Sekadar Gambar Hiasan

Solekan memainkan peranan yang cukup penting bagi pengantin bagi menaikkan aura seri ratu sehari. Pemilihan solekan yang betul membantu untuk memberi keyakinan dan menaikkan semangat di hari bahagia.

Pemilihan warna solekan yang salah boleh menjadikan anda kelihatan seperti badut dan tampak jelik. Entri kali ini memberikan panduan solekan mengikut tona kulit anda.

Berkulit Cerah

Kepada anda yang tergolong di dalam wanita berkulit cerah. Kredit extra untuk anda kerana rata rata permainan warna sesuai dengan anda. Anda boleh menggunakan warna cerah mahupun gelap.

Tetapi pilihan terbaik jika anda memilih solekan natural look, ia akan lebih menaikkan seri muka anda. Untuk lesan terbaik elakkan penggunaan  warna pink/merah pada bahagian kelopak mata dan pemerah pipi.

IKLAN

Oleskan sapuan pembayang mata berona tanah agar terlihat segar dan semulajadi. Bibir pula anda boleh mainkan dengan warna terang seperti merah, pink untuk tampak segar bermaya di hari bahagia.

Berkulit Sawo Matang

Memiliki kelebihan extra daripada mereka berkulit cerah kerana anda boleh memilih pelbagai warna yang sesuai. Anda boleh tampak klasik dengan padanan warna rona gelap di bahagian mata dan merah delima pada bibir atau anda boleh tampak ayu dan manis dengan warna tanah.

IKLAN

Jangan bimbang jika anda ingin penampilan solekan yang unik, anda juga boleh mencubanya. Cuma pastikan warna anda bersesuai dengan tema, baju dan paling penting warna kulit. Dapatkan nasihat dari jurusolek anda agar anda memperolehi hasil solekan yang sempurna.

Berkulit Gelap

IKLAN

Jangan khuatir kerana anda yang berkulit gelap turut mampu tampak menawan di hari bahagia dengan solekan anda. Cuba pilih rona tanah yang memberi fokus utama kepada bahagian mata.

Dengan lebihan sentuhan di bahagian mata mampu menampakkan anda memberikan pandangan seksi dan percayalah, anda mampu tampak secantik bidadari. Anda boleh memilih warna seperti hitam, coklat gelap/cair, purple, dark gold, mahupun dark green.

Permainan warna untuk bibir pula cuba untuk gunakan rona tanah juga. Ini kerana, bimbang kalau menggunakan warna seperti merah akan menampakkan muka atau raut wajah anda tampak garang. Cuba curi penampilan seperti Halle Berry atau jika anda berani, cuba jadikan Rihanna sebagai panduan solekan untuk hari bahagia anda.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI