Nikah Secara Sidang Video, Ini Bakal Pengantin Selangor Perlu Buat Selepas 25 Januari 2021

Share

 

Berita baik untuk bakal pengantin diseluruh negeri Selangor! Mungkin ada yang menarik nafas lega apabila Jabatan Agama Islam Selangor telahpun membuat kenyataan berhubung persoalan mengenai nikah dan kahwin sepanjang PKP ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), majlis akad nikah akan dilakukan secara sidang video sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 13 Januari 2021.

 

Pelaksanaan majlis akad nikah secara sidang video ini dilaksanakan dengan mengambil kira factor-faktor tertentu dalam mengutamakan perkara-perkara wajib dan rukun nikah termasuk dalam memastikan keselamatan pihak-pihak terlibat dari jangkitan wabak Covid-19.

 

Apakah kaedah yang dilaksanakan?

  1. Sidang video
  2. Pendaftar Perkahwinan yang berada di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) akan menyaksikan lafaz ijab dan qabul oleh wali dan pengantin lelaki yang berada di rumah bersama pengantin perempuan.
  3. Menyediakan dua orang saksi
  4. Majlis akad nikah sidang video ini dilaksanakan HANYA kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin serta mendapat tarikh bernikah dari PAID secara temujanji.

 

Mulai 25 Januari 2021, pihak JAIS juga telah memperluaskan pelaksanaan majlis akad nikah kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di Masjid Pengurusan. Dan PPP dibenarkan untuk melaksanakan pernikahan secara sidang video dalam melancarkan urusan nikah pasangan yang bakal berkahwin mulai 4 Februari 2021.

Kenyataan media ini juga telah mendapat banyak perkongsian dan maklumbalas daripada orang ramai.

Bagi bakal pengantin yang mempunyai persoalan dimohon menghubungi pihak JAIS untuk maklumat lebih lanjut.

 

Kredit: Laman Facebook Jabatan Agama Islam Selangor

 

 

 

 

 

 

IKLAN