Sebelum anda buat keputusan untuk berkahwin yang pastinya adalah satu keputusan besar yang bakal mempengaruhi seluruh hidup anda. Pastikan pasangan anda boleh beri jawapan yang baik dan sesuai dengan keperluan anda sebagai seorang individu dan bakal menjadi suami atau isteri.

Ada beberapa soalan yang perlu anda tanyakan pada bakal pasangan hidup anda yang mungkin boleh menentukan sama anda dia sesuai atau tidak dengan anda. Jangan abaikan kepentingan soalan-soalan ini kalau anda tidak mahu menyesal di kemudian hari kelak.

Berikut 7 soalan yang perlu anda tanyakan kepada bakal pasangan hidup anda :

1. Di mana kita akan tinggal selepas kahwin nanti?

Ramai orang anggap hal ini tidak penting. Selagi belum mampu, apa salahnya tinggal dengan keluargakan? Tetapi realitinya, banyak masalah lain pula yang akan datang bila anda tinggal serumah dengan keluarga, sama ada keluarga sendiri atau keluarga sebelah mertua. Kita semua adalah individu yang berlainan jadi ada masanya anda akan rasa tidak selesa. Begitu pula ada masanya keluarga anda yang rasa tidak selesa. Jadi, lebih baik tinggal berjauhan tetapi saling sayang dan rindu daripada tinggal serumah tapi asyik terasa hati saja!

IKLAN

Nak Kahwin, Tapi Banyak Benda Orang Bujang Fikirkan Yang Orang Tua Kita Tak Tahu

2. Bila ada anak, siapa akan menjaga anak nanti?

Anak memang tanggungjawab bersama, jadi sama-samalah kena jaga. Maksud sebenar soalan ini adalah adakah anda akan hantar anak kepada pengasuh atau ibu bapa? Kalau ibu bapa, ibu bapa anda atau ibu bapa pasangan anda? Sanggupkah mereka? Cukup sihatkah mereka? Kalau bukan, adakah si dia harap anda akan berhenti kerja satu hari nanti demi membesarkan keluarga? Sanggupkan anda lepaskan cita-cita, gaji dan karier anda? Semua ini kena fikirkan dan dipersetujui dari awal!

3. Bagaimana kita akan uruskan perbelanjaan keluarga?

Dalam keluarga Islam, tanggungjawab kewangan adalah tanggungjawab suami. Tetapi pada zaman sekarang ini, tidak semua lelaki mempunyai pendapat yang sama. Ada yang mengharapkan isteri sama-sama bekerja untuk membantu menanggung belanja isi rumah selagi pendapatan suami belum cukup. Ada yang berpendapat, isteri memang patut tanggung belanja bersama sebab isteri pun bekerja macam suami jadi kena pandai berdikari. Dan ada pula isteri yang berlebihan dalam meletakkan tanggungjawab itu pada suami sampai membebankan suami dengan perabot mahal, baju raya 7 pasang, makan di restoran mewah dan sebagainya. Bawalah bincang sampai mencapai kata sepakat.

IKLAN

4. Apa tanggungjawab seorang suami dan apa pula tanggungjawab seorang isteri?

Sama dengan dua soalan sebelum ini, yang ini pun boleh cetuskan pergaduhan kalau tidak dibincangkan sejak awal. Cuba bayangkan kalau anda berdua hanya asyik bercinta dan berangan saja. Selepas kahwin, baru anda tahu yang isteri anda jenis pemalas nak memasak dan sebenarnya dia harapkan anda yang akan selalu beli sebab pada dia menyediakan makanan adalah tanggungjawab suami. Bila baru kahwin memang semuanya nampak indah dan semua masalah jadi kecil, tapi selepas kahwin 10 tahun dan anda sering bergaduh, perkara sekecil inilah yang akan selalu diungkitkan. Hati-hati ya!

Nak Kahwin, Tapi Banyak Benda Orang Bujang Fikirkan Yang Orang Tua Kita Tak Tahu

IKLAN

5. Siapa yang buat keputusan dalam perkahwinan kita?

Ramai orang akan kata ‘suamikan ketua keluarga!’, tetapi lama-lama bergaduh sebab suami selalu guna kuasa veto dan isteri rasa dirinya tak penting pun sebab pendapatnya tak pernah membawa apa-apa kesan pada suami. Dalam hidup berumah tangga, suami dan isteri perlu saling menghormati. Suami jadi ketua keluarga sebab lelaki selalunya kurang emosi. Tetapi suami yang bijak perlu tahu kawal emosi isteri dan membuat isteri rasa dirinya dihargai.

6. Bagaimana cara terbaik didik anak-anak kita nanti?

Jangan hanyut dengan angan-angan bila tanya soalan ini nanti. Hakikatnya, ramai pasangan yang bergaduh sebab tak setuju tentang apa yang terbaik untuk anak-anak mereka seperti; sekolah kebangsaan atau sekolah swasta? Sekolah kemahiran atau sekolah agama? Ada orang yang rasa memang patut bekerja keras dan berhabis duit untuk hantar anak ke sekolah yang dirasakan terbaik, tetapi ada juga yang yang rasa sekolah biasa pun sudah memadai. Selain itu, bincangkan juga bagaimana anda patut ajar anak-anak tentang agama dan bagaimana nak capai matlamat sebuah keluarga idaman.

7. Ada apa-apa isu kesihatan yang patut diketahui?

Kalau sudah cinta, selalunya tak apa. Tetapi sebelum anda berjanji setia, fikirkan dulu realitinya. Kalau si dia ada penyakit yang tak dapat disembuhkan, sanggupkah anda menjaganya sampai bila-bila? Kalau sakit kronik, sanggup bangun tengah malam untuk lapkan muntahnya? Sanggup sentiasa berjaga untuk bawa dia ke hospital? Sanggup bekerja seorang diri demi menanggung kos perubatan si dia? Kalau anda sudah fikirkan sedalam-dalamnya dan anda rasa sanggup, nah, silakan. Tetapi perbincangan awal itu tetap perlu supaya anda tak menyesal dan tak timbul isu lain di kemudian hari.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI