
Rancang majlis bersejarah dan elakkan kos perbelanjaan yang besar. Perkara ini tidak mustahil dilakukan jika anda bijak untuk berjimat dan sudah ada sasaran. Harus diingatkan, majlis yang sempurna perlu diukur dengan kemampuan individu itu sendiri. Jangan sesekali terikut-ikut dengan nafsu hingga mendorong anda berbelanja besar tanpa menghiraukan jumlah wang yang akan dikeluarkan.
Pastikan anda mempunyai bajet dan jangan sesekali berhutang. Lelaki bernama Amir Syahir ini berkongsi panduan untuk anda yang bakal melangsung perkahwinan dengan cara sederhana tanpa berhutang! Pasti menjimatkan.
Panduan Bajet Kahwin Secara Sederhana
*****************************************
Cuti sekolah dah nak dekat. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.
Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar.
Jom baca panduan buat bajet kahwin yang sederhana. Antaranya;
***
1. Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
2. Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
3. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
4. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
5. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
6. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak saudara bahagia.
7. Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
8. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
9. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
10. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Kah!
Bukan Kecantikan Jadi Kayu Ukur Kebahagiaan, Tapi Suami Lebih Bahagia Jika Baik Akhlak Isterinya

Naluri Seorang Wanita Ni Cukup Kuat. Terdetik Sahaja Tentang Pasangan, Dada Akan Berdegup Kencang. Banyak pengajaran yang kita boleh pelajari dari kisah penuh kontroversi pasangan suami isteri yang berlaku baru-baru ini. Perkongsian pendapat daripada wanita ini, Puan Nurul Jannah yang juga merupakan seorang Peguambela & Peguamcara mengenai isu ini wajar dijadikan panduan buat kita.
1. Naluri Seorang Isteri
Naluri seorang isteri ni cukup kuat . Terdetik apa sahaja tentang suami, dada akan rasa berdegup kencang. Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami , sumbang langkah suami, selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu. Kalau suami tidak jujur, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri. Lambat laun isteri akan tahu juga. Kalau bukan esok lusa pun pasti masanya akan tiba.
Dan ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah, seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu terlebih dulu oleh suami. Ibaratnya, dua hati yang berbeza tapi saling bertaut. Hebat kuasa Allah. Tapi kadang2 isteri juga kena tau bezakan antara naluri dan hasutan syaitan. Sebab syaitan ni suka sangat ganggu emosi dan perasaan orang perempuan. Kalau terlalu berperasangka dan menuduh melulu , takut isteri akan jatuh derhaka. Mohonlah petunjuk dengan berdoa.
2. Jangan Fikir Negatif
Sebenarnya kan , kalau boleh jangan fikir lansung benda2 tak best macam ni. Jangan rasa takut orang akan kebas pasangan kita atau takut suami kita curang. Sebabnya, saya ada terbaca, Allah akan uji kita dengan benda yang kita takut .Sebab Allah nak tengok sejauh mana pergantungan dan keyakinan kita dengan Allah.
3. Selalu Berdoa Pada Allah
Mohon la pada Allah melalui doa. Allah takkan sia-siakan doa hambanya. Cubalah kita fikir, seluruh alam ni semua ada dalam genggaman tangan Allah. Kalau la Allah boleh pegang dan kawal benda yg ada di bumi dan di langit , takkan la Allah tak boleh pegang hati pasangan kita untuk tetap setia dengan kita kan. So, doa dan yakin sajalah supaya Allah jaga. Nak takut apa lagi kalau Allah yang jaga? Tapi kebahagiaan rumahtangga tu bila wujudnya rasa sakinah, mawaddah dan rahmah di antara suami isteri. Lagi ustaz cakap, cuba pergi Mahkamah Syariah. Kebanyakan yang bercerai semua yg cantik-cantik.
4. Maknanya apa?
Maknanya cantik ni bukanlah kunci utama kebahagiaan rumahtangga . Bukanlah kecantikan tidak penting langsung. Tapi nak tekankan ia bukan prioriti utama untuk kita bahagia . Berapa ramai yg cantik tapi menderita dalam rumahtangga . Bukan kecantikan yang menjadi kayu ukur kebahagiaan . Tapi suami lebih bahagia jika baik akhlak isterinya , hormat dirinya dan menjaga maruah suami dan isteri . Oleh itu jadilah isteri yang baik . Buatlah sehabis baik terhadap pasangan kita seolah2 dia akan mati meninggalkan kita esok hari .
5. Redha
Sebab tu bila kita buat baik dengan pasangan , jangan mengharapkan balasan dari dia . Sebab dia pun manusia , tak pernah sempurna. Dan kalau suami curang jangan sesekali kita mengungkit dan mempersoalkan kenapa dia masih tegar untuk mengkhianati kita setelah kita sudah menjadi yang terbaik untuk dirinya . Sebab hakikatnya hanya Allah yang berhak menilai semua kebaikan kita . Ustaz Ebit Lew selalu cakap , kalau Allah datangkan ujian , sebenarnya Allah nak kirimkan kebaikan buat kita. Jangan pulak tanya , apa kebaikannya ? Tak nampak pun ? Hati kita ni selalu dididik untuk nampak kebaikan tu dalam bentuk material dan duniawi saja. Kita lupa ada alam akhirat sana .Tak mustahil Allah nak bagi kebaikan di akhirat nanti . Mungkin dengan asbab kesabaran kita , Allah tulis nama kita dalam senarai ahli2 Syurga . Siapa tahu?
6. Lelaki yang curang bukanlah lelaki yang baik
Dah tu , kenapa nak simpan lagi barang tak elok ? Buat sakit dada . Semak . Kita let go sajalah . Move on lah . Masa ni singkat sangat kalau nak berebut nak bergaduh soal manusia . Sebab kita tak tahu bila ajal kita untuk mati .
7. Kalau tak nak rasa sakit
Selalu lah set mind yg suami kita tu bukanlah hak milik kekal kita. Allah hanya bagi pinjam untuk kita berkongsi kehidupan yg sementara. Mungkin selama-lamanya atau mungkin tak lama lagi, Allah akan ambik balik pasangan kita. Atau mungkin jodohnya dengan orang lain pula kan. Sakit tu memang lah sakit, tapi Allah dah aturkan semuanya. Siapa kita untuk menolak? Tiada daya pun kita nak melawan takdir.
8. Untuk yang pernah dikecewakan
Bersangka baiklah . Tapi jangan sesekali melupakan kebaikan pasangan. Janganlah disebabkan satu keburukan, kita lupa pasangan kita pernah bersusah payah untuk melengkapkan keinginan kita yg tak pernah cukup. Selalu ingat bahawa Allah tidak akan menjadikan sesuatu kejadian dengan sia-sia. Pasti ada pesanan yang ingin dikirim Allah kepada kita. Apa2 pun, kembalilah kepada Tuhan. Bentang sejadah, sujud, mohon doa dan taubat kepadaNya. Mungkin kita pernah meletakkan cinta kepada pasangan kita melebihi cinta kepada Allah. Ketahuilah sebenarnya Allah sangat cemburu jika kita meletakkan cinta manusia sebagai cinta paling agung. Mungkin sebab itu Allah menguji kita.
Sumber: Nurul Jannah
Rezeki Orang Yang Berkahwin Ni Lain Macam. No 3 Tu Memang Menjadi!

Semoga rezeki anda kian bertambah, terus diberkati dan dilimpahkan olehNya. Ingat kaya di dunia biarlah selari dengan amalan untuk bekalan ke akhirat. Di sini kami berikan 5 cara untuk menjadi kaya yang semua orang boleh praktikkan dalam kehidupan seharian.
1.Solat
Orang yang sentiasa menjaga solat dengan ikhlas, tawaduk dan khusyuk akan diberi jaminan rezeki oleh Allah.Jaga solat berjemaah dan awal waktu menjadi syarat utama mendapat limpahan rezeki dari Sang Pencipta.
Ayat Al-Quran berikut menjadi bukti bahawa solat adalah amalan yang mendatang rezeki kepada kita.
“ Suruhlah keluargamu untuk solat dan sabarlah dalam mengerjakannya.Kami tidak menuntut rezeki daripadamu.Kamilah yang memberi rezeki. Balasan yang baik akan diberikan kepada orang yang bertakwa” –ayat 132 Surah Thaha

.
2.Istighfar
Istighfar ialah memohon ampun kepada Allah atas dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan.Realiti istighfar mengakui salah diri sendiri dan berazam untuk tidak mengulangi lagi pada masa yang akan datang.
Lafaz istighfar bukan hanya pada mulut tetapi perlu dihayati ke dalam hati.
Rezeki kita terhalang akibat dosa.Sebab itu hilangkan dosa maka rezeki akan masuk dengan mudah dan senang.Malah orang yang Allah terima istighfar mereka, akan mendapat kekayaan dan kejayaan berlipat kali ganda.
Dalam ayat berikut cukup jelas mengambarkan istighfar boleh mendatangkan rezeki yang kita idamkan dalam hidup ini.
