Berkahwin juga membawa anda dan pasangan harus berkongsi tanggungjawab bersama dalam soal kewangan. Dengan rasa cinta di dada, mungkin segalanya anda terima.
Namun, tidak salah jika mengambil langkah berjaga-jaga untuk masa depan bersama yang lebih bahagia dan bebas beban kewangan.
Saranan kami, sebelum anda mengikat tali perkahwinan, tanyakan dahulu pada pasangan 10 soalan yang rasanya mampu mengubah perspektif kewangan anda nanti. Anda juga boleh merancang kewangan yang stabil untuk jangka masa panjang.
Yang penting, anda berdua harus bersikap terbuka ya!
1. Ada membuat pinjaman?
Jika ada, berapa banyak? Berapa lama tempoh pinjaman? Dengan mengenal pasti beban pinjaman yang anda berdua ada, anda boleh merancang pelan kewangan yang lebih efektif. Pinjaman ini termasuklah pinjaman peribadi, kereta, rumah, PTPTN dan sebagainya. Mulakan proses perbincangan dengan mengenal pasti cara terbaik untuk melangsaikan semua pinjaman, sama ada berkongsi bayar atau membayar sendiri.
Ads
2. Adakah sebarang pelaburan?
Jika ada, bagaimana cara anda berdua mengendalikannya apabila sudah berkahwin kelak. Adakah akan dijadikan pelaburan bersama dan apakah prosedur yang harus dilakukan? Bagaimana pula dengan keuntungan pelaburan? Walaupun dalam Islam, ia merupakan harta sepencarian, namun tidak salah jika perkara ini ditentukan terlebih dahulu supaya tidak ada ungkit mengungkit di kemudian hari. Apatah lagi, jika anda dan pasangan mempunyai sebarang masalah nanti.
3. Di mana kita nak tinggal?
Soalan ini nampak ringkas tetapi sangat penting untuk merancang kewangan anda. Jika anda sepakat untuk tinggal sendiri dengan pasangan, mungkin bajet bulanan tidak terlalu tinggi dan boleh dikongsi bersama. Namun, jika anda berdua akan tinggal bersama keluarga, berapakah sumbangan kewangan yang akan dikeluarkan bagi membantu keluarga seperti bayaran bil, belian barangan runcit dan sebagainya. Jika pasangan anda merupakan penyumbang tunggal, ini akan lebih membebankan dan perlu diberi perhatian serius. Secara amnya, jumlah bajet bulanan isi rumah yang perlu anda berdua keluarkan tidak harus melebihi 25 peratus daripada pendapatan bulanan.
4. Bagaimana cara kita kendalikan duit?
Anda dan pasangan perlu faham maksud ‘berkongsi’ dari segi jumlah pendapatan atau pembayaran bil yang ada. Cara yang terbaik adalah mewujudkan akaun bersama (walaupun jarang dipraktikkan di negara kita). Alternatif lain pula ialah mempunyai tiga akaun iaitu satu akaun bersama dan dua akaun individu. Akaun bersama untuk simpanan dan pembayaran bil/hutang yang dikongsi. Akaun individu pula tertakluk kepada hak peribadi masing-masing.
Ads
5. Bagaimana pula dengan insuran?
Semua insuran yang anda dan pasangan punyai seperti insuran nyawa, kereta, rumah dan apa sahaja perlu dikaji semula dan digabungkan untuk memastikan anda berdua mendapat manfaat dan faedah yang diperlukan untuk kehidupan selepas berkahwin.
6. Bagaimana pula dengan harta?
Walaupun Islam menetapkan akan harta sepencarian, tidak salah jika perkara ini ditetapkan sebelum berkahwin untuk kepentingan bersama.
7. Adakah bajet tertentu?
Mempunyai bajet bagi setiap perkara adalah satu perkara yang sangat bagus untuk diamalkan. Perancangan bajet yang baik terutamanya untuk majlis perkahwinan mampu mengelakkan anda dan pasangan daripada beban hutang selepas berkahwin. Selain itu, ia juga membantu anda untuk berjimat dan menyimpan untuk masa depan bersama.
