
Ada yang bakal kahwin dengan anak bongs uke? Mesti sepanjang kenal, korang dha Nampak perangai diorang ni sikit-sikit kan? Walaupun manja, tapi ada benda yang buat mereka ni tak suka bergantung pada orang lain tau. So, bersedialah buat mereka yang bakal berkahwin dengan anak bongsu ni dengan perangai pelik-pelik diorang ni.
- Jenis cepat merajuk tapi cepat sejuk
- Tak suka kena compare atau dibandingkan
- Boros tapi suka belanja orang
- Tak suka susahkan orang lain
- Agak susah nak faham diri dia
- Bila rasa kecewa, dia lebih suka pendam sendiri
- Selalu korbankan diri sendiri
- Suka ketawa dan ceria selalu
- Sifat yang sangat manja dan suka dimanjakan
- Kadang-kadang suka buat andaian sendiri
- Lemah dengan pengurusan duit
- Tidak suka mengeluh dan terima seadanya
- Jenis berani buat, berani tanggung

- Walaupun kurang matang tapi pandai berdikari sendiri
Kalau Cinta Tak Kesampaian, Jangan Frust Sampai Tak Mahu Cinta Lain. Anda Berharga Tau!

Buatmu yang saat ini menahan sakit kerana ditinggalkan, percayalah suatu saat nanti kamu akan menjadi yang paling berharga untuk orang lain, untuk dia pastinya akan menghargai dan menghormati kamu lebih dari sebelumnya ini.
Bersabarlah Atas Kepayahan Yang Kamu Rasa, Kerana Semua Itu Hanya Sebentar Saja
Semua yang kamu rasakan hanya sebentar saja, namun kamu jangan putus berdoa dan yakin dengan janji dan takdir yang Allah tentukan.
Kamu Harus Percaya Allah Maha Adil, Dia Akan Menggantikanmu Dengan Yang Lebih Baik
Kamu boleh merasa kecewa, tapi keyakinanmu kepada Allah harus lebih besar dari kekecewaan yang kamu hadapi.
Kamu harus percaya bahwa Allah maha adil, Allah maha tahu segala isi hati, dan Allah maha tahu segala yang pantas untukmu, kerana selepas ini Dia akan memberimu pasangan yang lebih baik.
Kamu harus selalu percaya kepada Allah dalam rasa sakit dan sedih yang kamu rasakan, bahawa Allah akan mempertemukanmu dengan yang lebih jujur.
Yang mampu menerimamu apa adanya, yang tidak hanya mendampingimu disaat bahagia, tapi disaat kamu paling tidak berdaya pun dia ada bersamamu.
Kamu tidak boleh putus asa, walaupun kamu rasa sakit itu seakan membuatmu hilang arah. Tetapi bagaimanapun kamu harus percaya, bahawa Allah akan memberimu pasangan yang akan lebih menghargaimu.
“Suami Tak Handsome Tak Apa, Janji Kaya…”Sila Tengok Dia Perangai Dulu!

Suami handsome atau kaya jatuh nombor dua bagi isteri, paling penting jangan perangai buruk. Sebaliknya suaminya yang baik perangainya, sentiasa mahu berubah dan rajin mencari rezeki adalah lelaki-lelaki yang dicari seorang isteri. Paling penting perangai jangan buruk, kalau kaya tapi perangai masyallah pasti hidup rumah tangga porak peranda. Apatah lagi suami jenis tak nak berubah perangai, lagilah makan hati berulam jantung.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan fahami yang dia cuba sampaikan ini.
“Suami Tak handsome tak apa, janji kaya…”
Orang perempuan ini, dia boleh bersuamikan lelaki yang tak kaya, tak handsome asalkan dia TAK BURUK PERANGAI…
Rupa paras ini, kejadian Allah SWT, memang fitrah macam itu, tak boleh nak ubah… Kaya dan miskin ini pula, rezeki masing-masing, bergantung kepada usaha…Perangai Buruk Tak Nak Berubah
Tapi kalau perangai buruk, tak nak ubah. Selepas itu, tak nak sedar, asyik rasa diri itu betul dan ok sentiasa, ego melangit. Maka tidak ada perempuan yang boleh tahan dengan lelaki yang ada perangai macam ini sebabnya, ianya adalah perkara dan sifat yang kita boleh kawal dengan sendirinya asal ada kemahuan…
Sebenarnya Perangai Boleh Berubah
Kita boleh berubah menjadi lebih baik lagi.Bagi yang telah berubah, tahniah… Isteri dapat memilih untuk terus kekal dengan suami yang sentiasa ada rasa hendak jadi lebih baik… Tapi bagi yang tak nak berubah, nak kekal dalam perangai buruk itu, maka kemungkinan untuk ditinggalkan itu tetap ada…
Suami Tak handsome tak apa, tak kaya pun tak apalah, asal perangai TAK BURUK…
Rupa paras, wang ringgit bukanlah keutamaan wanita mencari pendamping hidup. Bagi isteri, memadai suami menghormati dirinya, rajin berusaha mencari rezeki untuk keluarga dan baik perangainya. Lelaki begini barulah “mahal” di mata isteri. Betul tak?
Lima Tahun Pertama Perkahwinan, Fasa Yang MENCABAR Buat Pasangan Suami Isteri

Perkahwinan ibarat mengemudi kapal. Ada masa ia berjalan dengan lancar dan ada masa dilanda ombak. Jangan sangka hanya perkara yang indah sahaja akan terjadi dalam perkahwinan. Hakikatnya, banyak perkara yang akan kalian lalui bersama, sama ada susah atau senang.Mudah sahaja kita hampir putus asa bila segala persediaan kahwin kita mengalami dugaan dan rintangan yang memeningkan kepala. Lelaki ini kongsi, biasanya lima tahun pertama dugaan hebat betul. Dah lepas lima tahun kalau kau dan pasangan terselamat menghadapi cabaran hidup bersama, korang akan kekal bahagia.
Kau baru bina masjid tu, banyak lagi dugaan perkahwinan kau akan hadapi. Kalau kau tak bersedia dan kuat untuk hadapi cabaran, bahtera perkahwinan kau akan tenggelam di dasar lautan.
Biasanya lima tahun pertama dugaan hebat betul. Dah lepas lima tahun kalau kau dan pasangan terselamat menghadapi cabaran hidup bersama, korang akan kekal bahagia.
Antara panduan untuk membina keluarga bahagia adalah:
1. Kalau boleh solat bersama. Tak boleh lima waktu, solat Isya dan Subuh berjemaah okay lah. Biar sinar agama hadir dalam keluarga korang. Barulah setan nak hasut, nak fitnah macam-macam lari jauh-jauh.
2. Mendalami ilmu untuk jadi yang terbaik. Ilmu Tuhan ini luas. Belajar ilmu agama. Ilmu memasak, ilmu pengurusan kewangan dan sebagainya.
3. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa pasangan kita adalah yang terbaik ketentuan dan anugerah terindah daripada Tuhan.
4. Senyumlah apabila sampai ke rumah. Hal ehwal kerja letak tepi bila dah jejak kaki ke rumah. Masalah kerja jangan bawa masuk ke rumah.
5.Sentiasa berbual dengan pasangan setiap hari. Kalau gaduh pun berkomunikasi guna pen dan kertas pun tak apa. Gaduh manja tu perkara biasa. Tapi jangan gaduh lama-lama.
6. Telefon, mesej ataupun WhatsApp jika pasangan berjauhan dengan korang. Tanya la khabar ke dah makan ke. Alah, macam kau bercinta dulu-dulu. Masa bercinta sapa nak letak telefon dulu pun boleh gaduh.
7. Sentiasa hiburkan hati pasangan dengan lawak hambar korang. Bergurau senda. Kau tak kelakar pun takpe. Janji kau mampu buat si dia tersenyum. Setiap gurauan manja mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Amalkan makan bersama setiap hari. Makan sambil cerita apa yang dia dah buat hari ini. Secara tak langsung kau tahu masalah dia.
9. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Kau tak perlu jadi sado untuk menyapu rumah. Kau tak perlu ada six pack untuk kemas rumah. Tolong dia memasak pun okay. Jadi tukang kacau jadilah daripada duk main Facebook manjang.
10. Tegur kesilapan pasangan dengan cara terbaik. Beri nasihat secara berkasih sayang. Jangan tegur secara kasar.