Bila sudah ada jodoh di depan mata, tentulah kita teruja untuk melangsungkan perkahwinan. Tetapi bakal pengantin selalu silap dalam soal membuat simpanan. Kebanyakkan bakal pengantin akan menyimpan untuk majlis perkahwinan dan bukannya untuk kehidupan selepas berkahwin. Betul tak?
Cuba bayangkan, anda dan pasangan beriya-iya mengumpul wang dan semuanya habis digunakan untuk sebuah majlis perkahwinan. Selepas majlis, apa pula yang tinggal untuk meneruskan kehidupan berkeluarga? Sebenarnya, PKP ini juga boleh dilihat dari sisi positif. Selain mengelakkan penularan wabak, majlis perkahwinan yang hanya terhad kepada beberapa orang tetamu ini boleh menjimatkan wang.
Ini antara cara untuk anda mengumpul duit:
Tetapkan matlamat
Sebelum mula menabung, fikirkan apakah matlamat anda. Dengan matlamat itu, anda akan mendapat motivasi untuk meneruskan niat membuat tabungan. Tanya diri sendiri berapa yang anda boleh buat tabungan setiap bulan atau atau setiap hari. Pastikan ia cukup untuk mencapai matlamat yang diperlukan.
Ads
2. Menabung bersama
Kehidupan berkahwin melibatkan dua individu iaitu anda dan pasangan. Jadi, pilihlah untuk mempunyai tabungan bersama. Maksudnya di sini, masing-masing mempunyai tabung untuk mengumpul duit. Tak perlulah untuk memiliki akaun bank bersama. Cukup sekadar anda dan pasangan tahu bagaimana menguruskan duit dan membuat simpanan untuk hari bahagia anda.
Sekiranya anda memilih untuk majlis yang memorable, bolehlah ‘laburkan’ sedikit wang untuk merealisasikan impian itu. tetapi jangan ‘kacau’ tabungan yang sudah dibuat.
3. Penjimatan
Ads
Kalau dilihat semula, perbelanjaan bulanan kita biasanya lebih kepada kehendak. Kita selalu menggunakan alasan ‘self reward’ untuk mendapatkan barangan yang mahal-mahal. Dan ada banyak kehendak lain bila kita mula nampak ada jualan murah. Alasannya, ‘bila lagi akan ada sale’.
Demi mengumpul duit, anda perlu bijak untuk tahu apa yang penting dan apa yang tidak. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu terutamanya untuk membeli baju. Fesyen sentiasa berubah dan anda akan sentiasa ‘terikat’ untuk berada dalam trend. Lebih baik berjimat supaya satu hari nanti anda boleh gunakan untuk memiliki apa yang anda mahu. Atau, tetapkan bajet bulanan untuk baju. Mungkin RM50 sebulan?
4. Jangan buat pinjaman
Adalah satu kesalahan besar sekiranya anda membuat pinjaman untuk perkahwinan. Memang mudah untuk mendapat kelulusan tetapi anda akan terikat untuk membuat bayaran balik untuk jangka masa panjang. Ikutlah kemampuan diri dan jangan membazir. Tak ada salahnya membuat majlis kecil-kecilan. Bukan orang luar akan bantu anda untuk bayar balik pinjaman itu nanti.
Ads
Untuk barang hantaran, beli barangan yang tak berjenama pun tak apa. Sekarang kan trend gubahan hantaran di dalam kotak. Tak ada siapa pun yang akan sibuk-sibuk untuk melihat isi kandungan barang hantaran itu nanti.
5. Simpanan ‘terpaksa’
Pastikan anda membuat tabungan 20% daripada gaji diterima. Bukan apa, tabungan paksaan ini nanti boleh menjadi kesenangan buat anda di masa hadapan. Simpanan paksa ini juga boleh menyekat anda daripada membuat pembaziran dalam perkara-perkara yang tidak penting. jika anda boleh membuat simpanan paksa lebih daripada 20%, itu lebih baik!
Jadi, segalanya ada di tangan anda. Tak perlu turutkan sangat kata hati dan bimbang apa kata orang lain. majlis kecil-kecilan pun sudah cukup bermakna apatah lagi dikelilingi sahabat dan keluarga terdekat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkahwinan adalah satu ibadat. Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga perlulah memahami antara satu sama lain. Selain itu, bertolak ansur dan bertimbang rasa. Asam garam rumah tangga, perbalahan mesti akan terjadi, kerana itu anda haruslah bijak mengawal perasaan anda terhadap suami dan isteri.
Di antara tanda-tanda kebesaran Allah dijadikan perkahwinan untuk memastikan kesinambungan zuriat manusia secara halal mengikut syarak dan lahir rasa mawaddah warahmah di antara suami dan isteri. Berikut ialah 8 tips untuk mendapatkan rumahtangga yang dilimpahi barakah.
1) Jangan tinggal solat fardhu
Solat merupakan tiang agama dalam kehidupan sebagai umat Islam. Jika anda tidak melakukannya, maka runtuhlah agama itu. Jika kita menjaga solat umpama kita menjaga seluruh kehidupan kita.
2) Solat berjemaah dengan isteri dan anak.
Sesekali cubalah kita menunaikan solat berjemaah bersama keluarga. Barulah rumah tangga kita lebih bahagia kerana ini dapat mengeratkan antara satu sama lain. Begitu juga dengan kehidupan kita, Ayah yang menjadi pemimpin dan arah panduan dalam keluarga, isteri dan anak-anak perlu taat kepada ketua selagi ia tidak bercangah dalam syariat Islam.
3) Sumber pendapatan yang Halal
Sebagai ketua keluarga, pencarian kerja yang halal merupakan perkara wajib dalam Islam. Jika pekerjaan kita bukan dari sumber pencarian yang halal, maka seluruh keluarga yang dapat dari duit sumber tersebut akan menjadi haram.
4) Tidak membangga diri
Jangan terlalu membangga diri akan pencapaian dan harta yang diperolehi di dunia ini. Hal ini kerana semuanya merupakan pinjaman dan pemberian nikmat dari Allah. Sentiasa merendah diri dan berasa syukur atas nikmat dan rezeki yang telah diberikan oleh Allah Taala.
5) Mudahkan urusan orang lain
Mempermudahkan urusan orang lain dan jangan mempersulitkan. Allah suka hambanya yang sentiasa berusaha menolong saudaranya yang sedang dalam kesusahan.
6) Jaga dan taat kepada ibu bapa
Jaga ibu bapa dan membalas jasa budi mereka selagi mereka berada di dunia. Jangan buat mereka rasa tersinggung atau kecil hati dari perangai atau kata-kata yang keluar dari mulut kita. Sentiasa berusaha menggembirakan mereka dan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dahulu.
7) Selalu bersedekah
Amalkan bersedekah kerana orang yang bersedekah rezekinya akan bertambah dan dapat membersihkan hartanya serta membantu orang lain. Allah sangat suka akan hambanya yang suka bersedekah walaupun hanya sedekahkan senyuman.
Sumber : kahwinlife
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semenjak awal kejadian manusia di atas muka bumi ini, hubungan manusia dan sihir sudah pun terbentuk. Ia lazimnya berpunca kerana dengki, cemburu, cinta atau sebagainya dengan bantuan perantara iaitu jin. Meskipun kita hidup dalam zaman yang serba moden, tidak bermakna akan terlepas daripada menjadi mangsa sihir akibat perbuatan hasad orang lain.
Malah kadangkala, kita tak sangka ‘disihir’ pun hinggalah berlaku perkara-perkara ganjil atau penyakit misteri yang tak diketahui puncanya.
Tanda-Tanda Disihir
Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja.
Mimpi yang menakutkan.
Sakit dada dan resah menjelang senja.
Sakit di dalam perut bagaikan dipulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai ditusuk di perut.
Mula nampak alam ghaib.
Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya.
Menghidapi penyakit yang tidak diketahui puncanya oleh doktor.
Terdengar suara-suara yang memanggil namanya.
Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.
Jika mengalami tanda-tanda di atas, apa yang akan anda lakukan? Jangan putus asa berikhtiar. Selain berubat dengan kaedah perawatan Islam, sebenarnya ada beberapa petua yang boleh diamalkan sendiri di rumah.
Perkongsian daripada Datin Amie Dato’ Radzuan sewaktu menghadiri Kelas Tafsir Al-Quran oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahraa ini baik untuk diamalkan bagi merawat penyakit akibat hasad mata, disihir, gangguan serta apa-apa penyakit yang sukar dirawat atau tiada penawarnya.
Cara-cara Merawat Sakit Hasad Dengki atau Disihir:
(a) Ambil sebekas air zamzam atau air biasa, isikan dalam satu jag besar dan bacakan ayat-ayat di bawah:
(b) Baca semua ayat di atas, tiup ke dalam air dan minum sedikit. Selebihnya curah ditubuh seperti mandi
(c) Amalkan pada waktu Subuh, Zohor dan Maghrib selama tiga hari berturut-turut. Bacaan ayat-ayat hendaklah dibuat pada setiap waktu yang disebutkan di atas.
(d) Tuan empunya badan mesti buat untuk diri sendiri dan dalam keadaan suci daripada hadas.
(e) Untuk anak kecil/bayi atau yang hilang ingatan, paling baik kalau dibuat oleh ibunya sendiri untuk mereka.
Ulang rawatan hingga sembuh dari disihir dan jangan berputus asa dengan Allah. InsyaAllah berdoa dan berikhtiarlah agar mendapat kesembuhan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang kita terfikir, kenapa doa kita tidak dimakbulkan. Lepas tu mulalah kita buruk sangka kepada Allah. Padahal kita sendiri masih ada banyak kekhilafannya. Untuk berdoa, kita perlulah jaga adab.
Saat beribadat dan solat khususnya, abdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Mencari khusyuk bukan mudah tetapi tak salah jika kita belajar. Selepas solat, ambillah masa untuk memohon doa kepada Allah kerana Allah sentiasa mendengar dan melihat apa yang kita lakukan. Selalunya kita nak cepat habiskan solat untuk meneruskan kerja yang tak pernah habis. Betul tak?
Terlalu banyak perkara yang ingin dipohon daripada Allah tetapi adakah cara kita berdoa sudah cukup sempurna untuk kita meminta-minta kepadaNya? Jom baca tips ini mudah-mudahan ada yang ingin memperbetulkan cara berdoa.
Tip 1
Sebelum mula berdoa, pujilah Allah SWT. Perbanyakkan zikir puji-pujian.
Tip 2
Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Tip 3
Pohonlah hajat yang diingini. Jika boleh, biarlah hajt itu berbentuk umum.
Tip 4
Berdoalah dengan doa-doa yang dibaca oleh Nabi Muhammad. Belek Al-Quran dan pilih doa yang terbaik. Kalau boleh, janganlah baca doa yang sama sahaja.
Tip 5
Bila berdoa, tutup dengan penutup yang baik. Berselawatlah kepada Nabi Muhammad SAW.
Tip 6
Jangan letak tangan di bawah. Angkat tangan setentang muka atau angkat lebih tinggi dari muka (untuk lelaki). Tangan terangkat dan muka mendongak.
Tip 7
Jangan berdoa sambil lewa. Tunjukkan kesungguhan saat menyampaikan doa.
Tip 8
Berdoa selepas solat adalah yang terbaik. Jangan tinggalkan peluang berdoa saat selesai solat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!