Ramai wanita yang terlalu taksub dalam menjaga kecantikkan luaran dan mengabaikan kecantikkan dalaman. Sebenarnya, kesihatan dalam adalah antara yang paling penting untuk dijaga agar kecantikkan luaran turut terserlah.
Antara aset utama yang penting dalam tubuh wanita adalah peranakkan atau rahim. Ramai wanita yang telah melahirkan anak mengalami peranakkan jatuh, ini bukan masalah ringan, kerana ianya adalah aset yang sangat penting dalam tubuh badan dan berkait rapat dengan keintiman suami isteri.
angan ambil ringan apabila terasa sakit di bahagian belakang, sukar membuang air besar dan terkencing apabila terbatuk. Tidak selesa semasa mengadakan hubungan kelamin kerana berasa seperti ada benda yang turun di bahagian vagina.
Tidak ramai mengetahui masalah sebenar gejala ini sehinggalah ke peringkat agak teruk dan mendesak mereka membuat pemeriksaan doktor. Sebaiknya jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena pada peranakkan anda, sila buat pemeriksaan segera.
Ads
Bahasa perubatan dikenali sebagai Uteral Viginal Prolapse (UVP) adalah situasi di mana rahim turun/jatuh dari tempat asal melalui saluran faraj atau kadang-kadang berada di luar saluran faraj.Dianggarkan kira-kira 30% daripada wanita yang pernah bersalin secara normal dan lebih daripada dua atau tiga kali bersalin akan berasa ada simptom-simptom rahim jatuh.
Tiga peringkat masalah rahim jatuh :
1) Peringkat pertama – rahim turun sedikit sahaja
2) Peringkat kedua – rahim sedikit terkeluar pada lubang faraj
3) Peringkat ketiga – rahim terkeluar sepenuhnya. Pada peringkat ini ia boleh mengganggu proses membuang air.
Tip untuk jaga peranakan
1. Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku.
Ads
2. Melakukan senaman pelvis amat penting walaupun sejak zaman bujang lagi. Ini menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pasca surgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
3. Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit yang teruk. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Elakkan meneran di bilik air lebih daripada 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik.
4. Memakai girdle atau sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.
Ads
5. Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.
6. Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
7. Amal makan jamu sejak anak dara.
Jaga peranakkan anda dengan baik, jangan ambil mudah jika anda mengalami simptom-simptop kejatuhan peranakkan.
Sekian petikan dari bm.com.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun pemberian hantaran hanyalah adat semata-mata, ia sudah dilihat seperti satu kemestian yang harus ada sebagai tanda pemberian di kedua-dua belah pihak. Tidak kiralah berapa jumlah yang dibalas mahupun jenis barangan yang diberi, ia terpulang kepada pasangan dan ahli keluarga dalam menentukannya.
Kali ini, Pesona Pengantin aturkan tip untuk tidak membazir pada hantaran yang dikirim agar pasangan mempelai dapat mengurangkan belanja perkahwinan.
Jangan Mengikut Trend
Trend kini lebih melihat gajet berteknologi untuk dijadikan barang hantaran buat pasangan mempelai. Benar! Ia dilihat sebagai mengikut arus teknologi dan pastinya bingkisan yang diberi kelihatan lebih mahal dari biasa seperti telefon pintar, kamera serta komputer riba. Namun, jika ia bukanlah satu keperluan dan sekadar untuk dilihat gah, ia merupakan satu pembaziran yang tidak harus dilakukan terutamanya buat pasangan yang bukan daripada golongan berkemampuan. Jangan disebabkan trend, anda sanggup mengikat perut sendiri.
Jualan Akhir Tahun
Kebiasaannya, jualan akhir tahun menawarkan barangan berjenama dengan harga yang lebih murah. Barangan dalam bentuk set seperti barangan kecantikan, wangian serta aksesori sememangnya disyorkan kerana potongan daripada setiap barangan adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan pembelian secara satu.
Sekadar Memenuhi Adat
Ketahuilah bahawa memberi hantaran merupakan adat semata-mata. Jadi, ia bukanlah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan dalam sesebuah perkahwinan. Oleh itu, sediakan hantaran secara sederhana dan mengikut kemampuan anda. Jumlah dan barangan yang menjadi hantaran harus difikirkan mengikut keperluan agar barangan itu dapat digunakan semula untuk masa akan datang. Paling penting ialah ikatan yang sah, bukannya bilangan hantaran yang hanya sekadar memenuhi adat sahaja.
Barangan Berjenama
Buat sesetengah pasangan mempelai, hantaran yang dihias indah haruslah diisi dengan barangan yang mewah dan berjenama. Tiada salah untuk anda yang benar-benar mampu untuk memilikinya, namun buat yang tidak berkemampuan tapi masih menginginkannya, itu akan mendatangkan masalah. Ingatlah bahawa kehidupan selepas perkahwinan adalah lebih penting daripada barangan hantaran berjenama yang boleh mendatangkan beban dan pembaziran.
Gubah Sendiri
Melakukan gubahan pada hantaran digalakkan di samping dapat menjimatkan belanja upah. Selain kos yang kurang, idea untuk menghiasinya dapat memenuhi kehendak anda sendiri. Buat rujukan menerusi majalah-majalah perkahwinan mahupun laman sesawang yang boleh memberi idea serta tutorial agar gubahan yang dihasilkan tampak lebih menarik. Gunakan barangan sendiri jika perlu. Siapa sangka, mungkin anda dapat menghasilkan magis pada ciptaan anda nanti!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Waktu cuti sekolah dan akhir tahun merupakan antara tarikh yang sibuk buat bakal pengantin kerana waktu-waktu ini kebiasaannya di penuhi dengan majlis jemputan pekahwinan. Bagi anda yang masih tercari-cari tempat untuk melangsungkan
majlis perkahwinan anda kami ada 6 cadangan yang mungkin anda boleh pertimbangkan.
Rumah
Rumah merupakan lokasi yang santai untuk melakukan majlis kerana di rumah lebih Senang ahli keluarga terdekat berkumpul dan mereka mungkin sudah tahu lokasi rumah anda. Namun, ia mungkin agak memenatkan sedikit kerana perlu mengemas dalam rumah anda. Kebiasaannya orang-orang dahulu sering melakukan rewang untuk memasak. Tetapi dengan perubahan zaman, lauk jamuan kini boleh di tempah sahaja, jadi anda tidak perlu mengemas.
2. Dewan Serbaguna
Jika anda dan pasangan ingin menjemput tetamu yang ramai, dewan serbaguna adalah tempat yang paling sesuai kerana ia mampu memuatkan kapasiti tetamu yang ramai pada satu masa. Harga sewaannya juga agak murah berbanding yang lain. Namun, anda mungkin perlu mengeluarkan wang sedikit untuk dekorasi dewan supaya tidak nampak kosong.
3. Hotel
Hotel sememangnya menjadi tempat idaman semua pasangan kerana tempatnya yang cantik dan mewah. Jika anda mempunyai bajet lebih, buatlah di hotel. Hotel selalunya menyediakan katering mereka sendiri jika anda sewa dengan mereka. Makanan di hotel juga sangat sedap berbanding biasa kerana chef-chefnya. Selain itu, Persekitaran selesa dan tidak perlu risau pasal parking.
4. Villa atau banglo sewaan
Sesetengah pasangan mungkin mempunyai kediaman yang kecil dan tidak sesuai untuk membuat majlis. Bagi pasangan yang mahukan kelainan anda anda boleh menyewa banglo atau villa yang menawarkan servis untuk diadakan majlis perkahwinan.Tempatnya juga sangat besar dan selesa. Anda boleh dekorasi mengikut tema anda.
Sumber gambar : Pinterest
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelbagai alasan diberikan oleh seorang lelaki apabila pasangannya mendapat tahu tentang kecurangan atau perselingkuhan yang dilakukannya. Lelaki dan curang memang sukar dipisahkan. Namun tidak semua lelaki bersikap begitu ya!
Sebelum hubungan anda kecundang dan putus di tengah jalan gara-gara lelaki curang, ayuh cepat selamatkan. Jom lihat sebab-sebab mengapa lelaki suka dan mudah curang dengan pasangan mereka.
1. PERNAH DITIPU
Kecurangan yang lelaki lakukan mungkin disebabkan dia pernah ditipu dalam hubungan sebelum ini dan cuba mencari keseronokan dengan menipu gadis lain pula. Ini adalah konsep mudah yang semua orang tahu. Apabila ada wanita yang ‘kantoi’ disebabkan main kayu tiga dengan lelaki lain, maka secara semula jadi lelaki tersebut akan berdendam lantas membalasnya. Bunyinya agak janggal dan ekstrem tapi itulah hakikatnya!
2. PELUANG ADA DI MANA-MANA
Saat pasangan tiada di sini lelaki akan mula menunjukkan taringnya apatah lagi dia merasakan pasangannya tidak akan tahu apa yang sedang dilakukannya di belakang pasangannya itu. Ini akan membuka peluang untuk lelaki berfoya-foya dengan wanita lain. Media dan telekomunikasi membawa kenaikan drastik kepada peningkatan kadar penceraian. Namun perlu diingatkan, ketika lelaki leka mencuri peluang, di pihak wanita pula sibuk memasang ‘mata-mata’.
3. SEKADAR TEST MARKET
Setia dengan perhubungan jangka masa panjang boleh membuatkan lelaki menjadi sangsi dengan marketability dirinya. Adakah dia masih tampan dan macho pada mata wanita di luar sana? Jadi mereka akan cenderung untuk flirt dengan mana-mana wanita atau bermain SMS romantis. Gejala ini mungkin hanya sementara atau sekadar cuba-cuba tetapi kalau silap perhitungan, pasangannya mungkin berputih mata.
4. DAH TAK ADA PERASAAN CINTA
Kalau hati sudah tidak suka, apa yang perlu dihiraukan lagi. Lelaki yang curang mungkin dalam perancangan ke arah memutuskan hubungan dengan anda. Barangkali juga mereka belum mempunyai sebab yang kukuh untuk putus atau masih perlukan love-with-benefit daripada anda (wang, pengaruh atau pelajaran). Ya! Lelaki kadangkala seteruk itu…
5. SALAH LELAKI ITU SENDIRI
Tiada alasan lain yang lebih tepat daripada mengakui kesilapan sendiri. Kegagalan mengawal emosi dan belenggu hawa nafsu yang rapuh menjurus kepada berlakunya kecurangan. Apa pun masalah atau badai yang menimpa sesuatu hubungan itu, anda hendaklah menanganinya dengan waras akal dan berhemah
Lelaki sebagai pemimpin haruslah berusaha untuk mengekalkan hubungan yang dibina dan bukannya mencari jalan mudah!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!