Siapa sahaja dekat sini tidak mahu akan tubuh yang langsing dan sihat bukan? Dengan pelbagai jenis rawatan alternatif pada masa kini ia boleh menyelesaikan masalah anda. Tapi, tidak semua orang suka akan rawatan untuk mendapat tubuh atau bentuk badan yang idaman.
Ikuti perkongsian daripada Azlina Ina, makanan yang diet untuk anda yang ingin menjaga tubuh badan. Semoga ia membantu anda!
Bahan-bahan :
Susu tanpa gula dan pengawet guna farm fresh/ sape tidak suka susu boleh ganti dengan homesoy less sweet biasa
Madu asli
Buah pilihan( pilih buah yang kurang kandungan gula dia mcm anggur hijau epal hijau atau strawbery atau berry
Cara-cara :
Ads
1) Sediakan botol bertutup basuh bersih
2) Rolled oat bilas dengan air kosong 3 kali atau basuh elok-elok sambil selawat (biasa buat untuk 2 kali makan sukatan ni sarapan dan makan petang)
3) 200-250 ml susu/ soya homesoy
4) 1/2 sb ( pakai sudu plastik tau elok pakai madu asli) atau chia seeds 1sb
Ads
5) Buah dipotong dadu
6) Isi rolled oat plus madu dan buah masuk dalam bekas bertutup. Goncang sikit dan simpan dalam peti ais kalau nak buat sarapan boleh buat malam. kalau nak buat makan petang atau sebelum pukul 7 nanti buat pagi.
Ads
Sumber : Azlina ina
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkahwinan adalah sesuatu yang membahagiakan. Lebih lagi jika kita berkahwin dengan lelaki yang kita cintai. Oleh itu, banyak perubahan yang berlaku pada perempuan yang kita sendiri sebenarnya tak perasan. Ini 4 Perubahan yang sering berlaku kepada perempuan selepas bergelar isteri.
Walaupun mungkin tertekan dengan peranan baru sebagai isteri, tetapi aura wajah wanita yang sudah berkahwin biasanya akan kelihatan lebih tenang. Walaupun pada beberapa waktu kelihatan letih, tetapi apabila tersenyum kelihatan berbeza dari biasa.
Perasaan lebih tenang kerana sudah mempunyai sandaran yang boleh menjadi salah satu faktor. Di samping lebih tenang, wanita yang sudah berkahwin juga menunjukkan rasa percaya diri yang berbeza. Tanggapan menjadi lebih dewasa dan matang.
Walaupun pada mulanya sukar, tetapi dari masa ke semasa anda akan lebih mudah berkompromi dengan semua perkara baru yang anda alami. Terutama berkompromi dengan semua kelebihan dan kekurangan suami.
Dalam menghadapi sebarang masalah, nampaknya mereka berubah menjadi lebih fleksibel. Alasan mereka mula belajar bersabar. Selain itu, suami juga boleh melakukan perkara yang sama.
Jika sebelum ini anda melakukan semuanya sendiri, kini anda terpaksa untuk berkompromi atau berbincang dengan suami anda tentang perkara-perkara yang anda lakukan. Inilah dunia perkahwinan.
Sangat mudah tertekan tetapi lebih tenang menghadapi masalah
Tidak semua akan mengalami hal ini. Tetapi dalam beberapa kes, tahap tekanan wanita berkahwin akan meningkat. Ini berkaitan dengan semakin banyaknya tanggungjawab.
Di samping itu, kerana perkahwinan bukan hanya menyatukan dua individu tetapi juga dua keluarga, proses penyesuaian juga dapat menimbulkan tekanan bagi isteri.
Tetapi walaupun sedikit tertekan, wanita yang telah menjadi isteri juga cenderung menjadi lebih tenang dalam menghadapi masalah.
Bila sudah sah bergelar suami-isteri. Wanita yang pernah menjadi acuh tak acuh akan menjadi lebih berhati-hati. Setelah mereka dimiliki, wanita mungkin menjadi lebih cemburu daripada biasa. Sekiranya ini berlaku, suami mesti mula memberikan pemahaman. Terutama jika kecemburuan ini membuat kedua-dua pihak rasa tidak selesa.
Jika kali pertama berkahwin mungkin masih malu atau teragak-agak untuk mengadu dengan pasangan, sekarang selepas perkahwinan anda rasa lebih bebas untuk mengatakan perkara-perkara yang membuat anda kurang selesa. Tetapi ini sebenarnya adalah perkara yang positif kerana ia adalah tanda bahawa anda sudah rasa benar-benar selamat dan selesa dengan suami.
Apabila anda lebih bebas untuk mengemukakan aduan, ia juga merupakan isyarat bahawa anda lebih terbuka. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa perubahan ini berbeza pada setiap pasangan. Mungkin anda akan mengalami semua perubahan yang disebutkan di atas.
Itu sahaja beberapa perkara yang paling mungkin untuk wanita yang sudah berkahwin akan berubah, baik watak mahupun sifat dan pemikiran berbeza dari sebelumnya.
Memetik dari laman Vemale, (Isnin, 2/4/2018).
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebaik sahaja bergelar isteri, andalah jantung kepada sesebuah rumah. Kalau dulu mak yang tolong sapu lantai, bersihkan sawang dan basuh baju kali ini anda pula yang bertanggungjawab. Walaupun dapat suami yang tak cerewet tetapi anda sendiri kena peka hal ni.
Dalam satu perkongsian video, Ustaz Fawwaz menerangkan 14 sebab yang menjadi punca manusia jatuh miskin.
Menurut Ustaz Fawwaz, para alim ulama’ menjelaskan di dalam kitab yang diriwayatkan daripada hadith 14 perkara yang kita sering lakukan tanpa sedar.
Boleh tonton video dari Ustaz Fawwaz Mat Jan di sini.
Kredit video: Tazkirah Ustaz dan Ustazah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kitaran haid wanita tidak selalunya berjalan dengan lancar. Sesetengahnya mempunyai tempoh yang tepat mengikut jadual setiap 28 hari, sesetengah wanita lagi haid mereka agak sukar diramal.
Sekurang-kurangnya 30 peratus wanita mengalami haid yang tidak teratur semasa usia reproduktif. Walaupun kebanyakan kitaran yang tidak teratur biasanya tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kadang-kadang memberikan isyarat yang anda mungkin menghadapi masalah kesihatan.
Apakah yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur ?
Satu kitaran haid yang normal berkitar di antara 21- 35 hari. Aliran haid dianggap tidak teratur jika ia berlaku lebih cepat dari 21 hari atau lebih lama dari 35 hari. Sekiranya terlewat berbulan bulan atau haid berlaku 2 kali sebulan ia dianggap tidak teratur.
Untuk menentukan sama ada haid anda teratur atau tidak, kira dari hari pertama haid anda sehingga hari pertama haid yang seterusnya. Ulang pengiraan ini untuk tiga bulan. Jika tarikh haid anda sangat berbeza dan tidak jatuh dalam lingkungan 21-35 hari, anda mengalami haid tidak teratur.
Punca Haid tidak teratur
Dalam banyak kes, haid yang tidak teratur adalah berkaitan dengan keadaan yang dipanggil anovulation atau tidak bertelur dan ia selalunya berkait dengan ketidakseimbangan hormon.
Haid tidak teratur di kalangan gadis belasan tahun sangat kerap terjadi. Selalunya disebabkan tahap hormon yang tidak stabil. Biasanya ia akan beransur pulih secara semulajadi walaupun mungkin memakan masa bertahun-tahun.
Haid juga boleh menjadi sangat tidak teratur di lewat usia reproduktif anda. Ramai wanita sedar bahawa mereka menghampiri menopos apabila haid mereka menjadi tidak seimbang. Apabila haid tidak datang selama 12 bulan berturut, anda dikatakan sudah menopos.
Hamil dan keguguran pula kerap menjadi penyebab kepada haid yang tidak teratur terutama sekiranya anda dalam lingkungan usia 20-40an. Pastikan dahulu anda tidak hamil dengan menjalani ujian kehamilan sebelum bergegas ke klinik doktor anda.
Faktor-Faktor lain
SENAMAN ATAU BERDIET KETERLALUAN.
Terlalu banyak bersenam boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur atau ia berhenti terus. Ini kerap berlaku pada ahli sukan yang berbadan kurus dan tidak berlemak. Kehilangan berat badan yang keterlaluan dari diet yang melampau boleh memberi kesan yang sama.
TEKANAN.
Tekanan perasaan yang kronik atau kebimbangan luar biasa tentang masalah tertentu boleh menyebabkan hormon anda tidak stabil seterusnya kitaran haid yang tidak teratur.
TEKANAN FIZIKAL.
Sekiranya anda baru pulih dari penyakit yang berat atau mengalami pembedahan, kitaran haid anda mungkin terjejas tetapi ia tidak memakan masa yang lama.
KAEDAH MERANCANG KELUARGA BERHORMON
Seperti Pil Perancang, Implanon atau Depo-provera boleh membuat tempoh haid anda menjadi singkat, berlaku sekali sekala atau tiada langsung untuk berbulan-bulan lamanya. Intrauterine Contraceptive Device (IUD) atau alat dalam rahim juga boleh menyebabkan haid tidak teratur.
POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS).
Sindrom ovari Polisistik iaitu satu masalah perubatan yang menyebabkan sista kecil pada ovari dan mengganggu ovulasi anda. Wanita dengan PCOS biasanya mempunyai sejarah haid yang tidak teratur selama bertahun-tahun. Selain dari sukar hamil disebabkan tidak bertelur, PCOS boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan jantung.
MASALAH KETUMBUHAN DALAM RAHIM.
Fibroid rahim, polip dan endometriosis kerap dikaitkan dengan haid tidak teratur.
MASALAH PERUBATAN.
Gangguan tiroid boleh menyebabkan haid yang tidak teratur jika tahap darah hormon tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi. Keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan kitaran yang tidak teratur termasuk penyakit buah pinggang, penyakit kencing manis dan masalah prolaktinemia.
MENYUSU BADAN.
Mereka yang menyusukan badan kerap mengalami haid yang tidak teratur tetapi haid anda akan pulih dengan sendiri sekiranya anda berhenti menyusu.
Jumpa Doktor Anda
Haid tidak teratur boleh menjadi petunjuk pertama bahawa anda mungkin mengalami masalah perubatan. Sekiranya anda mempunyai berat berlebihan dan haid yang tidak teratur bertahun-tahun lamanya anda mungkin mengalami PCOS. Kajian mendapati 10 peratus daripada wanita dalam usia reproduktif mengalami PCOS.
Anda juga perlu disaring untuk mengesan gangguan tiroid, prolaktin dan penyakit lain yang boleh dikaitkan dengan haid yang tidak teratur.
Kitaran haid yang tidak teratur juga boleh menyebabkan anda sukar hamil kerana anda tidak bertelur (ovulasi) secara semula jadi. Ujian ultrasound dan darah boleh memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah ini.
Rawatan Haid tidak teratur
Rawatan bergantung kepada punca kenapa haid anda tidak teratur. Jadi amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor agar rawatan yang tepat dapat diberikan.
SUMBER : alamhamilblog.com
OLEH : Dr R Juhaidah adalah Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Columbia Asia Puchong dan mempunyai 17 tahun pengalaman sebagai Pakar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...