Demi mendapatkan anak-anak yang soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa untuk melakukan beberapa amalan dari awal lagi. Antaranya peraturan semasa menyambut kelahiran bayi iaitu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut:

Nak Zuriat Soleh Dan Solehah, Mak Ayah Pun Kenalah Jadi Contoh Yang Baik
.

i- Azan dan iqamat.

Hendaklah segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan”. (Hadis Riwayat Abu Ya’la)

ii- Membelah mulut (tahnik).

Tahnik mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.

iii- Penyusuan.

Susu ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga kepada bayi. Ia juga makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.

iv- Memberi nama.

Tanggungjawab ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud:
“ Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya”. (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

v- Bercukur.

IKLAN

Menggunting rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.

vi- Aqiqah.

Hukum Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud :
“Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur ranbutnya dan diberi nama.” (Hadis Riwayat Ahmad)

vii- Berkhatan.

Berkhatan termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud:
“Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.” (Hadis Riwayat At- Tabrani)

Nak Zuriat Soleh Dan Solehah, Mak Ayah Pun Kenalah Jadi Contoh Yang Baik
.

IKLAN

Tatkala usia anak-anak masih kecil berilah didikan menurut syariat Islam. Pada tahap ini ajarilah mereka dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran). Pada usia kanak-kanak, kebanyakan daripada mereka mudah mengingat apa yang diajar. Oleh itu ibu bapa hendaklah :-

1- Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.

2- Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.

3- Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.

4- Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.

5- Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.

IKLAN

6- Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.

7- Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.

8- Menanamkan asas-asas keimanan

9- Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

10- Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.

11- Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.

12- Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.

Ibu bapa hendaklah sentiasa menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Di samping itu, mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka.

Setelah anak-anak menjangkau ke usia remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dengan akhlak, aqidah dan bidang syariah perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya dengan baik. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyeleweng, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.

Oleh yang demikian, ibu bapa perlu memberi didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin. Pepatah ada mengatakan, “Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya”. Pepatah ini membawa makna supaya ibu bapa mendidik anak-anak dari awal agar anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup mereka.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI