Mungkin pada zaman sekarang kita jarang mendengar pasangan yang mendirikan rumah tangga tanpa menjalin kasih terlebih dahulu. Istilah “couple” sering kita dengar di kalangan remaja dimana ia adalah tempoh untuk mengenali pasangan dan seterusnya membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya.
Namun, dalam islam tiada istilah “couple” dan perkara tersebut dilarang sama sekali kerana ia boleh membawa kepada perkara maksiat atau perkara yang dilarang dalam islam. Namun Islam menyediakan sebuah proses perkenalan menuju pernikahan iaitu mengenali calon pasangan hidup, melalui proses yang sering disebut taaruf.
Persoalannya, bolehkan cinta muncul dalam taaruf yang begitu singkat ini? Hanya memandang sudah mampu membuatkan seseorang jatuh cinta? Apa yang harus diungkapkan kepada calon pasangan ketika taaruf? Untuk mengenali calon pasangan hidup dengan lebih mendalam, jom kita lihat 4 cara kenali bakal pasangan hidup tanpa perlu bercinta!
1. HARAPAN DAN PRINSIP HIDUP
Warna kehidupan kelak ditentukan dengan visi dan misi suatu keluarga. Terutama si suami kerana dia adalah qowwam dalam suatu keluarga. Sebagai pemimpin dia laksana nakhoda sebuah bahtera. Oleh itu, setiap calon pasangan harus mengetahui harapan dan prinsip hidup masing-masing.
Pertanyaan tidak harus diiringi dengan kata-kata sedemikian rupa seperti, “Jika awak menjadi isteri saya nanti, harapan saya semoga kita semakin dekat kepada Allah“, atau, “Jika awak menjadi isteri saya nanti, mari bersama mewujudkan keluarga sakinah, rahmah dan mawaddah.“
Ads
Kita boleh menggunakan bahasa yang lebih verbal, seperti, “Apa yang kamu rancang bila sudah berkahwin nanti“. Bahasa ini lebih sopan dan tidak menunjukkan harapan terlebih dahulu. Segalanya masih banyak kemungkinan.
2. KEADAAN KELUARGA
“Pilihlah calon suami / isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat” -Hadis Riwayat Abu Daud
Ads
Jelaskanlah kepada calon pasangan tentang anggota keluarga masing-masing. Misalnya tentang berapa jumlah saudara kandung kita, anak ke berapa, bagaimana tahap pendidikan, pekerjaan dan lain-lain. Perkara ini untuk melengkapkan informasi mengenai calon pasangan kita. Dari informasi ini anda boleh mengetahui siapakah calon-calon pasangan hidup anda. Bagaimanakah latar belakang keluarganya dan perkara-perkara lain yang penting untuk anda ketahui.
3. KETAKWAAN PASANGAN
Ketakwaan disini bermaksud ketaatan kepada Allah. Ini kerana, apabila seorang lelaki itu senang, dia akan menghormati isterinya, dan jika dia tidak menyenanginya, dia tidak akan berbuat zalim kepadanya. Tetapi bagaimana caranya menilai lelaki itu bertakwa atau tidak?
Ads
Tanyakan kepada orang-orang yang dekat dengan dirinya, misalnya sahabat, saudara atau sahabatnya tentang ketaatannya menjalankan ketentuan yang telah menjadi rukun Iman dan Islam dengan jujur. Contoh ketaatan misalnya tentang solat 5 waktu, puasa Ramadhan, atau pula bagaimana sikapnya kepada jiran tetangga atau orang yang lebih tua, dan lain-lain.
Apatah lagi bila lelaki itu juga rajin melakukan ibadah sunat, nampaknya tidak perlu ditawar-tawar lagi untuk dipilih menjadi pasangan hidup.
4. PERKARA YANG DISUKAI DAN TIDAK DISUKAI
Dari awal sebaiknya dijelaskan apa yang disukai, atau apa yang kurang disukai. Sehingga nanti pada saat telah menjalani kehidupan berumahtangga dapat saling memahami, kerana telah dijelaskan dari awalnya. Dalam pelayaran bahtera rumah tangga perlu saling mengerti. Contoh paling mudah, isteri yang suka masakan pedas, sesekali masakannya janganlah terlalu pedas, kerana suaminya kurang suka.
Suami yang memang tidak suka berkemas kerana lama menjadi bujang, setelah berkahwin mungkin boleh belajar lebih kemas. Semua ini menjadi mudah dilakukan kerana telah dijelaskan dalam taaruf. Namun harus diingat bahawa perkahwinan itu bukan untuk merubah pasangan. Namun ia juga bukan untuk terus bersikap seolah-olah belum berkahwin.
Perubahan sikap dan keperibadian dalam tahap tertentu adalah sangat wajar. Juga hendaknya perubahan yang terjadi adalah natural, dan tidak saling memaksa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tabiat makan yang tak berkhasiat sejak kecil boleh menjadi punca kepada masalah kerosakan rahim di kalangan wanita pada usia muda. Bahkan menurut Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat, hari ini semakin ramai wanita yang menderita sakit akibat kerosakan rahim di usia muda.
Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga semua wanita hendaklah tahu tentang kewujudan pelbagai penyakit yang mungkin boleh menyerang mereka serta cara-cara penjagaan kesihatan diri agar terhindar daripada Kerosakan Rahim Di Usia Muda.
.
1.Penyakit tumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanita umur 40-an. Zaman sekarang dalam umur 20-an tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.
2.Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut sering didahului dengan penyakit endometriosis. Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim. Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan. Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
.
3.Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkan anak tanpa gangguan. Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain. Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.
4. Kedua-dua jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anak perempuan ada risiko. Berwaspada!
5. Jika Anak-Anak Gadis Mengalami Senggugut, Gangguan Perdarahan Dan Edaran Haid, Elok Buat Ultrasound Scan Perut Untuk Kesan Masalah Peranakkan Dan Ambil Langkah-Langkah Awal Untuk Mengawal Dan Mencegah kerosakan rahim.
6. Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi.
Penting sangat makanan-makanan yang berzat dan berkhasiat. Paksa makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kawal dan cegah makanan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis, merengit atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.
Kesan buruk ialah kegemukkan anak dan kelemahan immunity anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai penyakit.
MARI KITA AMALKAN TABIAT MAKAN YANG TERBAIK. MULAKAN DARI ANAK-ANAK KECIL.
Sebuah majlis perkahwinan yang dihadiri oleh tetamu VIP merupakan suatu kehormatan tinggi bagi anda sebagai tuan rumah yang menyelenggarakan majlis perkahwinan tersebut. Jika biasanya tetamu undangan di dominasi oleh keluarga besar dan sahabat handai, maka ketika hari bahagia anda kedatangan tetamu VIP tentu pasti anda perlu merainya dengan baik. Sebagai tanda penghargaan terhadap kesudian mereka untuk datang, keselesaan mereka sepanjang berada di majlis tersebut haruslah dijaga. Tempatkanlah mereka secara khusus dan eksklusif. Bagaimana caranya agar tetamu VIP ini selesa? Usah panik, ikut langkah berikut agar majlis berlangsung dengan sukses.
Berikan tempat duduk khas
Jika majlis perkahwinan dihadiri oleh tetamu VIP dengan konsep standing parti maka berilah ruang atau tempat khusus secara terpisah untuk menjamu tetamu VIP agar keselesaan mereka terjamin. Jangan lupa untuk membuat sitting table yang telah didekorasi semanis mungkin, sehingga tetamu VIP dapat duduk santai menikmati majlis perkahwinan anda. Jumlah undangan VIP biasanya terbatas, maka dari itu kerusi yang diperlukan pun juga sedikit dan tidak memakan ruang yang terlalu luas.
Bezakan kad undangan VIP dengan tetamu lain
Sebagai bentuk penghormatan, maka bezakanlah antara undangan untuk tetamu umum dengan kad undangan untuk VIP. Desain undangan harus dibuat tersendiri dan berbeza bagi tetamu VIP tersebut secara detail. Bila perlu buatlah undangan yang agak mahal agar dilihat bahawa anda sangat menghormati mereka dan mengharapkan kehadirannya.
Berikan cenderahati khusus
Seperti undangan, cenderahati juga lebih afdal bila dibezakan khusus untuk tetamu VIP. Tak ada salahnya anda menaikkan standard cenderahati daripada tetamu undangan lain. Ini sebagai tanda anda menghormati mereka yang telah hadir di majlis perkahwinan anda.
Siapkan katering di ruang VIP
Kerana ditempatkan di ruang khusus, untuk memudahkan mobilisasi dan efisiensi keadaan maka katering juga perlu ditempatkan dekat ruang perkahwinan dihadiri oleh tamu VIP. Tidak perlu merasa rugi, kerana dapat dipastikan bahawa makanan yang berada dalam bufet tersebut pun tidak akan habis oleh para tetamu VIP. Nantinya makanan tersebut pun boleh dimakan oleh anda setelah selesai majlis perkahwinan.
Siapkan pelayan khusus di ruang VIP
Jangan lupa pula untuk menempatkan pelayan yang bertugas sebagai pemantau makanan untuk melayan tetamu VIP anda. Pelayan yang satu ini akan bertugas menyiapkan keperluan tetamu-tetamu VVIP dan melakukan refill atau isi ulang makanan yang telah habis.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ovarian cyst merupakan satu bentuk ketumbuhan yang secara majoritinya terdiri daripada cecair di dalam dinding selaput yang nipis. Ovarian cyst terletak di dalam ovari seorang wanita dan kebiasaannya lewat untuk dapat dikesan kewujudannya.
Ketumbuhan ini boleh menjadi semakin membesar dari sebesar saiz sebiji batu kecil, sehinggalah ke saiz sebiji buah tembikai.
Menurut kata Dr.Zubaidi Hj.Ahmad, Ovarian Cyst bukanlah bersifat penyakit. Dr.Zubaidi juga berkata,
“Pada wanita yang normal, setiap kali kitaran haids, organ ovari akan membentuk gelembung dinamakan ovarian folikel. Ia mengandungi ovum, yakni benih wanita. Selepas ovum dikeluarkan, ovarian folikel ini akan mengecut, tetapi ada sesetengahnya terus membesar melebihi 2cm. Ini dinamakan ovarian cyst.”
Kebanyakan wanita mula sedar yang mereka ada Ovarian cyst selepas menjalani ujian ultrasound untuk mengenal pasti tahap kesuburan mereka. Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle.
Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional cyst. Ia tidak merbahaya melainkan jika saiznya semakin membesar dan terus membesar.
PERLUKAH OVARIAN CYST DIBEDAH?
Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setaip pesakit. Oleh itu, setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui cara pembedahan. Pembedahan hanya akan di lakukan dengan tiga tujuan.
Untuk melakukan Biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu akan diambil bagi menentukan sama ada kanser atau tidak.
Membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakt. Contohnya sakit perut, kitaran haid yang tidak betul dan sebagainya. Atau jika saiz diameter ovarian cyst melebihi 5cm, kerana dibimbangi ia akan pecah dan ada kesan-kesan lain.
Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari yang mulanya disangka ovarian cyst biasa tetapi kemudiannya disahkan sebagi ovarian cancer. Semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari.
Bagi ovarian cyst yang bukan kanser dan tidak mendatangkan masalah kepada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut;
Ovarian cyst berlaku di kedua-dua belah ovari.
Ovarian cyst melebihi saiz 5cm.
Ovarian masih kekal saiz walaupun selepas menunggu 2-3kali kitaran haid.
Pemeriksaan ultrasound menunjukkan Ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa.
Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haid langsung.
Menggunakan pil perancang kehamilan.
Pesakit telah menopause.
Pesakit adalah gadis remaja.
TANDA – TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
Gangguan Haid
Keputihan
Masalah ketidaksuburan
Kemandulan di kalangan wanita
Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
Perut kembang
Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
Kerap letih dan lesu
Sakit lutut dan tumit
Kesejukkan kaki dan tanggan
Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
Kerap keguguran
Ketumbuhan fibro dan cyst
Krogerfeedback A new offer of 59 Free Fuel points
sumber : Dr.Zubaidi Hj.Ahmad
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!