Oh, patutlah sebelum ini urusan jodoh seakan lambat. Rupa-rupanya ada perkara-perkara yang kita lakukan menghalang kita daripada bertemu jodoh. Memang benar, ajal, maut, rezeki dan jodoh itu rahsia Allah. Sebagai manusia biasa, kita perlu redha dengan segala ketentuannya.
Dalam soal pemilihan jodoh pula, ada individu yang mudah untuk dapat jodoh dan ada juga yang sulit jodohnya. Selain daripada ketentuan Allah, sebenarnya masih ada dosa yang menghalang kita untuk bertemu jodoh oleh-NYa.
Kami kongsikan 5 perkara yang perlu anda jauhi agar urusan jodoh anda dipermudahkan.
1. Meninggalkan Solat
Setiap individu beragama Islam wajib untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Solat merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan walau sedikit pun. Dengan meninggalkan solat, ia menjadi penyebab mengapa Allah tidak memakbulkan permintaan hamba-Nya. Lebih-lebih lagi dalam soal jodoh.
Selain meninggalkan solat, anda yang sering menunda solat hingga ke akhir waktu juga perlu mengubah sikap ini. Tidak hairanlah jika Allah mengutamakan tidak mengutamakan doa-doa anda termasuklah soal jodoh.
Ads
2. Melakukan Zina
Zina merupakan salah satu perbuatan keji yang dibenci ALlah. Dengan kata lain, melakukan zina akan membuatkan hubungan manusia dengan Tuhannya rosak sehingga urusan jodoh pun terhalang kerana dosa tersebut.
Sekiranya anda pernah melakukan zina, segeralah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Mohon ampun di atas segala kesilapan anda. Allah itu sifatnya Maha Pengampun dan pasti taubat seseorang dengan penuh keikhlasan akan diterima-Nya.
Ads
3. Melakukan Perbuatan Syirik
Seperti yang anda tahu, perbuatan syirik adalah berdosa besar. Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya. Contohnya, apabila jodoh anda lewat tiba, anda meminta pertolongan bomoh, tukang tilik dan sebagainya. Hal ini bertentangan dengan hukum Allah. Hanya Allah tempat anda bergantung.
4. Memutuskan Silaturahim
Ads
Hubungan silaturahim perlu dipandang sebagai elemen penting dalam usaha membina hubungan dengan Allah. Mengekalkan hubungan silaturahim sesama manusia akan memudahkan kita mendapat rezeki berupa jodoh. Oleh itu, jangan sesekali cuba untuk memutuskan silaturahim sesama manusia.
5. Dosa Terhadap Orang Tua
Ibu bapa penyebab anda wujud di dunia ini. Melakukan dosa terhadap ibu bapa boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan menutup segala pintu rezeki. Keredhaan ibu bapa itu penting. Tanpa redha mereka, Allah juga tidak akan membantu hamba-Nya. Maka, lambatlah urusan jodoh anda.
Tahu tak macam mana nak segarkan sayur kalau beli banyak? Sebagai suri rumah, bab simpan lauk basah pun kena kuasai. Barulah jimat dan tak perlu makan kedai.
Ya, biasanya kita sumbat terus dalam peti ais. Nak guna esoknya tengok sudah layu. Tak best, lah. Hilang seri jadinya.
Haa… jangan risau sebab seorang wanita dikenali sebagai Arya Cahaya Oktavia berkongsi kaedah mudah untuk menyegarkan kembali sayur yang layu menggunakan kaedah osmosis.
“Sekarang saya mahu buktikan, pakai sayur bayam dan kangkung. Saya beli pagi dan menjelang petang, ia sudah layu. Jadi saya letak sayur dalam bekas, isi air.
“Kemudian masukkan ke dalam peti selama 30 minit. Jadi kita biarkan saja. Selepas 30 minit saya buka peti. Sayur bayam dan kangkung kembali segar lagi.
“Ini memang ilmu kimia yang disebut sebagai osmosis iaitu proses perpindahan molekul air dari pelarut berkepekatan rendah (air) ke larutan yang berkepekatan tinggi iaitu sayur kangkung dan bayam,” ujarnya.
Selepas sayur kembali segar, keringkan dan masukkan ke dalam plastik airtight sealed atau ziplock sebelum disimpan di dalam peti.
Video yang dikongsi Arya turut meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.
Bagi sayur jenis buah seperti cili dan tomato, pun perlu dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam peti.
Sayur jenis ini mudah rosak jika disimpan dalam keadaan lembap.
Untuk tahan lebih lama, buang tangkai atau putik pada hujung sayuran kerana ia biasanya lebih cepat rosak jika tangkainya masih ada.
Jadi, cukup mudah, bukan? Boleh lah beli sayur banyak terus dan simpan dalam peti untuk beberapa hari. Tak perlu tiap hari pergi kedai cari lauk basah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai wanita yang terlalu taksub dalam menjaga kecantikkan luaran dan mengabaikan kecantikkan dalaman. Sebenarnya, kesihatan dalam adalah antara yang paling penting untuk dijaga agar kecantikkan luaran turut terserlah.
Antara aset utama yang penting dalam tubuh wanita adalah peranakkan atau rahim. Ramai wanita yang telah melahirkan anak mengalami peranakkan jatuh, ini bukan masalah ringan, kerana ianya adalah aset yang sangat penting dalam tubuh badan dan berkait rapat dengan keintiman suami isteri.
angan ambil ringan apabila terasa sakit di bahagian belakang, sukar membuang air besar dan terkencing apabila terbatuk. Tidak selesa semasa mengadakan hubungan kelamin kerana berasa seperti ada benda yang turun di bahagian vagina.
Tidak ramai mengetahui masalah sebenar gejala ini sehinggalah ke peringkat agak teruk dan mendesak mereka membuat pemeriksaan doktor. Sebaiknya jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena pada peranakkan anda, sila buat pemeriksaan segera.
Bahasa perubatan dikenali sebagai Uteral Viginal Prolapse (UVP) adalah situasi di mana rahim turun/jatuh dari tempat asal melalui saluran faraj atau kadang-kadang berada di luar saluran faraj.Dianggarkan kira-kira 30% daripada wanita yang pernah bersalin secara normal dan lebih daripada dua atau tiga kali bersalin akan berasa ada simptom-simptom rahim jatuh.
1) Peringkat pertama – rahim turun sedikit sahaja
2) Peringkat kedua – rahim sedikit terkeluar pada lubang faraj
3) Peringkat ketiga – rahim terkeluar sepenuhnya. Pada peringkat ini ia boleh mengganggu proses membuang air.
1. Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku.
2. Melakukan senaman pelvis amat penting walaupun sejak zaman bujang lagi. Ini menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pasca surgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
3. Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit yang teruk. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Elakkan meneran di bilik air lebih daripada 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik.
4. Memakai girdle atau sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.
5. Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.
6. Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
7. Amal makan jamu sejak anak dara.
Jaga peranakkan anda dengan baik, jangan ambil mudah jika anda mengalami simptom-simptop kejatuhan peranakkan.
Sekian petikan dari bm.com.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ada yang salah dalam hidupmu, ada yang kurang yang belum kamu lakukan, sudahkah selalu membacakan surah yang dapat membantumu melepaskan kesusahan dan akan melancarkan rezekimu? Hanya 7 kali dibaca setiap setelah solat tapi masih kamu tidak mampu melakukannya.
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu; dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu; bebanmu, Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami telah memasyhurkan sebutanmu. Maka sesungguhnya di setiap masalah pasti disertai jalan keluar, sesungguhnya di setiap masalah disertai jalan keluar, Kemudian apabila engkau bertekad, maka berusahalah, Dan kepada Tuhanmu saja hendaklah kamu menaruh harapan.”
Itulah surah Al-Inshirah atau Surat Alam Nasyrah (سورة الشرح) adalah surat ke-94 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surat-surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Adh-Dhuha. Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti: bukankah Kami telah melapangkan.
Kelebihan Surah Al-Insyirah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.
Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.
Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.
Kelebihan Membaca Surah Al-Insyirah
Ketika siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:
Keutamaan Lainnya
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.
Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.
Wallahualam.
Fadhilat Surah Al Insyirah Yang Teristimewa Untuk Semua Kaum IBU
Biasanya kita mendengar ayat ini dibacakan serta diamalkan akan melapangkan jiwa yang lara, menjinakkan anak yang degil dan nakal dan turut menerangkan hati sesiapa sahaja untuk memudahkan menerima setiap pelajaran yang dipelajari.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk?)
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Rupa-rupanya sangatlah luas fadhilatnya, terutama kepada kaum ibu yang mudah penat dan letih kerana membuat berbagai jenis kerja rumah tanpa henti. Semakin usia meningkat, berbagai jenis penyakit yang akan hinggap dan biasanya adalah sakit di bahagian pinggang yang menyebabkan aktiviti harian terbantut kerana menanggung kesakitan.
Jadi, sebagai cara untuk menghindari diri dari sakit pinggang atau untuk menyembuhkannya., dengan diiringi doa serta izin Allah SWT. Insha Allah, penyakit tersebut akan sembuh dengan serta merta jika dikehendaki-Nya.
Caranya adalah dengan membaca ayat ketiga dari Surah Al Insyirah sambil menampung tanggan seperti berdoa dan ulanginya sebanyak tiga kali. Tiup pada tangan tadi dan tepuk pada pinggang dan punggung sambil berdoa kepada Allah SWT supaya dilindungi atau disembukan sakit pinggang yang dialami itu.
Tapi mama tepuk semua bahagian, habis kepala lutut, buku lali, tapak kaki dan nak dikatakan seluruh badan mama tepukkan. Minta Allah SWT jauhkan sebarang penyakit yang akan melemahkan kesihatan badan.
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT ringan rasa badan terutama ketika bangun pagi. Sebelum ini kalau nak bangun mama terpaksa buat kuda kuda dulu baru boleh bangun dengan berat badan sebegini, kusss semangat nak angkat badan.
Manakala ayat ke 4 dari surah Al Insyirah pula, untuk menyerikan wajah para isteri apabila dipandang suami. Caranya dengan membaca ayat ke 4 sebanyak 7 kali, tiup pada tapak tangan dan sapu ke muka dengan doa kepada Allah SWT supaya suami pandang kita cantik jer tapi tak tanya hubby lawa ke muka mama ni, malu wehh. Jadi cukuplah dia sentiasa senyum dan beri kasih sayang.
Wallahualam.
Mama dapat info ini dari Tanyalah Ustaz TV9, masa itu Ustaz Muhammad Hanafiah Abdul Malek membentangkan isu tentang Wanita Dominan. Kat bawah ni adalah fadilat surah Al Insyirah yang mama dapat melalui copy and paste untuk dikongsi dan menjadi koleksi peribadi.
Fadhilat dan Kelebihan Surah Al Insyirah
Antaranya:
“Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”.
Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.
Surah ini jika dibaca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 kali setiap terbit matahari, insya Allah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut-turut, insya Allah akan kuat daya ingatannya.
Kelebihan Surah Al-Insyirah
Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan. Semoga bermanfaat kepada mereka yang memerlukan.
SUMBER : http://semuanyajdt.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...