Kredit: Tangkap Pictures

Majlis akad nikah boleh dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Perak, dengan syarat mematuhi tatacara khas yang telah ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, majlis itu hendaklah menurut panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Katanya, tatacara yang ditetapkan ialah majlis akad nikah dilaksanakan hanya di premis Pejabat Agama Islam Daerah dan tidak dibenarkan di premis persendirian, masjid atau tempat-tempat awam.

Ujarnya, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau wakil perlu menyediakan sebuah bilik khas untuk majlis akad nikah, selain itu proses nyahkuman dilakukan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

IKLAN

“Majlis akad nikah yang dijalankan oleh jurunikah kariah hendaklah dikawal selia oleh Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau wakilnya.

“Tanggungjawab mereka adalah memastikan perkara seperti rukun nikah, membaca takliq selepas akad nikah, tiada berjabat tangan ketika lafaz ijab dan qabul, menjaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter setiap yang hadir.

IKLAN

“Tiada sebarang upacara lain seperti membatalkan air sembahyang, sarung cincin, bergambar dan lain-lain serta memakai penutup muka serta menyediakan pembersih tangan untuk mereka yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, lampiran yang dikeluarkan oleh JAIPk juga menyatakan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah hanya boleh memberi kebenaran sebanyak tiga sesi sehari iaitu 9.30 – 10 pagi, 11.30 – 12 tengah hari dan 2.30 – 3 petang.

IKLAN

Majlis hanya boleh dihadiri oleh seorang jurunikah, dua orang saksi, seorang pengantin lelaki, seorang pengantin perempuan dan seorang wali dari pihak pengantin perempuan.

“Dokumentasi dan pengeluaran Sijil Perakuan Nikah hendaklah ditangguhkan dan disempurnakan selepas tamah tempoh PKP.

“Majlis itu hendaklah dibatalkan oleh Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah sekiranya tatacara versi ini tidak dipatuhi atau arahan daripada Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk negeri Perak,” katanya lagi.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI