Usai kesibukan di majlis pernikahan dan resepsi, kini tiba masanya pasangan pengantin baru menikmati momen berdua sambil berbulan madu. Tidak perlu ke luar negara untuk menikmati momen berbulan madu, Hard Rock Hotel Desaru boleh dijadikan lokasi bulan madu yang tidak mungkin dapat dilupakan.
Kali ini, Pesona Pengantin menyarankan Hard Rock Hotel Desaru menjadi pilihan untuk destinasi bulan madu memandangkan ia amat dekat dengan alam sekitar di mana hotel yang dikelilingi kehijauan ini mengetengahkan konsep mesra alam dan prihatin terhadap alam sekitar.
Baru-baru ini, ia turut menganjurkan Earth Hour bagi menyahut seruan di seluruh dunia mengurangkan penggunaan elektrik untuk memastikan alam sekitar mendapat penjagaan yang baik sepenuhnya.
Hard Rock Hotel Desaru telah turut serta dalam kempen Earth Hour dengan memastikan sebahagian besar Hard Rock Hotel Desaru meminimakan penggunaan elektrik selama 1 jam dari jam 8.30 malam ke 9.30 malam pada 26 March 2022 yang lalu. Kesemua lampu di bahagian lobi, restoran, bar dan kawasan umum dimatikan selama 1 jam.
Ads
Bertemakan “Shape Our Future”, rakan media telah dibawa melihat sendiri bagaimana Hard Rock Hotel Desaru mengaplikasi semangat kitar semula dan selamatkan alam sekitar untuk para tetamu lebih menghargai kepentingan memelihara alam semulajadi untuk generasi akan datang.
Sepanjang tempoh tersebut, para tetamu yang menginap di Hard Rock Hotel Desaru berpeluang melihat sendiri bagaimana baja organik atau semulajadi dihasilkan dengan menggunakan sisa makanan yang dibuang. Sekaligus, baju organik ini digunakan sebagai baja untuk tanaman herba-herba yang diusahakan secara kecil-kecilan oleh pihak hotel.
Apa yang menarik perhatian penulis ialah bagaimana Hard Rock Hotel Desaru membuat proses kitar semula cadar serta sarung bantal terpakai dan sudah tidak digunakan lagi untuk dijadikan bag tote dengan gabungan psychedelic art dari plant dyes. Para tetamu berpeluang membuat sendiri beg tote mereka mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing!
Tidak cukup dengan itu, Hard Rock Hotel Desaru turut melancarkan “Hornbill Villas”, sebuah projek untuk menggalakkan burung enggang datang ke persekitaran Hard Rock Hotel yang merimbun dengan pelbagai pepohon menghijau sekaligus menjadi sarang untuk burung istimewa tersebut bertelur dan seterusnya menambahkan lagi populasi burung istimewa tersebut. Projek istimewa tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Hard Rock Hotel Desaru, Murray Aitken.
Ads
“Hard Rock Hotel Desaru Coast sentiasa menitikberatkan soal penjagaan alam sekitar dan projek ini adalah antara usaha kecil Hard Rock Hotel Desaru untuk memastikan kesinambungan hidupan semulajadi di kawasan Desaru ini sentiasa terpelihara sekaligus menjadi daya penarik untuk para tetamu berkunjung ke Hard Rock Hotel Desaru, ” ujar Murray yang mempunyai pengalaman 30 tahun sebagai pengusaha hotel dan restoran yang profesional. Murray juga menerajui dan membangunkan sebuah pasukan yang kuat, memacu strategi untuk pertumbuhan berterusan dan melaksanakan program yang mengutamakan kesihatan dan keselamatan para tetamu semasa mereka menginap di sini.
Ads
Selain itu, antara usaha yang wajar dijadikan pujian Hard Rock Hotel Desaru ialah di mana ia menggantikan penggunaan botol mineral plastik di dalam bilik penginapan dengan menggantikan dengan penggunaan flask tahan karat atau Stainless Steel Thermos Flask. Untuk memudahkan para tetamu menikmati air minuman, ia menyediakan 25 stesyen air di sepanjang koridor bilik tetamu sekaligus wajar dijadikan contoh untuk pengusaha hotel yang lain untuk menitikberatkan penjagaan alam sekitar dengan lebih serius!
Oleh itu, untuk pengantin baru yang ingin turut sama menjadi sebahagian dari usaha Hard Rock Hotel Desaru menjadi alam sekitar, bolehlah menikmati suasana bulan madu di sini di mana ia menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengantin baru menikmati percutian atau bulan madu yang tenang dan mendamaikan.
Sambil berehat, jangan lupa kembalikan kesegaran tubuh di Rock Spa, Hard Rock Hotel Desaru yang pastinya mengembalikan kesegaran pengantin baru dari kelesuan sepanjang majlis perkahwinan!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini penyanyi Datuk Nora Ariffin, 49, mendedahkan pernah mengalami gangguan sihir pemisah.
Biasanya sihir ini berpunca daripada perasaan dengki, cemburu, cinta, kasih dan marah serta pelbagai emosi yang sukar dikawal.
Orang yang terkena sihir panggilan akan selalu mengalami mimpi ngeri, mendengar suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya, kerap waswas, meragui teman dan orang yang dicintainya, mimpi seakan-akan jatuh dari tempat tinggi atau mimpi melihat haiwan mengejarnya.
Nora Ariffin Terkena Gangguan Sihir Pemisah, Ikhtiar Dengan Perubatan Islam
Menerusi perkongsian dalam Instagram, pelantun lagu popular Di Persimpangan Dilema itu memberi cadangan kepada pengikutnya untuk mencuba perubatan Islam sekiranya terkena sihir tersebut.
“Sihir itu memang wujud. Sihir pemisah juga memang angkara dengki, hati busuk dan kotor.
“Sesiapa yang pernah terkena, berubatlah dengan Darussyifa. Itu ikhtiar kita. Insya-Allah,” ujarnya.
Sementara itu, Nora memilih berkongsi perkara berkenaan kerana dirinya pernah mengalami pengalaman disihir.
“Saya juga pernah lalui macam-macam, itu sebabnya terpanggil untuk membantu orang lain juga.
“Allahuakbar.. Moga kita semua sentiasa dilindungi,” tulisnya lagi.
Sekadar info, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat sakit serangan jantung.
Nora kehilangan anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff pada 13 Disember 2019.
Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya dengan sekali lafaz, Harris atau nama penuhnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, 29, selamat bergelar suami kepada Asha Merican, 25, juga merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik. Pasangan ini jarang berkongsi kisah peribadi mereka di laman sosial.
Pada majlis ijab qabul yang disaksikan keluarga dan rakan-rakan terdekat, bekas peserta Hero Remaja edisi 2017/2018 itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1000 kepada pengantin perempuan.
Pasangan pengantin baru kelihatan berseri dalam persalinan serba putih di majlis pernikahan yang diadakan di Magica Events. Baju nikah pasangan ini mendapats entuhan dari pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat manakala solekan oleh @aqilasriii.
Dalam kemeriahan majlis tersebut, Harris bagaimanapun tidak menahan emosi saat menerima ucapan tahniah dan pelukan daripada ibunya yang juga merupakan seoarang usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton.
Majlis pernikahan tersebut turut dikongsikan secara Live menerusi Instagram Harris Annuar.
Difahamkan Harris dan Asha telah menjalinkan hubungan cinta secara diam-diam sejak empat tahun lalu dan saling menyokong dalam kerjaya masing-masing. Laman Instagram Harris mahupun Asha dipenuhi ucapan tahniah dan mendoakan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
Foto: Instagram @nadiaannuar & harrisannuar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 26 Februari 2022 yang lalu, pelakon Zalif Sidek, 36 tahun selamat mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihannya, Anis Marzuki.. Majlis tersebut telah berlangsung mengikut prosedur operasi standard atau SOP yang ditetapkan di CMi Hall & Event Space, Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Memetik perkongsian Zalif di lama Instagram miliknya, pelakon berusia 36 tahun ini sempat menitipkan ucapan terma kasih baut semua pihak yang mendoakan kebahagiaan dia dan isteri.
Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahhim..
Syukur Alhamdullilah KpdMu Ya Allah
One of My Greatest Decisions in My Life is My Love Wife @anismarzuki
Sy & Wife mengucapkan Berbilion Terima Kasih Atas kehadiran Jemputan, Doa , Ucapan Tahniah yg diberikan oleh semua Keluarga kami, Saudara mara, Sahabat Handai & Semua.
Maaf Sy tak sempat nk balas semua lagi..
Insyaallah Balik Kl nanti sy balas semua ya..
Sebelum ini, ada ura-ura menyatakan bahawa Zalif dan keluarga bercadang menghantar rombongan pada 1 Syawal yang lalu tetapi terpaksa ditunda lantaran Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang tidak membenarkan rentas negeri dilaksanakan.
“Sehubungan dengan itu, kami ambil keputusan untuk menyerahkan cincin terlebih dahulu untuk menyempurnakan majlis pertunangan.Ketika itulah kedua belah pihak sepakat untuk melangsungkan majlis akad nikah pada 26 Februari, Insya Allah…:katanya.
Dalam masa yang sama, Zalif turut meminta para peminat mendoakan perjalanan kehidupan baharunya itu bersama isteri tersayang.
Menyifatkan kehadiran Anis sebagai hadiah yang paling istimewa selepas kehilangan arwah bapanya, Zalif sendiri tidak menyangka perkenalan singkat selama 10 bulan membuka ruang jodoh untuk dirinya.
“Cantik rupanya perancangan Allah S.W.T dan moga kita semua berpimpin tangan bahagia hingga ke pintu syurga”…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!