Ads
8. Bagaimana pula selepas bersara?
Walaupun perkara ini masih jauh tetapi tidak salah sekiranya ditimbulkan dalam perancangan kewangan ini. Anda dan pasangan perlu merancang sama ada masih mahu bekerja atau menikmati sahaja persaraan tersebut. Ini membantu untuk anda menetapkan jumlah simpanan yang perlu ada sehingga saat anda bersara untuk menampung kehidupan, bil kesihatan dan sebagainya.
9. Status cukai?
Selalunya selepas berkahwin, akaun cukai anda dan pasangan akan digabungkan. Namun, tetapkan siapa yang perlu membayar cukai supaya anda dan pasangan mempunyai kelebihan dalam hal ini.
10. Perlukah perjanjian sebelum kahwin?
Perjanjian ini tidak diamalkan oleh pasangan Melayu. Perjanjian ini selalunya dilakukan oleh pasangan Barat untuk mengelakkan bebanan hutang kepada mana-mana pihak andai satu pihak mempunyai beban hutang/liabiliti melebihi pihak yang satu lagi terutamanya bagi pasangan yang kaya. Namun, perjanjian ini boleh dijadikan garis panduan untuk masa depan kewangan yang lebih sihat.
Kredit foto: Man Kajang
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri yang bahagia akan menjadi peneman yang baik untuk si suami mencari rezeki mahupun menjadi tempat melepaskan lelah setelah seharian mencari rezeki. Hasilnya, suami akan lebih bersemangat untuk mencari rezeki pada hari-hari mendatang.
Jadilah isteri yang mendatangkan rezeki kepada suaminya. Ini antara sifat-sifat yang boleh diamalkan oleh para isteri di luar sana. Barulah rezeki senang lekat.
Kredit: Tangkap Pictures
1. Isteri yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Tak kira dari segi apa sekalipun nikmat yang diterimanya. Duit mahupun rezeki makanan atau keluarga bahagia.
2. Isteri yang tawakal kepada Allah dengan setiap apa yang berlaku pada diri dan keluarganya.
3. Isteri yang banyak beristighfar.
4. Isteri yang suka silaturahim. Maksudnya menjaga hubungannya dengan allah mahupun sesama manusia.
5. Isteri yang suka bersedekah.
Kredit: outlook.photograph
6. Isteri yang bertaqwa.
7. Isteri yang baik agamanya. Sentiasa melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya.
9. Isteri yang selalu sunat dhuha.
10. Isteri yang taat pada suami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Undang-undang bila jadi isteri orang, perempuan melawa biar bersyarat! Tak berdosa tetapi ikut lah syariat. Tidak melebih dan jadi menjadi tarikan orang luar.
Bukan melawa dengan mekap tebal, bukan melawa dengan bau wangian yang menusuk hidung dan bukan melawa dengan pemakaian yang menarik perhatian.
Nak lebih jelas, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Syakirin ini…
Syarat Untuk Perempuan Melawa
Orang perempuan melawa, tak boleh sampai jadi tarikan, jadi tumpuan.
Kalau melawa sampai menarik pandangan ajnabi lain, maka melawa camni tak boleh dalam islam.
Sebab melawa orang perempuan especially yang dah berkahwin ni, kena untuk suami. Kalau untuk suami, kau rendam muka semalaman dalam tepung pun tak apa. Dan kalau untuk suami, kau rendam badan dalam softlan pun tak apa.
Yang itu boleh, yang tak boleh, ketika keluar dari rumah, melawa untuk orang luar.
Tapi zaman sekarang, kalau kita tegur bab melawa, kita ini ketinggalan zaman, tak up-to-date, dan mungkin dicop kolot.
Tak apalah nak kata apa pun, yang mampu untuk jaga, alhamdulillah dan tahniah. Sekurang-kurangnya kita sudah setel untuk diri kita.
Selebihnya, kita doa orang lain pun mampu jaga cara melawa depa ikut syariat yang telah ditetapkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukanlah sesuatu yang pelik apabila lelaki buncit menjadi pilihan wanita masa kerana mereka memiliki keistimewaan tersendiri. Malah tidak hairanlah juga lelaki buncit boleh membuatkan wanita lebih sayang.
Selama ini wanita selalu mengagumi lelaki bertubuh atlet dan sasa dengan perut six pack. Namun dalam kehidupan nyata, lelaki dengan perut six pack bukanlah pilihan kebanyakan wanita. Ini kerana wanita tidak begitu kisah tentang penampilan lelaki buncit kerana mereka tahu lelaki sebegini ada ciri-ciri yang mereka cari.
Oleh itu beruntunglah anda jika ada miliki pasangan buncit kerana mereka sebenarnya ada keistimewaan.
1. Mereka yang bersuamikan lelaki buncit sangat beruntung kerana anda boleh memeluk dia selamanya. Ke mana anda pergi tidak perlulah anda nak bawa bantal. Ini kerana lelaki buncit boleh anda jadikan bantal pada ketika diri anda keletihan. Stres apabila memikirkan hal kerja, lelaki buncit adalah bantal portable milik anda yang sentiasa menjadi kekasih abadi.
2. Di depannya kamu bebas makan apa saja yang anda suka, dia tidak akan pernah mengatakan anda gemuk. Ketika sedang makan berdua dengannya, anda boleh bebas makan apapun. Anda boleh menjadi diri sendiri tanpa harus menjaga imej aslimu seperti apa. Di depannya anda akan menjadi diri anda sendiri.
3. Jika menunggang motosikal, pelukanmu menjadi jauh lebih hangat. Rasa sayang anda juga menjadi lebih nikmat. Apalagi sambil memeluk pasangan yang buncit, kebahagiaanmu akan semakin bertambah. Pagi anda akan berbeza dari pagi biasanya. Ada jalan berlubang anda terus berpaut kepadanya, ada lampu merah kamu boleh memegang perutnya. Secara perlahan rasa sayang anda akan bertambah terhadap lelaki buncit ketika menunggang motosikal.
4. Biasanya mereka yang buncit adalah orang yang humor dan anda mampu tertawa setiap hari. Lelaki buncit punya sifat humor yang tinggi? Tidak perlu anda hendak membeli buku humor atau menonton standup comedy. Mereka pasti akan membuat harimu lebih bahagia. Seronok kan?
5. Walaupun berbadan besar, lelaki buncit adalah lelaki gentleman yang boleh melindungi diri anda daripada siapa pun yang mengganggu. Jangan salah, walaupun punya perut yang super besar, lelaki buncit adalah jenis lelaki yang gentleman. Dia tidak akan membiarkan diri anda disakiti dan diganggu oleh orang lain. Ada yang mengganggumu? Lapor saja kepada lelaki buncit. Ini kerana mereka tidak mahu pujaan hatinya terluka.
6. Bukannya tidak mahu lelaki perut berketak, tapi perut buncit jauh lebih seksi dibandingkan dengan perut berketak. Ramai yang mengatakan kalau perut berketak itu seksi? Oh tidak! Perut buncit lebih seksi dan lebih menarik untuk di tepuk. Perut berketak? Keras dan tidak ada dagingnya. Mana satu pilihan anda?
7. Di depannya postur badan anda akan menjadi lebih kecil dari badannya, anda akan merasa terlindung. Seronok kan?
8. Lelaki buncit lebih banyak berkorban untuk pasangannya dibanding dengan lelaki berperut ketak. Perhatikan setiap kali pasangannya tidak habis makan, si buncit inilah pasti rela menghabiskan bekas makanan pasangannya, kenapa? Kerana dia sayang dengan pasangannya dan tidak mahu dikatakan gemuk sama dengan orang lain.
9. Biasanya ciri-ciri lelaki sukses berperut buncit. Ramai di kalangan bos-bos yang mengetuai sesebuah industri rata-ratanya berperut buncit. Buncit merupakan lambang kebahagiaan dan kemakmuran. Jadi yang merasa buncit jangan kecil hati, masa depan kalian akan cemerlang seperti bos-bos perusahaan besar! Wow!
10. Bersuara indah dan berjiwa lembut, siapa lagi kalau bukan ciri lelaki berperut buncit. Lelaki buncit biasanya punya jiwa yang super lembut, tidak mudah menyakiti hati wanita dan sentiasa mendengar keluh kesah hati wanita. Dan satu hal lagi, lelaki buncit biasanya punya suara yang indah jika menyanyi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!