“ Maka aku katakan kepada mereka, mohon ampunlah kepada TuhanMu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu serta mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan ( pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai ” –ayat 10-12 Surah Nuh
3.Sedekah
Hanya mereka yang faham konsep sedekah sanggup melakukan amalan ini baik semasa dalam kekurangan maupun ketika lebihan rezeki.
Ada pula orang hanya bersedekah ketika dikurniakan rezeki lebih dan tidak kurang juga yang semakin sukar bersedekah walaupun sudah hidup senang. Itu terpulang kepada iman masing-masing.Sedekah bukan kewajipan sebagaimana zakat.Namun siapa yang bersedekah pasti mendapat balasan daripada Allah.
Ayat berikut boleh menjadi dalil untuk menyatakan apa sahaja yang disedekah akan diberi balasan.
“ Dan apa jua yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dia Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya.” –ayat 39 Surah Saba’
Sedekah juga sebenarnya amalan murah rezeki dan cepat kaya.
4.Takwa
Takwa adalah matlamat utama orang beriman.Sebab iman dan takwa mesti bergerak sejajar dalam minda dan pemikiran.Maksud termudah takwa ialah buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
Hanya dengan bertakwa maka rezeki akan mudah datang.Kedatangan pula mungkin dari tempat atau jalan yang kita tidak sangka-sangka.
Begitulah yang dinukilkan dalam ayat Al-Quran berikut.
“ Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka” –ayat 2-3 Surah al Talaq.
Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa surah ini adalah surah pembuka rezeki
5.Asmaul Husna
Hanya dengan menyebut nama Allah kita boleh menarik rezeki yang diingini.Bunyinya seperti kurang serius tetapi itulah realiti yang wajar dipercayai.
Asmaul Husna terdiri daripada 99 nama Allah yang sangat indah dan sangat sempurna.Ada yang menjadikan Asmaul Husna sebagai doa pembuka rezeki dan kekayaan
Namun sedar atau tidak, Asmaul Husna mempunyai fadilat yang tersendiri.Antaranya mendatangkan rezeki dan memudahkan doa pengamalnya diterima Allah.
Terdapat dalil yang cukup kuat berkaitan perkara ini seperti berikut.
“ Dan bagi Allah Asmaul Husna, maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut nama-Nya” –ayat 7, Surah al-A’raf

.
6.Bernikah
Bernikah adalah tuntutan agama bagi mereka yang mampu dan berkeinginan untuk berkeluarga.Membina keluarga yang sakinah, mauwadah wal rahmah jadi impian kebanyakkan orang.
Sungguhpun begitu masih ada yang meletakkan kemampuan kewangan dan harta benda untuk bernikah.Tidak sepatutnya begitu jika bersandarkan dalil Al-Quran berikut.
““Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” – Ayat 32 Surah An-Nuur
Lelaki Ini Kongsi Cabaran Mengahwini Seorang Jururawat

“Cabaran Mengahwini Seorang Jururawat”
bertolak ansur dan saling memahami antara kunci yg perlu ade bile ditakdirkan jodoh kita seorang nurse..
pada pengalaman saya mula2 kahwin cabaranya tak ada la besar sgt.. paling besar pun rasa PJJ je la..tidur dalam kereta..tido surau petronas..itu benda biasa..yg paling sedih masa isteri balik dari teluk intan ke klang..masa tu dia kerja di hospital klang..sedih sbb dia keguguran masa nk sampai kl..tak ada rezeki dpt anak awal..lepas pada tu alhamdulillah isteri dpt tukar hosital teluk intan..setahun kmudian baru la dpt cahaya mata yg pertama..antara cabaran yg lain saya nak kongsi:-
1.bila dah ada anak kecil, isteri kerja shif malam..yang ni sgt mencabar buat permulaan..dulu 3 mlm..sekarang dah pinda jadi 2 mlm je..rasa lega la sikit..suami kena bangun untuk buat susu anak 2 hingga 3 kali semalam.. pengalaman b’harga masa anak pertama tepaksa tidur dekat surau dalam wad sebab anak tak nak minum susu botol..terpaksa la uminya buat dua keje..kehulu ke hilir..start pada tu ajar ank tdo pakai buai..anak kdua pulak uminya terpaksa balik dari hospital time keje.. nasib la sister baik hati bagi…so jalan terbaik sebelum isteri start balik kerja lepas cuti 3 bulan, makesure training dulu tidurkan anak tanpa bantuan isteri..ajar guna botol susu awal2..(guna susu ibu ye…??lagi bab mencabar nak manage susu )
2. Kadang-kadang isteri jururawat ini dia mahukan perhatian suami untuk meluahkan perasaan dia apa yang berlaku di tempat kerjanya..kita sebagai seorang lelaki yang bernama suami kena jadi pendengar yang baik..walaupun kadangkala, ianya mungkin benda kecil…bukan masalah pesakit je dia akan cerita..masalah relatif lebih pada pesakit, masalah kawan,masalah dekat wad, masalah sister, matron, doktor, pengarah pun termasuk skali..sebagai suami dengar je la..jangan buat tak layan..lagi bertambah tension dia..bukan apa, dia sekadar meluahkan je..dengan cara tu je boleh buat hilang moody dia..tapi ingat jangan sampai membawang sudah..???
3. cuti tak sama..contoh kalau kita cuti sabtu ahad..memang jarang isteri akan cuti skali..kalau kita nak cuti sekali, pastikan kita beritahu awal sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal.. tu pun kalau tak ramai yang minta cuti..isteri pun kena faham jugak dgn kawan-kawan dia yang lain..jangan asyik dia je yang cuti..asal hujung minggu je dia yang cuti..asal cuti hujung minggu je mesti dia.. makesure bagitahu awal-awal , sebab jadual nurse keluar 2 minggu sekali..sebagai suami kenalah faham..jadi hujung minggu pun korang kena kerja jaga anak..dah jodoh dengan nurse kan..hihi
4. cuti time hari raya..samada raya puasa atau raya haji..kalau hari raya pertama isteri kerja pagi, kenalah hantar anak2 ke rumah saudara mara kita yang berdekatan supaya dapat sembahyang raya..Kalau jauh dari keluarga, suami kenalah jaga anak..takkan la suami dgn anak2 nak balik kampung..kesian la dekat isteri.. memang ikutkan suami nak bersama keluarga..kalau jarak kampung dekat mungkin tak ada masalah nak pergi balik..ni situasi kalau kampung jauh…thun ni alhamdulillah pengasuh jga anak..alhamdulillah syukur sangat dapat pengasuh yang baik hati..yang sangat memahami..
5.. Selalu ada isu negatif yg diviralkan oleh pihak tidak bertanggugjawab pasal jururawat..pantang ade silap sikit, terus nak viral.. Itulah yg sering perlu kita ingatkan pd isteri dan berikan dorongan supaya jgn rasa kecewa, marah atau geram; dan sentiasa bersabar. Anggaplah itu sbgai asam garam dlm kehidupan seorg jururawat.. biarlah mereka jd keyboard warrior..sebab mereka ta merasa..klau ikutkan tahun ni sahaja dah berapa ramai nurse dan doktor yang maut lepas balik kerja demi menunaikan amanah..yang baik org tak nampak..yg tahu viral, maki, bla bla bla..
6. isteri balik lewat..yg ni suami kena faham waktu bekerja seorang jururawat..dia tak kan sesekali balik ontime..kalau balik ontime memang tak ada pesakit sangat la tu dekat wad..tapi kebiasaannya jarang..sebulan skali pun susah..kalau isteri pergi kerja sendiri tak ada masalah..kalau suami perg hantar makesure tanya dulu nak sampai hospital pukul berapa..kalau tak jenuh menunggu..tambah-tambah lagi kalau ade kes pesakit meninggal time nak balik..nak tulis report lg..nak pass over lg..kena dapat kawan yang tak membantu alamatnya dengar la cerita terbaru nanti..hihi..kalau yg mengandung pula, dalam bujet 2018 najib cakap boleh balik awal satu jam..haha..tak ada maknanya untuk nurse..tambah satu jam lagi ada la..kalau boleh tak payah claim ot tak apa..ikhlaskan diri je…biar jadi saham dekat akhirat..tampung balik takut ade curi tulang ke..terbuat balik harta hospital ke..halal kan je la..
7.kesihatan..yg ni paling kena jaga skali..terutamanya isteri dgn anak-anak time balik kerja..terutamanya bila isteri jaga pesakit yg banyak kuman..yang bru lepas kemo..terutama kuman yg berbahaya..anak-anak biasa lepas uminya balik kerja mesti nak peluk umi..nak suruh dukung..nak menyusu badan..yg ni tugas suami jaga dulu anak-ana..alihkan perhatian anak-anak sampai isteri siap mandi..rendam baju kotor..kalau boleh basuh terus..sebab anak-anak antibodi tak kuat..jd nak dapat penyakit tu senang…
Bagi yang bakal berkahwin dengan jururawat, kalau tidak boleh berkorban, baik lupakan..carilah yang lain..??
yg berkongsi pengalaman
Akmal Ramli suami kepada Staff Nurse Siti Khadijah
???
#nurse
#isterikunurse
#bersambung
#part1
Kredit : FB Akhi Akmal