Bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan syabas di ucapkan, dan bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi tidak cukup bajet jangan risau anda boleh mula menyimpan dari sekarang.
Anda cuma perlu beberapa tips penting sahaja sebelum melangkah ke alam perkahwinan agar semuanya berjalan lancar.
Mula lebih awal
Kepada pasangan muda diluar sana yang sudah bertemu jodoh, anda dinasihatkan untuk mencatat dahulu perbelanjaan anda setiap bulan. Kalau boleh sediakan satu buku nota untuk anda senaraikan keperluan perbelanjaan penting setiap bulan. Buku nota lebih memudahkan anda untuk mengira dan mengesan bajet bulanan anda kerana segalanya telah tercatit.
Ads
Perempuan juga perlu bertanggungjawab
Bila cakap saja mengenai simpan duit untuk kahwin, mesti ramai yang menunding jari ke arah lelaki. Sebenarnya tidaklah hanya lelaki sahaja yang bekerja keras untuk mencari duit, perempuan juga perlu memainkan peranan. Kerana duit yang di kumpul ini akan digunakan bersama, bukankah itu lebih bagus? Jangan bebankan hanya pada sebelah pihak sahaja.
Kerja ‘Part time’
Untuk anda yang mahukan pendapatan sampingan boleh lah buat kerja part time untuk membantu sedikit sebanyak kos perbelanjaan anda untuk persiapan kahwin. Walaupun untungnya tidak besar, sekurang-kurangnya ada juga duit lebih untuk ditambah ke dalam tabung simpanan kahwin anda.
Ads
Ikut Kemampuan
Sesebuah majlis perkahwinan itu seharusnya tidak dari segi lokasinya, pelamin atau sebagainya.Biarlah majlis itu diadakan bersederhana asalkan meriah kerana dapat bertemu rakan-rakan dan saudara mara yang jauh. Ya betul, tidak salah untuk anda impikan majlis anda seperti puteri raja, tapi jika kemampuan anda setakat itu maka biarlah ia kena dengan bajet anda.
Ads
Tahan Nafsu
Perempuan dan shopping memang tidak dapat di pisahkan lagi-lagi bila berjalan di mall dan lihat perkataan SALE besar-besaran. Mahu jadi gila ya, sebab itu anda perlu tahan sedikit nafsu untuk menyimpan pada majlis anda yang akan datang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap perkahwinan pasti mengimpikan kemanisan kasih sayang yang berpanjangan dalam rumah tangga. Membina kebahagiaan itu umpama menanam sepohon pokok kerana ia memerlukan benih, baja, air dan cahaya yang dipupuk dengan kasih sayang, tanggungjawab, konsisten dan kesabaran.
Bagi mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan itu, suami isteri haruslah memainkan peranan bersama. Amalan-amalan ini bukan sahaja boleh dipraktikkan oleh pasangan yang baharu berkahwin tetapi juga boleh diamalkan oleh pasangan lama yang ingin memupukkan kembali rasa cinta dan kasih sayang bak pengantin baru.
1. Luahkan kata cinta terhadap pasangan setiap hari
Amalan meluahkan kata-kata cinta, sayang dan puji-pujian kepada pasangan setiap hari boleh merubah perasaan pasangan yang suram kepada hari yang indah dan penuh bermakna. Kata-kata ini akan membuatkan pasangan akan rasa lebih dihargai dan bertuah kerana memiliki anda sebagai teman hidup. Jangan segan mengungkapkan kata maaf jika anda melakukan kesalahan dan sentiasalah memaafkan pasangan jika dia pula yang bersalah terhadap anda.
2. Perlu saling lengkap-melengkapi
Alam rumah tangga menuntut suami isteri untuk memberikan komitmen sepenuhnya dan berkongsi hidup dalam pelbagai aspek. Tanamkan dalam diri bahawa perkahwinan yang bahagia hanya boleh dicapai jika anda saling melengkapi hidup pasangan anda. Anda berdua haruslah saling membantu jika pasangan mempunyai masalah, selain cuba mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dalam diri pasangan anda dengan sebaiknya.
3. Jauhi sikap suka mengungkit
Untuk mengekalkan kasih sayang, sikap ungkit-mengungkit haruslah dielakkan. Jika sebelum ini anda pernah memberi pasangan anda sesuatu atau membantunya dia, jangan sesekali mengungkit tentang perkara tersebut terutamanya apabila anda berdua bertengkar. Cara ini menunjukkan yang anda tidak ikhlas dalam memberi bantuan atau barangan tersebut kepada pasangan. Jika sikap ini berterusan boleh membuatkan cinta dan kasih sayang pasangan anda menjadi pudar terhadap anda.
4. Isteri tidur beralaskan lengan suami
Para isteri haruslah mengenepikan bantal-bantal anda dan tidurlah beralaskan lengan suami bermula malam ini. Ini kerana hormon bau phero yang dirembeskan dari ketiak suami dikatakan boleh mengaktifkan hormon isteri hingga isteri berasa tenang dan relaks. Malah pelukan suami akan menerbitkan kasih sayang serta hormat pada suami.
5. Cium tangan, kucup dahi dan peluk
Jadikan amalan mencium tangan suami ketika suami hendak keluar dari rumah sebagai tanda bahawa restu suami amatlah berharga. Selepas isteri mencium tangan suami, suami pula haruslah membalasnya dengan mengucup dahi isteri dan memeluk isteri. Tindakan ini akan membuatkan isteri rasa lebih dihargai dan dengan sendirinya akan terbit kasih sayang itu dari hati yang ikhlas, selain mengeratkan lagi kasih sayang anda berdua. Malah kajian membuktikan bahawa sentuhan kulit boleh mewujudkan jalinan yang lebih erat kerana tubuh merembeskan hormon oxytocin.
6. Sentiasa amalkan mandi bersama
Amalan suami isteri yang sering mandi bersama sememangnya cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri kerana ia dapat mengukuhkan lagi rasa kasih antara anda berdua, apatah lagi apabila adanya sentuhan saat anda menggosok dan menjirus tubuh badan pasangan. Malah amalan ini juga menjadi amalan Rasulullah SAW dalam memelihara kerukunan rumah tangga.
7. Solat berjemaah bersama
Sememangnya banyak ganjaran pahala yang boleh diperoleh apabila suami isteri solat berjemaah bersama. Ia akan mengeratkan kasih sayang, apatah isteri akan mengaminkan doa suami dan kemudian anda berdua akan saling bersalaman serta memohon maaf.
8. Sering lakukan kerja rumah bersama
Suami tidak boleh mengabaikan urusan kerja rumah dan hanya mengharapkan isteri melakukan urusan kerja rumah seorang diri. Sebaik-baiknya, bantulah meringankan bebanan isteri di rumah. Apabila anda berdua melakukan urusan kerja rumah bersama, bukan sahaja kerja rumah akan lebih cepat selesai malah anda berdua juga boleh gunakan masa ini dengan bergurau senda dan mengeratkan kasih sayang.
9. Sentiasa ada komunikasi dua hala
Sebuah hubungan rumah tangga dikatakan gagal apabila tiada komunikasi dua hala antara suami isteri. Jika masing-masing memendam rasa tentang permasalahan rumah tangga dan tidak meluahkan apa yang terbuku di hati, masalah tidak akan selesai dan tiada penghujungnya. Oleh itu, pentingnya komunikasi dua hala agar anda berdua boleh berbincang dengan tenang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Antara perkara yang perlu dibuat oleh bakal pengantin sebaik telah menetapkan majlis perkahwinan ialah memilih pakej perkahwinan yang terbaik mengikut kemampuan. Buatlah pilihan yang tepat dan buat perbandingan sebelum membuat keputusan.
Tip memilih pakej perkahwinan terbaik
Cari maklumat dan buat rujukan- sebelum membuat survey sebaiknya pengantin sudah mempunyai pengetahuan tentang apa yang diperlukan semasa majlis perkahwinan. Anda boleh mendapat maklumat dengan berkunjung ke pameran pengantin, majalah , internet, saudara mara dan kenalan.
Tengok kualiti pakej yang ditawarkan- Penting untuk anda melihat kualiti, apakah wang yang dilaburkan setimpal dengan pakej yang ditawarkan. Pilih ikut kemampuan walaupun cantik tetapi mahal , jangan sampai pembaziran di kemudian hari. Masih ada pakej yang sederhana dan cantik serta berkualiti yang boleh bakal pengantin pilih.
Pastikan butik tersebut berpengalaman dalam bidang perkahwinan dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
Jangan buat bayaran pada orang tengah, bayar sendiri di butik dan dapatkan bukti pembayaran bagi mengelak dari tertipu.
Elak dari membuat tempahan pakej dengan butik yang jauh dari tempat tinggal anda terutama yang melibatkan pelamin, khemah dan katering. Ia bagi mengelakkan dari sebarang masalah yang tidak diingini seperti kelewatan dan sebagainya.
Pastikan rekaan pelamin dan baju dari butik itu sendiri kerana ada juga butik yang mengambil dari butik lain. Ini bagi memastikan baju dan pelamin dapat disiapkan seperti masa yang dijanjikan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa kajian telah membuktikan bahawa wanita yang berusia lebih penyayang, mengambil berat tentang pasangan, pandai mengambil hati serta daya pemikiran mereka lebih matang.
Selain itu wanita yang berusia juga mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan akan lebih tenang jika berhadapan dengan sebarang konflik, berdasarkan pengalaman hidup yang lebih banyak daripada suaminya.
Berikut adalah tip mengekalkan kemesraan dan kasih sayang isteri yang lebih usia dariada suami. Diharapkan ia dapat membantu mereka yang mempunyai suami jauh lebih muda, selain rasa bimbang rumah tangga anda berdua tidak kekal lama.
1. Apabila sudah dijodohkan dengan lelaki yang lebih muda, terimalah dengan reda hati dan anggap itu jodoh yang telah Allah tentukan.
2. Umur bukan faktor kebahagiaan rumah tangga. Sentiasa berdoa agar rumah tangga kekal dan hormat suami walaupun usia suami jauh lebih muda. Sikap saling hormat menghormati akan membuatkan rumah tangga lebih bahagia.
3. Ingatlah jika lelaki sudah memilih wanita yang lebih tua daripadanya ini bermakna lelaki itu sangat mencintai wanita berkenaan kerana dalam ramai gadis-gadis muda, dia memutuskan untuk memilih wanita yang lebih tua. Pasti ada keistimewaan wanita berkenaan! Jadi jika sudah dijodohkan dengan lelaki muda, hargailah pengorbanan lelaki muda berkenaan dan terima dia dengan hati yang terbuka.
4. Wanita yang berkahwin dengan lelaki muda, mestilah menjaga penampilan diri dengan baik.
5. Lelaki ada ego sendiri, walaupun mereka itu lebih muda, mereka mahu membimbing isteri dan menjadi ketua rumah tangga yang baik. Isteri mestilah sentiasa menghormati suami sebagai ketua keluarga dan sentiasa memberi semangat serta setia pada suami. Dengan cara ini rumah tangga dapat dilayari dengan keadaan yang aman dan bahagia.
6. Lelaki sangat suka isteri yang penyayang, biasanya wanita yang berusia lebih bijak mengawal emosi mereka, matang dan sentiasa memanjakan suami. Lelaki lazimnya suka isteri yang bersifat keibuan yang boleh memenuhi kemanjaan tersembunyi dalam diri mereka.
7. Mendapat suami yang muda memang banyak cabarannya. Sebagai isteri mereka perlu sentiasa bersabar dan sentiasa menasihatkan suami dengan cara yang paling baik dan lemah lembut. Melalui pengalaman hidup Isteri yang lebih tua pada suami dapat meleraikan konflik dengan baik kerana mereka telah terlebih dahulu lalui kehidupan ini.
8. Wanita yang bersuami muda mesti selalu berfikiran positif dan jangan buruk sangka dengan suami muda. Elakkan rasa cemburu pada suami. Ada kalanya suami mereka yang muda lebih matang dan sangat tinggi ilmu agama yang dimiliki. Mereka ini bukan sahaja boleh membimbing isteri malah dapat membantu isteri dan membahagiakan hati isteri dengan tingkah laku mereka yang baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...