Kalau nak rumah tangga anak menantu aman bahagia, jangan cari salah menantu. Cuba terima kekurangan dan kalau ada salah, duduk berdua bercincang dengan elok.
Nampak Kekurangan Menantu
Ada pasangan muda yang duduk bersama mentua. Mungkin untuk tempoh awal perkahwinan tidak menjadi masalah. Elok juga mentua memberi petua bagaimana nak menjaga anaknya. Tapi apabila sudah terlalu lama, maka akan berisiko untuk timbul hal-hal lain.
Ada mentua yang seperti juruaudit yang selalu membuat pemeriksaan mengejut cara menantu menguruskan anak dan cucunya. Memang niatnya tulus suci mahukan yang terbaik. Tetapi terus-terang cakap, siapa yang suka setiap hari diaudit?
Lebih mencabar apabila suami pula terpaksa menyebelahi ibunya. Oleh itu, elok jika disebut begini. Cukuplah sekadar enam bulan dan selepas itu berdirilah di atas kaki sendiri. Betul, banyak faktor penjimatan tetapi jangan lupa cabarannya juga besar.
Ini sebab lain timbulnya konflik:
Ads
Cemburu
Tanpa mengikut urutan keutamaan, saya melihat faktor cemburu kepada rakan pasangan, sering menjadi isu perbalahan antara suami dan isteri. Suami cemburu kepada rakan isteri dan isteri pula sakit mata dengan rakan suami.
Mengikut satu kajian, konflik yang berpunca daripada rakan pasangan merangkumi 7% pada pihak suami dan 8% pada pihak isteri.
Suka atau tidak suka, media sosial memang menyumbang kepada perkara ini. Bekas kekasih lama bertemu semula. Mungkin tidak secara berdepan dan sekadar dalam laman sosial tetapi sudah cukup menggetarkan hati pasangan.
Walaupun masing-masing menyedari status yang sudah berubah tetapi itu memang kerap menjadi penguji tegar kepada keyakinan pasangan sendiri. Oleh itu, pilihan keutamaan ada di tangan anda.
Ads
Hubungan Intim
Bertengkar tentang hal dalam bilik tidur juga kerap menjadi isu. Ada isu pasal terlebih dan ada juga isu terkurang. Isu begini jarang berlaku pada pasangan muda tetapi lebih kerap berlaku pada pasangan yang boleh dianggap sudah berpengalaman lima hingga 10 tahun perkahwinan.
Perubahan hormon, kekuatan fizikal dan ayunan emosi yang berbeza menjadikan aktiviti di bilik tidur tidak seringkas seperti waktu berbulan madu dahulu. Waktu itu pantang tersentuh terus ‘menjadi’, tetapi sekarang tidak lagi begitu. Lelaki perlukan layanan fizikal tetapi isteri mahukan lebih perhatian emosi. Memang berlaga!
Isteri Lebih Berduit
Masa bercinta semua nampak cantik dan elok. Setelah habis tempoh bulan madu barulah dunia sebenar rumah tangga bermula.
Ads
Cinta memang indah tetapi komitmen dalam rumah tangga itu perlu dibuktikan.
Hari ini ramai pasangan yang isterinya mempunyai pendapatan jauh lebih tinggi daripada suami. Ini adalah asid pekat yang pasti menguji kesabaran dan keikhlasan anda.
Tidak salah anda ikhlas membayar lebih kos pengurusan rumah tangga tetapi anda perlu lebih kebijaksanaan untuk berbincang tentang hal tanggungjawab suami. Suka atau tidak realiti ramai pasangan muda hari ini bercerai kerana faktor komitmen kewangan ini.
Cara Didik Anak Berbeza
Jangan lupa yang terakhir ialah faktor cara mendidik anak-anak terutama apabila kedua-dua suami isteri berpendidikan tinggi. Ada pertengkaran disebabkan kelakuan anak-anak yang dianggap berpunca daripada sikap atau cara didikan sama ada si suami atau isteri di rumah. Suami salahkan isteri dan isteri menunding jari kepada suami kerana tidak peduli pasal anak-anak.
Keadaan menjadi lebih runcing apabila pasangan itu dikurniakan anak istimewa. Percayalah, hanya pasangan yang ada anak istimewa sahaja yang tahu betapa hebat cabarannya. Berat mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Masalah besar timbul apabila hanya ada satu bahu sahaja yang memikul dan yang satu lagi berlepas tangan. Oleh itu bersedialah!
Biasanya orang akan lihat, apabila putus cinta, wanita yang lebih derita. Tetapi sebenarnya lelaki yang lebih merana. Apatah lagi bila sudah mengikat tali pertunangan, lelaki telah berikan segalanya dan anda dengan gembira mahu meleraikan demi pihak ketiga.
Anda mungkin tidak mempercayai fakta ini. Namun ia telah dibuktikan melalui satu hasil penyelidikan yang dilakukan di Universiti Wake Forest, Utara Carolina, dan diterbitkan di dalam Journal of Health and Social Behavior. Hasil penyelidikan melibatkan 1000 orang dewasa (tidak pernah berkahwin) yang berusia 18 hingga 23 tahun, mendapati hubungan tidak bahagia lebih mempengaruhi lelaki berbanding wanita. Lelaki mengekspresikan kesedihan mereka dengan cara berbeza iaitu menerusi pelbagai masalah, manakala wanita lebih mengekspresi dengan bersikap murung.
Robin Simon iaitu Profesor bidang Sosiologi dari universiti tersebut menyatakan bahawa lelaki lebih beremosionaldari aspek positif hubungan cinta yang sedang terjalin. Katanya “ bagi lelaki muda, pasangan mereka sering menjadi sumber utama untuk mencurahkan kasih sayang. Berbeza dengan wanita yang cederung untuk berkongsi dengan keluarga mahupun teman-teman rapat”. Biasanya ketegangan dalam sesuatu hugungan itu dikaitkan dengan kesihatan emosi yang rendah, dan kerana hal tersebut akan mengacam identiti serta harga diri seorang lelaki.
Sekiranya lelaki secara emosional lebih dipengaruhi oleh kualiti hubungannya di saat ini, wanita pula lebih dipengaruhi oleh kenyataan sama ada mereka memiliki hubungan cinta atau tidak. Tidak hairanlah jika wanita lebih cederung untuk mengalami kemurungan ketika hubungan berakhir, dan sebaliknya mendapat manfaat lebih hanya dengan berada dalam sesuatu hubungan.
sekadar gambar hiasan
TIP HADAPI PUTUS CINTA
1-Berdamailah dengan diri sendiri- Untuk menghadapi kesedihan perpisahan, sebelum orang lain membantu anda, bantulah diri sendiri terlebih dahulu. Lupakan apa yang terjadi dengan memanjakan diri mu. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan diri rasa kurang tegang seperti ke spa untuk lakukan terapi.
2-Anda sedang tertekan dan merana kecewa, jadi jangan bebani emosi anda dengan mendengar suatu yang lebih mengusutkan fikiran daripada orang lain. Walaupun daripada kawan karib sendiri. Kecuali ia sesuatu manfaatyang boleh melegakan anda.
3-Luangkan masa lebih kerap dengan teman-teman rapat yang suka wujudkan situasi menghiburkan. Anda boleh lupakan masalah itu dengan cara gelak ketawa. Jika boleh, aturkan perjumpaan dan lakukan sesuatu perkara positif yang menyeronokkan.
4- Percaya dan anggaplah anda ditakdirkan untuk tidak bersama. Lakukan perubahan yang lebih baik pada diri sendiri dan carilah cinta baru yang pasti sedang menanti anda (berikan ruang dan masa sesuai untuk mencari cinta baru itu). Hubungi rakan wanita yang lama tidak anda hubungi. Jika dia masih ‘solo’, cubalah ajaknya keluar bersama. Mana tahu cinta anda berputik dari situ. Percayalah pada keajaiban cinta.
5- Jika selama ini anda kurang beri perhatian pada penampilan, tiba masanya kini anda lakukan perubahan. Ubah stail rambut, cara berpakaian. Tonjolkan diri yang baru dan itu boleh membuatkan anda berasa lebih percaya serta yakin diri.
6-Pastinya anda mempunyai hobi tertentu. Hilangkan rasa kesedihan dengan melakukan hobi anda itu lebih kerap. Jika anda suka memancing, ajak teman-teman untuk ikut sama. Pergi ke lokasi memancing lebih jauh dari tempat biasa. Mungkin anda boleh anjurkan ekspedisi memancing ke Tasik Kenyir.
7-Ini cara yang paling menyihatkan. Dengan cara bersukan dan beriadah juga membuatkan anda boleh melupakan segala masalah yang dihadapi. Pada masa yang sama ia boleh menyihatkan tubuh badan anda. Jika malas sekalipun, dengan berjogging atau berbasikal boleh menghilangkan rasa tegang yang sedang anda hadapi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan bermula 15 April hingga 28 April 2020. Sewaktu tempoh ini, pastinya para isteri kerap ke dapur untuk memasak makanan buat keluarga tercinta. Rasanya dalam sehari adalah tiga empat kali juga anda akan memasak di dapur.
Tentunya anda akan jadi rimas jika barangan di dapur berselerak dan tidak tersusun dengan baik. Inilah masa yang sesuai untuk anda menyusun dan mengemas kembali segala barangan yang ada di dapur anda.
Hanya di Shopee, pelbagai barangan yang boleh anda beli untuk memastikan dapur sentiasa bersih dan tersusun. Perkongsian oleh Dr. Nadya Amin menerusi akaun Twitternya ternyata memberi inspirasi kepada para isteri di luar sana untuk mengemas dapur mereka.
Ini antara 17 item yang wajib anda beli. Masa untuk ‘online shopping’!
1. Refrigerator Storage Box
Boleh letak sayur atau lauk dalam ni. Sebab dia agak flat, boleh letak banyak dan jimat ruang.
2. Refrigerator Slide Storage
Ni pun best juga. Dapat letak lebih banyak benda dalam peti sejuk dan menambah ruang. Memang kemas.
3. Portable Storage Rack
Ni boleh letak bawah stove, letak kicap, sos, minyak etc. Lepas pakai tolak je masuk balik. Mudah kan!
4. Wall Mount Spice Rack
Yang ni boleh letak sebelah stove,tapi jangan dekat sangat sebab plastik. Cukup di tempt mudah capai. Jimat ruang sebab kita lekat kat dinding.
5. 3 Layer Spice Rack
Yang ni boleh letak dalam almari, memudahkan kita nak cari barang, boleh susun spices kat sini.
6. Label Rempah
I suka pakai ni sebab ada bermacam-macam rempah dah siap tulis nama. Tinggal nak lekat je. Jangan lupa beli bekas cantik-cantik supaya nampak tersusun.
7. Rotation Spice Rack
Kalau yang tak suka yang 3 tier tadi, boleh beli ni jugak. Pusing-pusing untuk cari rempah/sos kita nak pkai. Cepat dan mudah.
8. Shelf Rack Organizer
Lepas pakai ni,ruang untuk simpan periuk dan pinggan mangkuk akan bertambah. Dah try ni memang tahan walaupun periuk berat. Nampak pun kemas.
9. Bowl Organizer
Kalau ada mangkuk untuk mi ke okay pakai ni,dia x jatuh dan boleh letak dalam 5 mangkuk sekali.
10. Tableware Rack
Pinggan semua boleh simpan kat sini. Lepas pakai ni muat plak banyak set dalam satu almari. I pakai untuk letak periuk dan pan jgk. Pun boleh.
11. Pot Pan Lid Holder
Ni pasangan je kat tepi pintu cabinet.
12. Sponge Holder
Letak ni kat sinki supaya tak ambik banyak ruang untuk letak sponge dan sabun.
13. Towel Rack
Lepas pakai kain buruk atau hand towel boleh letak sini. Nampak kemas dan kain mudah kering.
14. Kitchen Towel Rack
Ni pun boleh jimatkan counter space. Sorokkan dalam cabinet jer.
15. Hanging Holder
Yang ni ada bermacam-macam jenis, I beli yang boleh letak pinggan mangkuk dengan selamat. Best untuk create space banyak tempat simpan pinggan.
16. Plastic Bag Holder
Ni wajib ada okay,kalau tak berterabur!
17. Drawer Organizer
Kalau nak tengok laci kemas, ni antara benda yang wajib ada.
Bila ada bintik putih bawah mata rasa macam nak picit je! Haa itu bukannya jerawat ye seperti yang ada sangkakan tapi ia adalah biji kolesterol atau lebih dikenali sebagai milia seeds . Walaupun dah guna pelbagai produk, masih tidak hilang? Haa jangan risau buat para wanita di luar sana kerana Donna akan kongsikan pada anda cara mudah untuk hilangkannya.
Sebelum tu, anda perlu tahu bahawa biji kolesterol adalah lebihan lemak yang muncul pada kulit dan ramai yang menganggap bahawa biji kolesterol hanya dialami oleh golongan berusia tetapi kanak-kanak juga boleh mengalaminya dan tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki.
Cara Mengukur Kadar Kolestrol :
Normal – jika kolestrol kurang atau sama dengan 200 mg/dL
Sederhana tinggi – kolestrol 200 mg/dL hingga 239 mg/dL
Berbahaya – kolestrol 240 mg/dL
Tip Atasi Biji Kolesterol
Kurangkan pengambilan daging, majerin dan dessert yang terlalu manis kerana ia dalam kumpulan makanan yang mempunyai kolestrol tidak baik iaitu LDL. Cukup sekadar dalam kuantiti yang kecil untuk anda makan makanan bergoreng serta berlemak tinggi.
Tingkatkan pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar bagi membantu mengurangkan kolesterol dalam tubuh badan kerana ia mengandungi fiber yang tinggi. Amalkan minum jus buah tanpa campuran gula agar membantu menstabilkan semula bacaan kolesterol pada badan anda.
Trick Omega 3. Makanan yang mengandungi omega 3 seperti ikan, telur mampu membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dengan cepat.
Lebihkan bawang putih dalam masakan anda kerana ia bertindak sebagai anti radang dan antibiotik semula jadi.
Jangan pandang remeh jika anda mengalami masalah kolesterol yang tinggi kerana ia mengundang kepada pelbagai penyakit berbahaya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!