
Pengambilan makanan di bulan puasa tidak seharusnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa.
Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:
- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
- Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.
- Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.
- Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.
- Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.
Sumber : myhealth.gov
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nikmat Ibadah Semakin Menghilang, Ini 5 Perkara Patut Anda Buat!

Secara tiba-tiba ibadah yang dilakukan tidak lagi dia merasa nikmat indah seperti sebelumnya. Jika sebelum ini solat yang dilakukan membuatkan dirinya berasa tenang dan lapang, namun kini ia seolah-olah tidak begitu berbekas di dalam hati malah seperti kosong dan sepi. Untung jika kita menyedari sedari awal akan keadaan itu. Inilah sebenarnya hikmah muhasabah diri agar kita selalu boleh mencari jalan memperbaiki hubungan kita dengan Allah s.w.t. Berikut adalah beberapa tips bagi mengekalkan nikmat beribadah untuk diusahakan:

1- Berusaha Bersungguh-sungguh Untuk Taat Kepada Perintah Allah
Memang adakalanya perasaan menjauh ada mengusik jiwa. Justeru, penawar terbaiknya adalah berusaha melawan dan bersungguh-sungguh dalam menunaikan perintah Allah. Paksa diri melakukan amal ibadat dengan penuh kesabaran serta yakin dengan janji Allah kepada orang-orang yang bertakwa.
2- Menjauhkan Diri Dari Dosa
Tidak kira sama ada ia dosa kecil atau pun besar, elakkan daripada menjerumuskan diri dalam perkara yang mengundangnya. Dosa memberi kesan kepada hati di mana hati menjadi keras, kasar dan kosong. Maka, semakin banyak ia menakluki diri, dosa menghilangkan ketenangan, kemanisan iman dan seterusnya nikmat dalam melakukan amal ibadat. Lama-kelamaan, kita juga kehilangan cinta Allah s.w.t.
3- Menjadi Manusia Berakhlak Mulia
Perbuatan yang dilakukan walaupun makan, minum dan bercakap, hendaklah tanpa berlebih-lebihan. Nafsu tidak akan kenyang, maka latihlah diri untuk bersederhana dalam perbuatan kerana berlebih-lebihan itu tidak disukai Allah. Kita mestilah menjaga setiap kalimah yang keluar dari bibir. Pastikan kita mengucapkan kata-kata yang baik sahaja.Jaga hati agar tidak terlalu membenci atau terlalu ghairah dalam hal-hal duniawi.

4- Menjadikan Ibadat Sebagai Jalan Mendekati Allah
Kita hidup di dunia untuk menyembah Allah. Tujuan ibadah kita adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata. Setiap kali kita melakukan amal ibadat, niatkan ia untuk mendapatkan cinta Allah s.w.t. Sebagai ganjarannya, Allah amat menyayangi hambaNya itu sehingga Dia membimbingnya dalam setiap urusan hidup makhluknya. Hidup yang paling bernilai adalah apabila semuanya berada dalam petunjukNya.
5. Meyakini Bahawa Ibadat Bernilai Di Dunia Dan Akhirat
Segala apa yang dilakukan di dunia ini akan menjadi bekalan di dunia dan akhirat. Maka tiada satu pun yang dilakukan adalah sia-sia melainkan semuanya memberi nilai.
Allah menjanjikan balasan buat setiap satu amalan. Jika kita berpuasa, solat, bersedekah, menjaga lidah dan hati, dan sebagainya, maka kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Jika kita melanggar perintah Allah, tempatnya adalah neraka. Maka tiada satu pun yang kita lakukan yang tidak akan menghasilkan sesuatu.
Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”
Riwayat Muslim
Sumber: tazkirah.net
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Disinfectant Spray Untuk Bunuh Kuman & Virus. Guna 2 Bahan Ini Je, Mudah

Isi Kandungan
ToggleAmat penting untuk kita menjaga kebersihan diri ketika penularan wabak Covid-19 ini. Bukan sahaja kebersihan diri, kebersihan barang-barang di rumah juga perlu dijaga bagi mengelakkan diri dari dijangkiti virus yang boleh merebak melalui sentuhan.
Oleh itu, kita disarankan agar setiap rumah melakukan disinfectant spray supaya boleh membunuh kuman dan virus yng mungkin kita bawa daripada luar yang melekat pada barang-barang di rumah.
Disinfectant spray ini boleh kita buat sendiri di rumah. Tak perlu beli di kedai. Cara membuat disinfectant spray ini telah dikongsi oleh Syinorita Syahidah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Apakah kegunaan disinfectant spray ini?
Ok, kalau korag nk tahu spray ni guna untuk bunuh kuman atau virus yang melekat dekat permukaan. Tak kesah la permukaan lantai, mangkuk tandas, perkakas rumah, atau pun pakaian. Dah ada DS ini nanti boleh spray dekat parcel yang kita beli online, barang-barang mainan budak-budak, atau barang perkakas rumah (alat eletrik tidak boleh ye). Kalau anak kerap demam atau kena influenza, DS ini bagus korang guna untuk disinfection barang-barang dalam rumah.
Bahan-bahan
- Air
- Clorox beach
Cara-cara buat disinfectant spray
- Portion campuran untuk dua bahan ini ialah 5% clorox campur dengan 95% air. Jika guna 400ml air, letak 20ml clorox.
- Kegunaan clorox adalah untuk membunuh kuman dan virus yang sudah tertera di kemasan. Boleh baca ya.
- Dah siap boleh masukkan dalam apa sahaja botol dan labelkan. Cara guna, anda hanya perlu spray dan biar sampai kering. Tak perlu lap.
- Kalau beli parcel online, jangan buka parcel dulu. Spray dan biarkan sekurang-kurangnya 5 hingga 7 minit. Baru boleh buka dan sentuh.
- Diingatkan supaya letak semburan ini di tempat yang selamat dan jauh dari anak kecil.
Sumber: Syinorita Syahidah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalimat Maaf Kepada Pasangan Dapat Meredakan Kemarahan

Meminta maaf dan memaafkan merupakan salah satu kunci yang berkesan untuk melupuskan apa jua konflik. Malah energi maaf ini juga mampu menenangkan suasana dan menghapuskan permusuhan dalam hubungan sesebuah rumah tangga.
Namun saat berlakunya konflik antara suami isteri, ucapan maaf ini terasa begitu sukar untuk diterima ataupun diucapkan. Masing-masing dengan ego yang tersendiri, tidak kurang juga yang degil dan malu untuk meluahkan kalimat keramat ini yang akhirnya mengeruhkan lagi hubungan.
Mengucapkan kalimat maaf kepada pasangan sebenarnya dapat meredakan kemarahan pasangan, menenangkan jiwa dan membuat pasangan rasa lebih dihargai. Oleh itu, fahami enam alasan ini kenapa ungkapan maaf itu penting dalam sesebuah rumah tangga.
Buktikan kemaafan dengan setulus hati
Jangan meminta maaf hanya di bibir sahaja ataupun sekadar untuk mengalihkan masalah kerana cara ini langsung tidak menyelesaikan masalah. Buktikan ketulusan anda dengan meminta maaf seikhlas hati dan segeralah memperbaiki diri agar rajuk pasangan anda tidak berpanjangan. Tidak dinafikan ada sesetengah pasangan sukar untuk memohon maaf secara berdepan. Apa kata anda ambil hati pasangan dengan melakukan tindakan yang disukainya misalnya memasak makanan kegemarannya ataupun menyediakan keperluan yang diinginkannya. Apabila hati pasangan sudah sejuk, minta maaf kepada pasangan dan katakan yang anda benar-benar menyesal. Dengan cara ini akan mencairkan hati pasangan untuk memaafkan kesalahan anda.
Bukan bererti lemah
Jika merasakan apabila anda meminta maaf anda berada di pihak yang lemah, anda sebenarnya silap. Sebenarnya ketika anda meminta maaf kepada pasangan disebabkan oleh kesalahan anda sendiri, ia menunjukkan bahawa anda sedang menghargai perasaan pasangan. Lagipun tidak salah jika anda perlu mengalah kerana sikap mementingkan diri boleh membuatkan anda semakin ego dalam hubungan. Adalah lebih baik jika anda berterus-terang dan berkata benar daripada membuatkan pasangan terus tertekan. Jangan memendam rasa begitu lama kerana perasan ini boleh mencetusnya perang yang besar.
Tidak semestinya yang salah harus meminta maaf
Mungkin saat anda memarahi pasangan kerana melakukan kesalahan terhadap anda, tanpa sengaja ada perbuatan, mimik muka atau kata-kata anda yang telah menyinggung hatinya. Jadi, tidak salah untuk anda pula yang meminta maaf kepadanya kerana kata maaf itu merupakan sebuah ungkapan yang sangat berkesan dalam meredakan kemarahan.
Keras kepala bukan penentu yang anda kuat
Mempunyai sikap keras kepala dan ego yang tinggi bukanlah penentu seseorang itu lebih kuat. Bahkan sikap ego dan mementingkan diri sendiri jika dibiarkan berterusan boleh menjadi racun yang akhirnya memusnahkan sesebuah rumah tangga. Apabila anda merendahkan ego dan sikap keras kepala dengan memaafkan pasangan, kehidupan rumah tangga yang anda berdua bina akan lebih harmoni. Malah komunikasi anda berdua juga akan bertambah baik dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
Mampu menyelamatkan rumah tangga
Kehidupan suami isteri pastinya tidak terlepas daripada rasa kecil hati dan tersinggung. Segala masalah yang melanda itu akan terlerai satu persatu jika anda mengakui kesilapan dan segera memohon maaf kepada pasangan. Selain berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama pasangan, memohon maaf juga memberi kejayaan dalam rumah tangga kerana anda telah menyelamatkannya daripada terus retak.
Boleh belajar daripada kesilapan
Meminta maaf kepada pasangan atas kesalahan anda membolehkan anda belajar daripada kesilapan yang telah anda lakukan. Mungkin sebelum itu anda tidak terfikir untuk melakukannya ataupun sama sekali anda tidak terfikir tentang baik dan buruk yang bakal terjadi. Dengan memohon maaf, anda boleh belajar daripada kesilapan yang telah anda lakukan sekali gus mengelakkan daripada ia berulang di kemudian hari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI