Tak mustahil ada suami yang mahu isteri layannya seperti raja, tak kurang juga isteri yang dengan suka hati sanggup lakukan apa saja demi suami. Maklumlah, syurga di bawah tapak kaki suami.
Kalau dulu, bolehlah dikatakan isteri layan suami bagai raja sebab suami keluar mencari rezeki dan isteri uruskan rumahtangga. Tapi sekarang ini, isteri pun turut bekerja membantu suami. Jadi, apa salahnya suami turut membantu isteri dalam urursan rumahtangga.
Hah, sebelum pergi jauh isu ini, jemput baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad dulu. Kena faham, ada suami tidak suka membantu di dapur tapi hal urusan rumahtangga lain dia ‘superp’.
Nak Layan Suami Macam Raja, Itu Pilihan Bukan Paksaan!
Home activities
Masak adalah proses yang sangat lama, ya lama sangat. Dari pergi pasar bersama. Balik cuci ayam dan ikan, sediakan bahan segala.
Bersihkan barang beli dari pasar sahaja makan sejam dua didapur. Bersihkan masukkan dalam peti sejuk.
Belum potong kupas bawang, bersihkan sayur dan sediakan bahan.
“Alah dalam TV nampak kejap jer, main campak campak dah siap!”.
Itu sebab bahan dia dah sediakan dari malam sebelum rancangan ke udara, dia dah masukkan ikut sukatan, dia dah siang dan bersihkan, dia dah rebus buat air sup semalaman tinggl nak campakkan saja.
Ads
Sesekali cuba masuk duduk dapur dari barang balik dari pasar sampai makanan dihidang.
Saya tak rajin ke dapur, jujurnya.
Bahang api dapur luar biasa panas walau ada penyedut asap udara. Bagi kita yang makin bijak pandai ini, hidup ini saling berbahagi rasa. Bukan macam zaman dulu kala lagi.
Suami itu dianggap raja!
Suami salah dan silap kita perlu taat selamnyanya. Sebab dia adalah raja. Itu budaya dulu kala.
Bagaimanapun, jangan juga persenda ada isteri yang layan suami bagai raja ini. Mungkin itu kebahagiannya.
Ads
Tak Perlu Pertikaikan
Menurut saudara Azizul, isterinya dah 3 tahun jadi suri rumah tangga. Dia bersara awal dari kerja gomen nak jaga suami comelnya.
Kalau ke sekolah dan pejabat, tak pernah tanpa bekal dan dua jenis air minuman. Dia jaga sungguh!
Saya perlu kerja kuat jaga keluarga sebagaimana dia menjaga kami semua.
Ads
Maka kawan yang mulia,
Jangan berdebat yang mana baik dan yang mana paling sempurna?
Ada suami sangat rajin bantu isteri, belum tentu boleh jana banyak duit buat keluarga. Dan ada suami pandai jana duit buat keluarga, tetapi tidak pandai bab urusan dapur segala.
Jangan bahas dan cari di mana silapnya. Rezeki setiap dari kita berbeza, melayan suami dengan baik bukan bermakna isteri menjadi hamba .
Tetapi rasa cinta mereka luar biasa bila suami juga dapat gemok bersama sama.
Dah jangan gaduh rumah tangga orang. Kita jaga rumah tangga kita sampai ke syurga.
Suami mana yang tidak gembira bila melihat wajah isteri dan anak-anak senyum bahagia. Menjadi suami tidak semudah dalam drama TV. Suami kena banyak beringat soal nafkah, jaga kebajikan keluarga dan yang penting, tidak melepaskan tanggungjawab terhadap ibu tercinta.
Kredit foto: Instagram @ruzaini.jamil
Terlintas posting pereka fesyen terkenal tanah air, Wan Ruzaini Jamil atau Ruzaini dari duo Rizman Ruzaini tentang kesyukurannya dapat memiliki sebuah rumah impian untuk isteri, Nurul Hidayati Yahya atau Deqda dan anak mereka, Rahil Ruzaini, membuatkan ramai yang turut gembira.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Di sebalik kediaman mewah dengan keluasan yang mega, Ruzaini bersyukur kerana inilah hadiah rezeki paling besar sempena kelahirannya.
Kredit foto: Instagram @ruzaini.jamil
Alhmdulillah pada hari ini 07.08.2022 maka genaplah umur saya yang Allah swt kurniakan hingga ke hari ini. Dalam banyak-banyak rezeki yang Allah kurniakan, tahun ini merupakan antara rezeki paling besar yang saya terima dariNYA iaitu dapat memiliki sebuah rumah impian untuk dijadikan syurga buat isteri dan anak saya juga tak lupa pada ibu saya.
Pelbagai dugaan dan cabaran jugak saya dan isteri hadapi sebelum dapat menggenggam kunci rumah ini. Dapat kunci betul-betul pada bulan Hijrah, dan pada bulan kelahiran saya. Atas doa dari ibu, keluarga dan teman-teman kami.
Kredit foto: Instagram @ruzaini.jamilKredit foto: Instagram @ruzaini.jamil
Alhmdulillah dapatlah jugak saya sempurnakan janji-janji yang saya baca dihadapan wali isteri saya dahulu, untuk menyediakan tempat berteduh dan sebuah syurga untuknya dan anak kami. Betullah orang cakap anak itu adalah rezeki. Bukan hanya rezeki, malah pembuka jalan untuk setiap rezeki yang datang.
Buat semua yang wish dan mendoakan saya sempena harijadi saya, berbanyak-banyak terima kasih. Semoga doa-doa kalian berbalik pada empunya badan jugak…Amin.
Kredit foto: Instagram @ruzaini.jamil
Ruzaini dan Deq Da melangsungkan perkahwinan pada tahun 2016. Majlis yang diadakan dengan meriah bertemakan Bollywood dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebiti yang pernah mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal ini melalui label RizmanRuzaini.
Semoga lebih banyak lagi rezeki yang Allah limpahkan kepada pasangan ini. InsyaAllah…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua wanita nak wajah berseri sebelum naik pelamin, cuma tak tahu cara sahaja. Dan mungkin kurang pasti nak mula dari mana. Jangan risau, belajar apa yang patut dicari dulu.
Berseri Sebelum Naik Pelamin
Menurut Puan Fatin Nursyafawani, jika anda nak kulit nampak cerah, berseri, dan tak kusam, memang tak ada jalan pintas. Anda wajib amalkan 4 rutin kecantikan ini:
1. Cuci muka guna pencuci muka yang gentle dan tak keringkan kulit bersih bersih. Buat double cleansing sehari sekali.
Guna pencuci yang tak mengeringkan kulit. Yang lembut, tidak merosakkan skin barrier.
Elakkan pakai pencuci muka yang buat kulit rasa kering, cekang, tegang, ketat, terik. Ini tak bagus.
Kalau kulit berminyak, kombinasi, berjerawat boleh pakai New.bie Botanical Soothing Cleanser
Jika kulit jenis normal, kering, sensitive boleh guna pencuci jenis susu.
Double Cleansing maksudnya cuci muka 2 Kali dengan menggunakan cleanser yang berlainan jenis. Water-based and Oil based. Biasa buat sekali sehari je pada waktu malam.
Boleh juga pakai:
Micellar water + gel cleanser
Milk cleanser + gel cleanser
Oil cleanser + foam cleanser
Balm cleanser + gel cleanser/balm cleanser
Depends pada jenis kulit masing masing.
Kalau jenis normal/dry skin cukup micellar water + milk cleanser saja.
2. Exfoliate kulit. Ini paling PENTING paling wajib. Singkirkan sel sel kulit mati.
Exfoliate itu maksudnya singkirkan sel sel kulit mati. Sel kulit mati tu bahaya kalau tak singkirkan. Boleh menyebabkan Liang pori tersumbat.
Jadi liang pori jadi besar, kulit jadi kusam. Kulit mudah diserang jerawat, dipenuhi whitehead and blackhead.
Wajib kena singkirkan sel sel kulit mati tersebut supaya kulit tak bermasalah.
3. Pakai hydrating and moisturizing produk. Memang kulit auto glowing and berseri seri nampak sihat.
4. Pakai sunscreen. Tanpa sunscreen your skincare rutin is nothing.
Jika Kulit Berjeragat
Jeragat tak hilang. Akan pudar saja. Untuk jeragat ni kena rawatan advanced.
Perlu pakai bahan active. Perlu pakai brightening ingredients, lightening Ingredients, whitening ingredients, tyrosinase inhibitor ingredients, jaga hydration.
Ini benda asas yang patut anda tahu bila mulakan rutin penjagaan kulit wajah, selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuba semak apakah matlamat anda dan pasangan mendirikan rumah tangga? Adakah kerana sekadar mencari pasangan hidup bagi menemani diri anda daripada kesunyian atau mencari reda Allah bagi mengumpul pahala?
Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa dalam ikatan pernikahan supaya kedua-duanya menikmati rahmat dan ketenangan dalam berkongsi kehidupan berumah tangga yang dipenuhi cinta dan kasih sayang.
Melalui satu hantaran yang dimuat naik oleh Ustazah Asmak Husin, beliau berkongsi tentang bagaimana sesebuah perkahwinan itu dapat membina taqwa dan menambah pahala.
Membina Takwa Dalam Perkahwinan:
Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang dibina atas akad suci. Sebuah mahligai yang menjadi amanah Allah buat hambanya.
Perkahwinan adalah sebuah amanah yang sangat berat dan besar, pastinya amanah ini akan disoal di akhirat kelak apabila kita bertemu dengan-Nya.
Tuan puan,
Saya nak ajak kita merenung dan muhasabah kembali apa tujuan sebenar semasa kita ingin mendirikan rumah tangga dahulu?
Adakah untuk menghalalkan perhubungan semata-mata?
Adakah kerana untuk mengubati kesunyian?
Adakah untuk membina keturunan dan generasi?
Kadang-kadang apabila sudah lama berkahwin, rumah tangga kita kadang-kadang seakan hilang rasa bahagia, semakin banyak konflik dan semakin banyak salah faham.
Hampir buntu di mana silapnya kan?
Tuan puan,
Ayuh kita kembali muhasabah awal niat perkahwinan kita dahulu.
Kerana perkahwinan bukan sekadar menghalalkan perhubungan lelaki dan wanita.
Tetapi maqasid sebuah perkahwinan jauh lebih besar daripada itu!
Perkahwinan adalah untuk kita membina taqwa bersama pasangan bagi meraih redha Allah.
Jadikan misi perkahwinan untuk membentuk keluarga sebagai sebuah institusi yang mencetak generasi dakwah Rasulullah.
Jadikan misi perkahwinan sebagai sebuah ladang pahala yang akan membawa kita ke syurga.
Jika niat dan matlamat kita besar, pasti Allah akan lorongkan pelbagai cara untuk membantu kita mencapai matlamat itu.
Percayalah, jika kita dan pasangan berkongsi matlamat takwa dan dakwah dalam rumah tangga dari situ akan sentiasa ada keberkatan.
Kerana keberkatan, sebuah rumah tangga mampu kekal bahagia berbunga mekar hingga ke syurga.
Lalu, ustazah bagaimana kami yang sudah lama berkahwin tapi matlamat awal dahulu tidak langsung berfikir ke arah takwa?
Senyum dan bersyukurlah kerana Allah pilih kamu membaca tulisan ini. Perbaharuilah niat dan matlamat perkahwinan kembali.
Kerana niat itu perlu sentiasa diperbaharui. Selepas sudah perbaharui dan jelas matlamat perkahwinan, berusahalah baiki semula perkahwinan dengan ilmu dan tawakkal.
Bagi yang belum berkahwin, jika anda membaca tulisan ini, berusahalah meletakkan matlamat yang besar dalam perkahwinan.
Kerana kita akan hidup bersama pasangan dan anak-anak bukan setahun dua tapi lebih dari separuh kehidupan dunia.