sekejap sahaja!
- Pes serbuk kunyit
Ya, serbuk kunyit yang sering digunakan untuk dilumur pada ikan dan ayam goreng tu. Ambil sesudu serbuk kunyit dan titiskan sedikit air. Sapu pada jerawat beberapa minit. Ulangi sehingga jerawat hilang.
- Ubat gigi
Sebelum tidur, biasanya kita akan berus gigi dahulu kan? Kali ini, ada dua perkara yang perlu anda lakukan iaitu memberus gigi dan menyapu ubat gigi pada jerawat di wajah. biarkan semalam, dan bersihkan keesokannya hari.
- Ais
Ketulan ais juga boleh membantu mengecilkan jerawat. Jika anda hendak tahu, ketulan ais juga boleh membuatkan solekan tahan lebih lama. Sebelum disolek pada hari bahagia, sapu ketulan ais di seluruh wajah. sejuk…tapi anda tentu mahu kelihatan cantik kan?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isi Borang Nikah, Bakal Pengantin Kena Ikut Prosedur Yang Betul

#1 Isi Borang Kebenaran Berkahwin Secara Atas Talian: Layari [www.sppim.gov.my] dan klik menu “Benar Nikah Online” pada bahagian kanan laman sesawang tersebut.
#2 Daftar Sebagai Pendaftar Baharu: Daftar sebagai pemohon baru sebelum memohon. Langkah ini hanya perlu dilakukan seorang sama ada bakal pengantin lelaki atau perempuan. Permohonan kebenaran berkahwin boleh dibuat dalam masa 3 bulan sebelum tarikh nikah dan hendaklah dibuat jika:-
- Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
- Salah seorang pasangan dari negeri yang menggunakan SPPIM;
- Kedua-dua bakal mempelai dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi mahu buat akad nikah di negeri SPPIM.
#3 Hantar Borang: Pastikan borang online dah dicetak dan ditandatangan oleh imam masjid kariah dan ada cop untuk mengesahkan borang kebenaran nikah tu. Jangan lupa bawa sekali beberapa dokumen penting lain ke Pejabat Agama berserta borang online yang dah dicetak dan disahkan tadi. Perlu bayar RM15 seorang dan RM30 jika keduanya berasal dari negeri yang sama.
#4 Borang Kebenaran Untuk Bakal Pengantin Perempuan: Lepas seminggu, pihak lelaki boleh tuntut borang kebenaran tersebut dan beri pula pada pihak perempuan untuk isi (ini untuk pihak perempuan yang dari lain daerah). Kalau berasal dari daerah yang sama, boleh hantar terus kepada imam masjid kariah untuk pengesahan majlis akad nikah.
#5 Pasangan Berbeza Daerah: Jika pihak lelaki berasal dari negeri lain, pihak perempuan perlu bawa borang lelaki yang dah disahkan ke Pejabat Agama daerahnya dalam tempoh sebulan sebelum nikah.
Lepas seminggu boleh tuntut semula borang kebenaran nikah tu dan beri pada imam masjid kariah untuk akad nikah.
#6 Akad Nikah: Selepas selesai nikah, kadi atau imam akan beri surat perakuan nikah sementara. Pasangan WAJIB SEMAK kembali nama dan segala maklumat peribadi yang tertulis dalam surat perakuan nikah sementara tu sebab maklumat ni akan digunakan untuk buat sijil nikah nanti. BUAT sijil nikah di Pejabat Agama di daerah PEREMPUAN okay?
#7 Mohon Sijil Nikah: Bawa surat nikah sementara(asal dan fotostat), IC suami isteri dan IC wali. Lepas sebulan boleh tuntut.
#8 Mohon Kad Nikah: Bila dah dapat sijil boleh terus buat kad. Kena bayar RM40 untuk yuran proses kad nikah tersebut untuk dua orang (suami isteri). Sebelum pergi boleh semak dokumen apa yang perlu dibawa bersama semasa mohon kad nikah berkenaan.
Buat masa ni permohonan kebenaran berkahwin secara atas talian cuma ditawarkan untuk pasangan yang berada di negeri SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Bagi negeri yang lainnya perlu ke Pejabat Agama Daerah terdekat untuk buat permohonan kebenaran berkahwin secara manual.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cyst Boleh Jadi Antara Sebab Susah Hamil. Sebelum Berkahwin, Periksa Dulu Hal Ini.

Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovari wanita, yang mengandungi cecair sama ada cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak dan lendir.
Cyst bukan penyakit tetapi ia selalu dihidapi oleh golongan wanita muda. Selain itu, kehadiran cyst tidak memberikan sebarang simptom-simpton tertentu dah hanya diketahui apabila seseorang individu itu melakukan pemeriksaan ultrasound.
Meskipun cyst ini tidak berbahaya, tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan seperti sakit bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payu dara, rasa letih, masalah ketidaksuburan dan sakit kepala.
Baru-baru ini, Hariza Azmi berkongsi mengenai cyst dan menasihatkan golongan wanita tidak mengambil atau mengamalkan sebarang makanan tambahan yang dikhuatiri boleh menyebabkan ketumbuhan cyst.
TIGA tahun lepas, aku operate buang cyst. Selepas setahun, cyst tumbuh balik. So, buat checkup enam bulan sekali. Tupp aku stop pergi checkup, kononnya sihatlah.Okey, petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey, ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan doktor, macam kita sembang dengan kawan.Okey girls, dengar nasihat aku ini. Korang tak nak dengar, terpulanglah. Kalau sayangkan rahim tu, sila baca dan hadam.
- Jangan makan apa-apa suppliment termasuk pil putih, pil kecut jerawat dan apa-apa jenis suppliment. Never girls! Dalam badan kita dah ada estrogen (rasanya macam aku dengar estrogen). Makan lagi suppliment akan menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat, cyst ini asalnya dari hormon.
- Jangan minum soya, nasib baik aku bukan peminat soya.
- Kurangkan makan ayam kerana kebanyakan ayam ada cucuk estrogen itu. Itu doktor yang beritahu, bukan aku.
- Banyakkan makan ikan dan sayur, kecuali ikan parang.
- Amalkan pemakanan yang sihat
Tolong buat checkup sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Jangan kau berani beri alasan, “Alaaa malu laa. Kelau kena dengan doktor lelaki macam mana?”. Aku jawab, “Abah kau! Malu konon.”.
Dah memang realiti doktor OnG ini banyak lelaki, terima sajalah. Aku dari dulu doktor lelaki yang periksa. kau ingat tak malu? Tapi nak buat macam mana? Saya redha sajalah. Nasib tadi doktor perempuan yang check.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik bagai hatta ada kelulusan KKM sekalipun. Mudah sungguh orang kita percaya dengan benda itu, entah betul ke tidak. Ingat girls. Jangan menyesal. Bye roger dulu.
Sumber: Hariza Azmi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apakah Wang Milik Isteri Sahaja Hingga Tiada Hak Bagi Suami Untuk Menikmatinya? Baca Perkongsiaan Ini

Hari ini ramai isteri yang bekerja demi membantu suami menambahkan rezeki keluarga. Walaupun isteri bekerja dan mempunyai pendapatannya sendiri, wang atau harta isteri adalah milik peribadinya, malah tidak boleh dimanfaatkan kecuali dengan keredaan dan kerelaan isteri.
Tugas utama yang diamanahkan oleh Allah kepada setiap wanita adalah membesar dan mendidik anak-anak. Malah tiada seorang pun yang dapat menggantikan peranan kaum wanita dalam memikul tugas ini.
Di dalam Al-Quran turut membicarakan perihal wanita dalam pelbagai sisi kehidupan. Bermula dengan hak dan kewajipannya sehinggalah menyentuh tentang keistimewaan tokoh-tokoh wanita dalam sejarah Islam dan kemanusiaan.
Sungguhpun begitu, Islam tidak pernah melarang wanita untuk keluar bekerja membantu menambah rezeki keluarga. Mereka boleh memilih bidang apa sekalipun asalkan pekerjaannya itu ‘halal’, mendapat persetujuan suami dan tidak melanggar syariat.
Gaji atau pendapatan isteri ini sebenarnya boleh mempengaruhi suasana dalam keluarga. Gaji yang berkat ditambah dengan usaha dan bantuan yang ikhlas itu secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri.
Walau bagaimanapun, terdapat juga di kalangan suami yang sering mengambil kesempatan terhadap isterinya yang bekerja. Seolah-olah, suami dengan sengaja memanfaatkan pendapatan yang diperoleh oleh isteri, sehingga menimbulkan pelbagai perbalahan dalam rumah tangga.
Justeru, fenomena inilah yang sering kali mengundang pelbagai persoalan dan pertanyaan. Apakah wang itu milik isteri semata-mata sehingga tidak ada hak bagi suami untuk menikmatinya? Atau wang tersebut milik bersama?
Bergembiralah wahai Muslimah. Islam juga menyarankan agar kaum lelaki berbuat baik terhadap wanita.
Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Bertakwalah kalian dalam (memperlakukan) terhadap wanita.” (Riwayat Muslim)
Dalam Shahihain dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Hendaklah kalian memperhatikan kaum wanita dengan baik.” (Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Justeru, setiap wanita itu harus memahami bahawa di bawah naungan Islam, wanita bakal hidup dalam kemuliaan lagi berharga serta hak-haknya dilindungi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah baginya.
Nafkah Kewajipan Suami
Umumnya, wanita merupakan sebahagian masyarakat yang dijamin kehidupannya. Baik sebagai anak, isteri, ibu atau saudara perempuan. Sementara lelaki pula, mereka diberi tanggungjawab untuk melindungi kaum wanita, dan wanita itu sendiri tidak wajib untuk menanggung nafkah keluarga.
Begitu juga dengan wanita yang sudah berkeluarga, segala keperluan rumah dan anak-anak haruslah ditanggung oleh suami.
Dan ini merupakan salah satu bentuk penghormatan Islam terhadap kaum wanita.
Allah SWT telah berfirman:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita), dan kerana mereka (kaum lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka”. (Surah An Nisaa’: 34)
Seperti mana ‘mahar’, pendapatan isteri juga boleh dikategorikan sebagai hak mutlak isteri. Suami tidak mempunyai hak walau sedikit pun ke atas harta tersebut. Kelemahan fizikal atau statusnya sebagai isteri, tidak bererti suami boleh “merampas” hak miliknya, atau memanfaatkannya mengikut kemahuannya.
Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul Rahman al Jibrin pernah ditanya tentang hukum suami yang mengambil wang (harta) milik isterinya, untuk digabungkan dengan wangnya (suami).
Menjawab pertanyaan ini, Syaikh al Jibrin menyatakan, tidak dinafikan isteri lebih berhak dengan mahar dan harta yang dia miliki, baik melalui usaha yang dilakukan, hibah atau warisan. Ia adalah hartanya dan akan kekal menjadi miliknya. Dia yang paling berhak untuk melakukan apa saja dengan hartanya itu, tanpa ada campur tangan pihak lainnya.
Sepenuhnya Milik Isteri
Wang atau harta isteri adalah milik peribadinya, tidak boleh dimanfaatkan kecuali dengan keredaan dan kerelaannya. Setelah mendapat keredaan itu, barulah ia menjadi ‘halal’ bagi suaminya.
Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT:
“Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.” (Surah an Nisaa’: 4)
Ayat di atas, jelas ditujukan kepada para suami, bukan kepada para wali wanita.
Syaikh ‘Abdur Rahman as Sa’di di dalam tafsirnya menulis, ketika ramai orang (suami/lelaki) berbuat aniaya kepada kaum wanita dan merampas hak-hak mereka terutamanya mas kahwin yang dirasakan berat untuk diberikan kepada isteri, maka Allah memerintahkan para suami untuk tetap memberikan mahar tersebut kepada isteri.
Apabila para isteri mengizinkan bagi kalian (para suami) dengan reda dan kerelaan iaitu mengurangkan sebahagian daripadanya atau menunda atau digantikan dengan yang lain, maka tiada masalah bagi kalian (para suami).
Ada beberapa pertanyaan yang diajukan kepada Syaikh Bin Baz, antaranya:
“Saya telah menikahi seorang guru. Apakah saya berhak mengambil daripada gajinya dengan redanya untuk suatu keperluan, misalnya untuk meminta sebuah rumah?”
Beliau menjawab:
“Tiada masalah bagimu untuk mengambil gaji isterimu atas dasar redanya, jika dia seorang wanita rasyidah (berakal). Begitu juga dengan segala sesuatu yang diberikan kepada mu untuk membantumu, tiada masalah untuk engkau gunakan. Dengan catatan, ia rela dan dewasa.”
Tolak Ansur Suami Isteri
Hakikatnya, terdapat jalinan kasih sayang yang begitu utuh dan erat antara suami isteri. Namun, kemesraan ini tidak seharusnya berlandaskan kepada wang ringgit.
Ini kerana harga kemesraan dan keutuhan dalam rumah tangga itu tidak boleh diukur dengan harta benda dan wang semata. Sebaliknya kejujuran, kerjasama dan saling memahami merupakan resipi utama dalam kebahagiaan berkeluarga.
Andai kata suami itu seorang yang ‘cukup’ serba serbi, mungkin dia tidak akan tergamak untuk mengambil atau menggunakan harta isterinya. Begitu juga bagi seorang isteri, pasti dia tidak sanggup untuk meminta itu dan ini sekiranya suaminya seorang yang tidak bergaji besar.
Dalam keadaan ini, isteri sangat dianjurkan untuk membantu suami. Malah, rumah tangga akan terasa manis andai bantuan itu diberikan dengan hati yang benar-benar ikhlas dan reda.
Sebagaimana yang lakukan oleh Zainab, isteri Ibnu Mas’ud, menerusi Al Bukhari meriwayatkan hadis Abu Sa’id dalam Sahihnya, ia berkata:
“Dari Abu Sa’id al Khudri: …Zainab, isteri Ibnu Mas’ud datang meminta izin untuk bertemu. Ada yang memberitahu: “Wahai Rasulullah, ini adalah Zainab”. Baginda bertanya, “Zainab yang mana?” Maka ada yang menjawab: “(Zainab) isteri Ibnu Mas’ud”. Baginda menjawab lagi, “Baiklah. Izinkanlah dirinya”, maka dia (Zainab) berkata: “Wahai Nabi Allah. Hari ini engkau memerintahkan untuk bersedekah. Sedangkan aku mempunyai perhiasan dan ingin bersedekah. Namun Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa dirinya dan anaknya lebih berhak menerima sedekah ku.” Nabi bersabda, “Ibnu Mas’ud berkata benar. Suami dan anakmu lebih berhak menerima sedekahmu.”
Dalam lafaz lain, Nabi SAW menambahkan:
“Benar, ia mendapatkan dua pahala iaitu pahala menjalin tali kekerabatan dan pahala sedekah.”
Syaikh Abdul Qadir bin Syaibah al Hamd mengatakan, terdapat beberapa pengajaran melalui hadis di atas:
1. Dibolehkan bagi wanita bersedekah untuk suaminya yang miskin.
2. Suami adalah orang yang paling utama untuk menerima sedekah daripada isterinya berbanding orang lain.
3. Isteri dibolehkan bersedekah untuk anak-anaknya dan kaum kerabatnya yang tidak menjadi tanggungannya.
4. Sedekah isteri tersebut termasuk bentuk sedekah yang paling utama.
Maka oleh sebab itulah, bagi seorang isteri yang baik, akan dapat mengelola wang dan harta milik peribadinya secara bijak, membelanjakan pada hal-hal yang bermanfaat bagi dirinya di dunia dan akhirat serta tidak boros sehingga mendatangkan kerugian baginya.
Sumber: Majalah i
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI